ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  UNIVERSITI ZHEJIANG CHINA MENERIMA DENGAN TANGAN TERBUKA GELOMBANG PERTUKARAN KEBUDAYAAN GLOBAL

Wednesday 12/06/2024

AsiaNet 0200201

Table
Pada 10 Jun, 2024, Universiti Zhejiang (ZJU) telah meraikan Festival Perahu Naga. 
 
 
HANGZHOU, China, 12 Jun, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 10 Jun, Universiti Zhejiang (ZJU) di Hangzhou, yang terletak di wilayah Zhejiang di China Timur, meraikan Festival Perahu Naga, sebuah perayaan tradisional China yang diserlahkan dengan perlumbaan perahu naga sebagai penghormatan kepada penyair purba Qu Yuan. Semasa festival itu, ZJU menjadi tuan rumah kepada Whiffenpoofs dari Universiti Yale, satu kumpulan a cappella universiti berkolej tertua dan paling terkenal di dunia. Bersama-sama dengan Wenqin Chorus ZJU, mereka mempersembahkan karya paduan suara untuk fakulti dan pelajar, sekali gus menambahkan satu dimensi kebudayaan yang bersemangat kepada festival yang dihargai ini.

Satu minggu sebelum festival itu, pelajar dari universiti-universiti terkemuka dunia, termasuk Universiti Harvard, Universiti Yale, UC Berkeley, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Tokyo, Universiti Yonsei dan Universiti Cambridge, berkumpul di Universiti Zhejiang, satu daripada institusi pengajian tinggi yang tertua dan paling berprestij di China.

Semasa lawatan ke kampus, pelajar-pelajar antarabangsa telah menikmati tarian naga dan singa, menonton opera tradisional dan persembahan muzik rakyat, dan mencuba sendiri seni kaligrafi dan ukiran meterai. Mereka juga melawat Muzium Seni dan Arkeologi ZJU, yang menampilkan satu pameran mengenai tamadun Asia di sepanjang Laluan Sutera. Dengan lebih 210 artifak yang menjangkau lima ribu tahun, pameran itu memberikan pelajar dengan pandangan ke dalam sejarah yang kaya dan pertukaran kebudayaan bagi masyarakat Asia.

Penyerapan kebudayaan ini adalah berikutan penyertaan mereka di dalam Sukan Air Terbuka Universiti-universiti Elit Antarabangsa 2024, yang diadakan pada 1-2 Jun. Dianjurkan bersama oleh Universiti Zhejiang, acara itu menampilkan pertandingan seperti satu perlumbaan perahu naga yang terdiri daripada 12-atlet sejauh 200 meter, dan satu perlumbaan kayak rekreasi sejauh 200 meter.

"Perahu naga itu membawa konotasi kebudayaan dan simbolisme yang kaya," kata Du Jiangfeng, presiden bagi Universiti Zhejiang, pada majlis perasmian acara itu. "Ia melambangkan usaha berterusan negara China dan hasrat murni untuk menggalakkan keamanan dunia dan membina satu komuniti dengan satu masa depan bersama bagi seluruh manusia sejagat."

"Dengan menggunakan perahu naga sebagai satu medium, kami berhasrat untuk mempromosikan dialog di kalangan belia antarabangsa dan menggariskan matlamat bersama kami," kata beliau.

Sentimen ini telah disuarakan oleh peserta, termasuk Ruslan Pavlyshyn dari Universiti Cambridge, yang berkongsi keghairahan beliau mengenai pengalaman pertama beliau menaiki perahu naga. "Saya belajar cara bagaimana untuk berlumba malah dapat menamatkan perlumbaan bukan di tempat terakhir. Kami sangat berbangga dengan pencapaian kami dan peluang untuk belajar mengenai tradisi yang indah ini," kata beliau.

Loann Marquant dari Universiti Harvard turut melahirkan rasa tertarik dengan kedalaman kebudayaan yang ditemui semasa lawatan beliau. "Semua aspek kebudayaan yang saya temui secara peribadi tentang China sangat menarik bagi saya," kata beliau.

Dengan memperluaskan pertukaran kebudayaan mereka di luar kampus, Universiti Zhejiang telah melancarkan satu siri inisiatif kebudayaan di Eropah sejak awal tahun ini, dengan mempersembahkan Koleksi Komprehensif bagi Lukisan Purba China kepada universiti-universiti rakan dan institusi kebudayaan di Itali, Perancis dan Hungary. Selain itu, satu pameran khas mengenai lukisan Dinasti Song daripada koleksi itu telah diadakan di Perancis, yang telah menarik perhatian yang ketara dan mempamerkan daya tarikan yang mendalam mengenai seni tradisional China.

Pada April tahun ini, pada ulang tahun ke-700 pemergian Marco Polo, yang pernah berasa kagum dengan lawatan beliau ke Hangzhou, Universiti Zhejiang membantu mengatur pavilion kebangsaan China di Biennale Venice ke-60 di Venice, Itali. Pameran itu bukan sahaja mempamerkan kepelbagaian kebudayaan tetapi juga menyampaikan nilai-nilai keharmonian di dalam kepelbagaian yang berteraskan budaya China.

Lebih 700 tahun yang lalu, Marco Polo adalah seorang perintis di dalam memudahkan pertukaran kebudayaan di antara Timur dan Barat, diikuti oleh generasi utusan yang ramah. Hari ini, ketika Universiti Zhejiang terus memperjuangkan Inisiatif Tamadun Global, ia kekal berada di barisan hadapan di dalam memupuk kerjasama antarabangsa dan pertukaran kebudayaan, mengukuhkan hubungan di antara Timur dan Barat melalui usaha kebudayaan yang dikongsi bersama.

Sumber: Universiti Zhejiang

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.