ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 07, 2024 -Isnin

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 23 (02 JUN 2024 - 08 JUN 2024)

Tuesday 18/06/2024



KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-23 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,508 kes berbanding 2,522 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-23 tahun 2024.

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 adalah sebanyak 67,137 kes berbanding 51,331 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 48 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 37 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-23 adalah sebanyak 71 lokaliti berbanding 74 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 71 lokaliti yang dilaporkan, 53 lokaliti di Selangor, tujuh (7) lokaliti di WPKL & Putrajaya, empat (4) lokaliti di Kedah, tiga (3) lokaliti di Perak, dua (2) di lokaliti Pulau Pinang, satu (1) lokaliti di Negeri Sembilan dan satu (1) lokaliti di Sarawak. 

Bagi survelan chikungunya, terdapat tiga (3) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-23. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 34 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-23. Bagi survelan zika, sebanyak 1,149 sampel darah, enam (6) sampel urin dan dua (2) sampel cairan tulang belakang telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif. 

Semua pihak perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran premis. Komuniti disarankan supaya melakukan aktiviti gotong-royong bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes secara berkala termasuk mengitar semula atau melupuskan barang lusuh yang tidak terpakai yang berpotensi menjadi tempat nyamuk Aedes. Jadikan aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah 10 minit sekali seminggu sebagai aktiviti rutin keluarga bagi memastikan persekitaran bebas Aedes dan seterusnya memutuskan kitaran nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika. 

Sila klik untuk Lampiran

DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN
15 JUN 2024 

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nurhanis Asyeera Binti Rahman

Tel: nurhanisasyeera@moh.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.