ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 01, 2024 -Isnin

 
  MEDIDATA LANCARKAN CLINICAL DATA STUDIO YANG MENGGUNAKAN AI UNTUK MEMODENKAN PENGALAMAN DATA DALAM PERCUBAAN KLINIKAL

Wednesday 19/06/2024



Menyampaikan semakan data dan aktiviti penyelarasan menggunakan AI terbenam sehingga 80 peratus lebih cepat, mempermudah kitaran hayat data dengan menghubungkan berbilang sumber data

NEW YORK, 19 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, sebuah penyedia penyelesaian percubaan klinikal peneraju yang berjenama Dassault Systèmes dalam industri sains hayat, hari ini mengumumkan pelancaran Medidata Clinical Data Studio, iaitu pengalaman tersatu yang membuka kunci kuasa sebenar data penyelidikan klinikal. Teknologi canggih ini memberi pihak berkepentingan lebih banyak kawalan terhadap kualiti data dan keupayaan untuk menyediakan percubaan yang lebih selamat kepada pesakit dengan lebih cepat.

Terbina pada Medidata Platform, Clinical Data Studio menyepadukan data daripada sumber Medidata dan juga bukan Medidata, yang mempercepat langkah pembuatan keputusan merentas proses percubaan klinikal yang penuh, dan menyediakan data dan strategi risiko yang holistik yang menghubungkan pihak pesakit, tapak dan penaja. Melalui AI, pasukan kajian boleh mengenal pasti isu data dan isyarat keselamatan dengan lebih berkesan, yang membawa kepada pemahaman pesakit yang lebih tepat. Hal ini mengurangkan cabaran yang dihadapi dalam sistem data tersilo dan membolehkan semakan data tindakan dan penyelarasan meningkat sehingga 80 peratus lebih cepat.

"Clinical Data Studio membuka kunci ekosistem data klinikal yang luas. Dengan kuasa AI terbenam, kami sedang mendemokrasikan akses kepada data dan mendedahkan isyarat, risiko dan cerapan yang paling penting. Bersama-sama, pengalaman ini menpercepat pelaksanaan percubaan dan mencipta data yang kaya untuk penemuan baharu," kata Tom Doyle, ketua pegawai teknologi Medidata.

Clinical Data Studio menawarkan ruang kerja yang menyeluruh untuk penyepaduan, transformasi dan pengurusan data. Studio ini merangkumi penyelarasan data terbantu AI dan pengesanan anomali, penyenaraian data layan diri, pengurusan kualiti kukuh berdasarkan risiko, serta alat untuk melaksanakan data dan strategi risiko yang holistik yang disokong dengan aliran kerja dan visualisasi.

"Seiringan dengan pertumbuhan eksponen volum dan sumber data, pengurusan data dan penjanaan cerapan masa nyata menjadi semakin rumit. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan masa ke pasaran, tetapi juga melengahkan penyampaian terapi yang tepat masa kepada pesakit, dan dengan itu, menjejaskan kehidupan pesakit," kata Dr. Nimita Limaye, naib presiden penyelidikan, Life Sciences R&D Strategy and Technology, IDC. "Dengan membolehkan pengguna menguruskan semua data mereka, data Medidata dan juga data bukan Medidata, di satu tempat, Medidata Clinical Data Studio berpotensi untuk mendorong industri dengan mempercepat percubaan klinikal dan menyampaikan terapi kepada pesakit dengan lebih cepat."

Perihal Medidata

Medidata memperkasa rawatan yang lebih pintar dan orang yang lebih sihat melalui penyelesaian digital untuk menyokong percubaan klinikal. Dengan pengalaman 25 tahun dalam inovasi teknologi yang canggih merentas lebih daripada 33,000 percubaan dan 10 juta pesakit, Medidata menawarkan kepakaran peneraju industri, cerapan berkuasa analitis dan set data percubaan klinikal tahap pesakit di dunia yang terbesar dalam sejarah. Lebih daripada 1 juta pengguna berdaftar merentas 2,200+ pelanggan mempercayai platform hujung ke hujung Medidata yang lancar untuk menambah baik pengalaman pesakit, mempercepat kemajuan klinikal dan membawa terapi ke pasaran dengan lebih cepat. Sebuah jenama Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA), Medidata beribu pejabat di Bandar Raya New York dan telah diiktiraf sebagai Peneraju oleh Everest Group dan. IDC. Terokai lebih banyak di www.medidata.com dan ikut kami @Medidata.

Perihal Dassault Systèmes

Dassault Systèmes merupakan pemangkin untuk kemajuan manusia. Kami menyediakan persekitaran maya kerjasama untuk perniagaan dan orang untuk membayangkan inovasi yang mapan. Dengan menyediakan pengalaman kembar maya dunia sebenar dengan platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami, pelanggan kami boleh mengubah semula penciptaan, pengeluaran dan proses pengurusan kitaran hayat tawaran mereka dan dengan itu, memberikan kesan yang bermakna bagi merealisasikan dunia yang lebih mapan. Keindahan Ekonomi Pengalaman adalah bahawa ekonomi ini berpusatkan manusia untuk manfaat semua orang –pengguna, pesakit dan warganegara. Dassault Systèmes membawa nilai kepada lebih daripada 350,000 pelanggan merentas pelbagai saiz dan industri di lebih daripada 150 negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.3ds.com

© Dassault Systèmes. Hak cipta terpelihara. 3DEXPERIENCE, logo 3DS, ikon Compass, IFWE, 3DEXCITE, 3DVIA, BIOVIA, CATIA, CENTRIC PLM, DELMIA, ENOVIA, GEOVIA, MEDIDATA, NETVIBES, OUTSCALE, SIMULIA dan SOLIDWORKS ialah tanda dagangan komersial atau tanda dagangan berdaftar Dassault Systèmes, sebuah syarikat Eropah (Societas Europaea) yang diperbadankan di bawah undang-undang Perancis dan didaftarkan dengan daftar perdagangan dan syarikat Versailles di bawah nombor 322 306 440, atau subsidiarinya di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua tanda dagangan yang lain dimiliki oleh pemilik mereka masing-masing. Penggunaan mana-mana tanda dagangan Dassault Systèmes atau subsidiarinya tertakluk pada kelulusan bertulis nyata mereka.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Perhubungan

Medidata PR
Medidata.PR@3ds.com

Perhubungan Juruanalisis
Medidata.AR@3ds.com

Sumber: Medidata

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.