ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Jun 28, 2024 -Jumaat

 
  MESYUARAT BADAN PENTADBIRAN (GBM) KE-66 DI MALAYSIA MENETAPKAN LALUAN STRATEGIK UNTUK PRODUKTIVITI MAMPAN DAN PERTUMBUHAN SERANTAU

Monday 10/06/2024



Table

Ketua delegasi dan Setiausaha Agung (barisan hadapan, ke-6 dari Kiri) di GBM ke-66. (Foto: Business Wire)


KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mengadakan Sesi Ke-66 Mesyuarat Badan Pentadbiran (GBM), dari 28–30 Mei di Kuala Lumpur, dihoskan oleh Kerajaan Malaysia. Sesi tahunan ini menghimpunkan 50 wakil lantikan kerajaan daripada 20 anggota ekonomi bertujuan menetapkan keutamaan strategik dan mengukuhkan kerjasama serantau untuk pertumbuhan produktiviti.

Sesi perasmian GBM itu turut dihadiri oleh wakil kedutaan daripada empat anggota ekonomi dan Lembaga Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pengarah APO Malaysia dan Pengerusi MPC Datuk Kamaruzzaman Johari membuka sesi tersebut. Dalam ucapan alu-aluannya, beliau menyatakan bahawa, “Sambil kita bergerak maju ke hadapan, azam kita terus teguh untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia serta menyumbang kepada pertumbuhan serantau. Bersama-sama, kita boleh memastikan rantau kita terus berkembang maju demi kemakmuran generasi masa kini dan generasi akan datang.”

Setiausaha Agung APO Dr. Indra Pradana Singawinata menceritakan pengalaman menghadapi tahun yang mencabar ini namun memuaskan, ketika Sekretariat memulakan inisiatif penting bertujuan meningkatkan kebertanggungjawaban, ketelusan, keberkesanan dan impak pertubuhan, sambil melaksanakan barisan aktiviti program yang cukup berat. Beliau melahirkan penghargaan atas sokongan anggota APO, dengan menyatakan bahawa, “Inisiatif ini ditetapkan untuk meletakkan asas yang teguh untuk masa depan APO dalam landskap produktiviti global yang pantas berubah dengan menghalusi tumpuan strategik kita dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi.”

Perbincangan di GBM termasuk Visi APO 2025: Aktiviti Berhenti dan Merenung Seketika, yang bertujuan mengintegrasikan rangka kerja pemantauan dan penilaian untuk menyelaraskan perancangan projek dengan lebih rapat mengikut keperluan anggota. Satu lagi pencapaian utama ialah transformasi konsep Produktiviti Hijau (GP), yang dibangunkan oleh APO pada tahun 1994. Pendekatan dan pelan hala tuju GP 2.0 yang baharu disahkan menangani cabaran alam sekitar dan produktiviti semasa, menandakan satu langkah kritikal ke hadapan dalam pembangunan sosioekonomi yang mampan.

Sesi itu turut menampilkan Majlis Pengurniaan Anugerah APO 2024, yang memberikan penghormatan kepada individu cemerlang seperti Prof. Ahsan Iqbal, Menteri Perancangan, Pembangunan dan Inisiatif Khas Pakistan, dan Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Malaysia, untuk sumbangan transformatif mereka kepada produktiviti. Di samping itu, pentauliahan badan pensijilan baharu (CB) di bawah skim Pakar Produktiviti Hijau diumumkan: Badan Pensijilan Pertubuhan Produktiviti Kebangsaan Singapura (SG NPO-CB); dan Pusat Pensijilan Profesional FTPI Thailand (FTPI-PC). Para CB yang ditauliahkan oleh APO, ialah sebahagian daripada usaha meningkatkan keupayaan anggota mengiktiraf pakar produktiviti untuk memacu agenda produktiviti pada peringkat kebangsaan dan serantau.

Pengerusi APO untuk 2024–25 dan Pengarah untuk Fiji, Jose Maritino Nemani mengakhiri GBM dengan menekankan kepentingan usaha baru-baru ini, dengan menyatakan, “Kita telah mengorak langkah penting dalam meningkatkan kecekapan, kebertanggungjawaban dan impak pertubuhan kita. Usaha ini adalah kritikal memandangkan kita terus berkembang dan mengukuhkan program sekian lama dan keterlibatan antarabangsa kita.” Hasil daripada GBM ke-66 ini menegaskan komitmen APO dalam memupuk perubahan dan kemakmuran mampan melalui produktiviti yang dipertingkat di seluruh Asia Pasifik.

Maklumat Tentang Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ialah pertubuhan antara kerajaan serantau yang khusus untuk menambah baik produktiviti di rantau Asia-Pasifik melalui kesepakatan bersama. Pertubuhan ini ialah pertubuhan bukan politik, bukan untung dan tanpa diskriminasi. Ditubuhkan pada tahun 1961 dengan lapan anggota pengasas dan pada masa ini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mempunyai 21 anggota ekonomi: Bangladesh; Kemboja; Taiwan (Republik China - ROC); Fiji; Hong Kong; India; Indonesia; Republik Islam Iran (I.R.); Jepun; Korea Selatan (Republik Korea - ROK); Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR); Malaysia; Mongolia; Nepal; Pakistan; Filipina; Singapura; Sri Lanka; Thailand; Turki; dan Vietnam.

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang membentuk masa depan rantau ini dengan memupuk pembangunan sosioekonomi anggota pertubuhan melalui khidmat nasihat dasar negara, bertindak sebagai badan pemikir, inisiatif pembinaan kapasiti institusi dan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54038340/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Untuk maklumat terperinci, hubungi:
Unit Maklumat Digital, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO): pr@apo-tokyo.org; Telefon: +81-3-3830-0411; Laman Web: https://www.apo-tokyo.org.
 
Sumber: Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.