Identiti program UOB Painting of the Year ke-14 yang mengambil inspirasi daripada karya seni 2023 Painting of the Year Asia Tenggara oleh pelukis Thailand, Cik Pratchaya Charernsook.
Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap mulai sekarang hingga 31 Julai 2024 KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- UOB Malaysia sekali lagi menjemput para pelukis mapan dan baru muncul dari Malaysia untuk menonjolkan keghairahan dan kreativiti mereka melalui karya seni dalam pertandingan UOB Painting of the Year (POY) (Malaysia) ke-14.
Pertandingan UOB POY merupakan program seni visual serantau utama Bank dan salah satu daripada pertandingan paling berprestij di Asia Tenggara. Bertujuan mendedahkan dan memupuk generasi pelukis serantau yang akan datang, pertandingan tahunan ini dijalankan serentak di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, “Selama lebih 13 tahun, pertandingan UOB POY (Malaysia) telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelukis tempatan. Sehingga kini, kami telah menganugerahi lebih 100 pelukis Malaysia, memperkasakan mereka untuk mencapai kedudukan lebih kukuh di rantau ini dengan mempamerkan karya seni kepada lebih ramai peminat seni selain memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran mereka. Kami percaya bahawa seni berupaya menyatukan dan memberi inspirasi, dan tidak sabar untuk melihat karya seni yang penuh semangat untuk edisi ke-14 kami.”
Pemenang pertandingan UOB Painting of the Year (Malaysia) sebelum ini termasuk Sabri Idrus (Pemenang 2020 UOB Painting of the Year – Kategori Pelukis Mapan) dan Saiful Razman (Pemenang 2021 UOB Painting of the Year – Kategori Pelukis Mapan), yang terus mendapat pendedahan dan pengiktirafan antarabangsa selepas memenangi anugerah mereka. Sebagai contoh, karya seni Saiful Razman telah dipamerkan di UOB Art Space semasa pameran seni Art Jakarta 2022 dan beliau turut dijemput menghadiri program Residensi Pelukis di Galeri Seni UOB di Shanghai, China pada 2023. UOB Malaysia juga menaja Saiful untuk mempamerkan karya seni beliau di Venice Biennale di Itali, sebuah platform seni antarabangsa yang terkemuka pada 2022.
Identiti program untuk pertandingan UOB POY (Malaysia) ke-14Identiti program tahun ini diilhamkan daripada karya seni pemenang 2023 UOB Painting of the Year Asia Tenggara oleh pelukis Thailand, Cik Pratchaya Charernsook, yang bertajuk ‘Chumphon Estuary’. Karya seni yang menggambarkan ancaman yang bakal berlaku akibat mikroplastik menjadi inspirasi identiti program, dilambangkan oleh tenaga bergelora daripada pecahan ombak yang membawa zarah invasif.
Ini memberi penekanan bahawa usaha pemuliharaan amat diperlukan bagi mengekalkan ekosistem yang rapuh.
Penyertaan kini dibuka untuk pertandingan UOB POY (Malaysia) ke-14Pertandingan UOB POY dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Permohonan perlu dilakukan secara digital melalui
UOBandArt.com selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024.
Senarai penuh pemenang akan diumumkan di majlis anugerah pada Oktober 2024. Pemenang anugerah UOB Painting of the Year akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000, sekaligus bersaing dengan pemenang negara dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam untuk anugerah serantau terkemuka UOB Painting of the Year Asia Tenggara. Pemenang anugerah serantau akan menerima hadiah tambahan bernilai S$13,000 di samping berpeluang menghadiri program residensi di luar negara. Pemenang 2024 UOB Painting of the Year Asia Tenggara akan diumumkan di majlis anugerah yang akan berlangsung di Singapura pada 13 November 2024.
Butiran lanjut mengenai pertandingan boleh didapati di
UOBandArt.com.
SUMBER: UOB Malaysia UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Putri Faralisa
Brand, Media and Communications
Tel: 016-664 2346
E-mel: putrifaralisasofeaadril.bintiabduljalil@uob.com.my
Nama: Sharie Elina Ibrahim
Brand, Media and Communications
Tel: 012-682 6300
E-mel: sharie.elina@uob.com.my
--BERNAMA