ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 10, 2024 -Ahad

 
  UJI BAKAT DIBUKA UNTUK CIMB RISING START, SEBUAH PERTANDINGAN NYANYIAN SERANTAU

Friday 07/06/2024



Table

Ikon muzik Malaysia, Hael Husaini


KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB Group”) mengumumkan permulaan pertandingan nyanyian, CIMB Rising Start yang dianjurkan buat julung kalinya di Malaysia dan menyeru orang ramai yang berbakat untuk mendaftar diri untuk menyertai uji bakat di akaun Instagram dan Tiktok CIMB Malaysia. CIMB Rising Start adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2024. 
 
Toni Darusman, Ketua Pegawai Penjenamaan & Pemasaran Kumpulan, CIMB Group berkata, “Kami berasa sangat berbesar hati di atas pelancaran rasmi CIMB Rising Start, sebuah pertandingan nyanyian anjuran CIMB Group yang dianjurkan buat julung kalinya dengan matlamat untuk mencungkil bakat-bakat muda di Malaysia dan serantau. CIMB Rising Start mendukung iltizam proposisi penjenamaan kami – Melangkah ke Hadapan Bersama, yang merangkumi nilai-nilai penjenamaan CIMB yang memperjuangkan komuniti, di samping memberi inspirasi dan memperkasakan bakat-bakat muda demi merealisasikan impian mereka.”

“Dalam usaha untuk memperkasakan industri seni kreatif, CIMB kekal inovatif dan unik dengan menganjurkan CIMB Rising Start, sebuah inisiatif yang menyediakan platform bukan sahaja untuk calon-calon penyanyi di Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka, tetapi juga memberikan peluang kepada pemenang-pemenang dari Malaysia untuk menyertai bakat-bakat lain dari Singapura, Thailand dan Filipina pada peringkat akhir serantau yang akan dianjurkan di Indonesia. Pertandingan pada peringkat akhir serantau akan dilengkapkan dengan konsert CIMB Kejar Mimpi yang dianjurkan pada setiap tahun di Indonesia yang menampilkan barisan artis terkemuka seperti Chakra Khan, Maudy Ayunda dan ramai lagi. Kami berharap agar dapat mencungkil bakat yang terbaik dari Malaysia, di mana mereka boleh membuat persembahan yang terbaik di konsert peringkat akhir.”   

Barisan juri CIMB Rising Start termasuk ikon muzik Malaysia, Hael Husaini, pemenang konsert CIMB Niaga Kejar Mimpi 2023 di Indonesia, Evelyn Wijaya dan lain-lain. 
 
Uji bakat tertutup akan dianjurkan untuk mengenal pasti dua wakil yang bakal mewakili Malaysia di peringkat akhir serantau di Jakarta, Indonesia. Kedua-dua pemenang dari Malaysia akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, di samping mendapat peluang untuk menerima bimbingan secara peribadi dengan Hael Husaini. Mereka juga berpeluang untuk memperolehi kontrak eksklusif bersama syarikat pengurusan bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. selama dua tahun yang juga merangkumi satu single muzik dan satu rakaman muzik video.
 
Keputusan untuk memutuskan kedua-dua pemenang dari Malaysia akan diumumkan pada 15 Julai 2024, manakala pemenang-pemenang untuk peringkat akhir serantau akan diumumkan pada 31 Julai 2024. Konsert CIMB Kejar Mimpi 2024 akan diadakan di Surakarta, Indonesia pada 24 Ogos 2024. 
 
Tentang CIMB 
 
CIMB merupakan sebuah kumpulan perbankan yang terkemuka di ASEAN dan penyedia perkhidmatan kewangan yang kedua terbesar di Malaysia, mengikut saiz aset. Disenaraikan di Bursa Malaysia melalui CIMB Group Holdings Berhad, CIMB mempunyai permodalan pasaran sekitar RM70.8 billion setakat 31 Mac 2024. CIMB menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan borong, perbankan Islam, pengurusan kekayaan serta pembayaran digital. Berpusat di Kuala Lumpur, CIMB beroperasi di lapan negara anggota ASEAN (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Filipina). 
 
Di luar ASEAN, CIMB Group turut beroperasi di pasaran China, Hong Kong dan UK. CIMB memiliki salah satu rangkaian cawangan perbankan yang terluas di ASEAN dengan 601 buah cawangan dan sekitar 34,000 orang pekerja setakat 31 March 2024. Unit perbankan pelaburan CIMB merupakan salah sebuah bank pelaburan terbesar yang berpusat di Asia Pasifik, yang beroperasi di 16 negara di serantau Asia-Pasifik. Kumpulan CIMB. CIMB juga memegang 92.5% saham di Bank CIMB Niaga, Indonesia dan 94.8% saham di CIMB Thai, Thailand.

Sumber: CIMB Bank Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Tammy Toh/Kelvin Jude Muthu
Group Corporate Communications 
CIMB Group Holdings Berhad
E-mel: tammy.toh@cimb.com / kelvinjude.muthu@cimb.com  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.