ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 29, 2024 -Ahad

 
  PRODUK TIDAK BERDAFTAR MILIK SYARIKAT ASING DIRAMPAS

Tuesday 04/06/2024



KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (CPFJKNS) telah menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan secara dalam talian produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan aduan orang awam yang diterima. 

Siasatan awal mendapati penjualan produk tidak berdaftar tersebut dijalankan oleh sebuah syarikat asing yang beroperasi di luar negara. Modus operandi yang digunakan syarikat asing berkenaan melibatkan syarikat pengendali hab logistik tempatan yang dijadikan lokasi simpanan dan pengedaran produk tidak berdaftar miliknya kepada pengguna di Malaysia. Syarikat berkenaan menggunakan platform e-dagang sebagai medium penjualan produk kepada pengguna. Tindakan pemeriksaan yang telah dijalankan pada 9 Mei 2024 telah berjaya merampas sebanyak 62 jenis produk tidak berdaftar mencecah nilai RM 1 Juta.   

Penjualan produk tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952. Jika sabit kesalahan individu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun. Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan yang sama boleh dikenakan denda sehingga RM50,000. 

Pihak JKNS menasihatkan Syarikat pengendali hab logistik tempatan dan orang awam supaya memastikan produk kesihatan mempunyai pelekat keselamatan Hologram dan nombor pendaftaran produk (MAL) sebelum membeli produk tersebut. Status pendaftaran produk boleh disemak dengan melayari laman sesawang http://www.npra.gov.my di ruangan “Product Status” ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-7883 5400ATAU memuat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma melalui Play Store, App Store dan Huawei App Gallery.  

Orang ramai turut digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan ubat-ubatan dan produk yang meragukan sebagai usaha bersama untuk membanteras penjualan ubat-ubatan dan produk kesihatan yang tidak dibenarkan. Aduan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil. 

Sila klik di sini untuk Lampiran 1

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
31 MEI 2024 


SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nurhanis Asyeera Binti Rahman
Emel: nurhanisasyeera@moh.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.