ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Jun 30, 2024 -Ahad

 
  EY MENGUMUMKAN MIKE JACKOWSKI DARI DUCK CREEK TECHNOLOGIES SEBAGAI PEMENANG ANUGERAH ENTREPRENEUR OF THE YEAR® 2024 NEW ENGLAND

Wednesday 19/06/2024



Meraikan peneraju berani yang mempengaruhi pasaran, merevolusikan industri dan mengubah kehidupan

BOSTON, 19 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Ernst & Young LLP (EY US) mengumumkan bahawa Mike Jackowski, CEO Duck Creek Technologies, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Entrepreneur Of The Year® 2024 New England. Entrepreneur Of The Year ialah program anugerah persaingan terunggul untuk usahawan dan peneraju syarikat dengan pertumbuhan tinggi.

Jackowski telah dipilih oleh panel penghakiman bebas yang terdiri daripada pemenang anugerah sebelumnya, CEO terkemuka dan peneraju perniagaan lain. Calon telah dinilai berdasarkan keupayaan mereka untuk mencipta nilai masa panjang menerusi semangat keusahawanan, komitmen kepada matlamat mereka dan menunjukkan pertumbuhan dan impak besar, antara kriteria utama lain.

“Saya teruja dan merendah hati untuk diiktiraf sebagai Entrepreneur Of The Year® di New England”, ujar Jackowski. “Saya mempunyai keistimewaan untuk bekerja bersama beberapa ahli profesional terbaik dan paling berbakat dalam industri insurans, jadi anugerah ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan keseluruhan pasukan Duck Creek. Bagi pihak Duck Creek, saya mengucapkan terima kasih kepada Ernst & Young dan panel penghakiman kerana memberikan anugerah ini kepada kami.”

Sebagai pemenang anugerah di New England, Jackowski kini layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kebangsaan Entrepreneur Of The Year 2024. Pemenang Anugerah Kebangsaan, termasuk pemenang Anugerah Keseluruhan Kebangsaan Entrepreneur Of The Year, akan diumumkan pada bulan November di Strategic Growth Forum®, salah satu daripada perhimpunan syarikat pertumbuhan tinggi dan menerajui pasaran yang paling berprestij di peringkat kebangsaan. Pemenang Anugerah Keseluruhan Kebangsaan Entrepreneur Of The Year kemudiannya akan layak bertanding bagi Anugerah World Entrepreneur Of The Year® pada bulan Jun 2025.

Entrepreneur Of The Year mengiktiraf pelbagai jenis peneraju perniagaan untuk kepintaran, keberanian dan semangat keusahawanan mereka. Program ini meraikan pengasas asal yang menjayakan perniagaan mereka daripada permulaan atau mereka yang meraih modal luar untuk mengembangkan syarikat mereka; CEO transformasi yang berjaya menggabungkan inovasi ke dalam organisasi sedia ada untuk melonjakkan lagi trajektori organisasi; dan peneraju perniagaan keluarga berbilang generasi yang membayangkan semula model perniagaan legasi bagi mengukuhkannya untuk masa depan.

Program Entrepreneur Of The Year telah mengiktiraf kepimpinan usahawan seperti:

· Daymond John, FUBU

· Holly Thaggard dan Amanda Baldwin, Supergoop!

· James Park, Fitbit

· Jodi Berg, Vitamix

· Kendra Scott, Kendra Scott LLC

· Michael Happe, Winnebago Industries

· Reid Hoffman dan Jeff Weiner, LinkedIn Corporation

· Sheila Mikhail, AskBio 

Pemenang Anugerah Entrepreneur Of The Year bakal menjadi ahli sepanjang hayat komuniti usahawan global dan berbilang industri. Mereka menerima akses eksklusif dan berterusan kepada pengalaman, cerapan dan kebijaksanaan para alumni program, serta ahli ekosistem lain di lebih daripada 60 buah negara — semuanya disokong oleh sumber EY yang luas.

Selain daripada Entrepreneur Of The Year, EY US menyokong usahawan lain menerusi program EY Entrepreneurial Winning Women™ (Winning Women) dan EY Entrepreneurs Access Network (EAN) untuk membantu menghubungkan pengasas wanita serta usahawan yang berkulit hitam dan Amerika Sepanyol/Latin, masing-masing dengan sumber, rangkaian serta akses yang diperlukan untuk memenuhi potensi penuh mereka.

Penaja

Diasaskan dan dihasilkan oleh Ernst & Young LLP, Anugerah Entrepreneur Of The Year termasuk penaja bersama PNC Bank, Cresa, Marsh USA, SAP dan Ewing Marion Kauffman Foundation. Di New England, penaja juga termasuk penaja premier, DLA Piper.

Perihal Duck Creek Technologies

Duck Creek Technologies ialah penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri insurans harta benda dan kemalangan (P&C) serta am. Kami merupakan platform yang membina sistem insurans moden yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan berterusan.

Keaslian, tujuan dan ketelusan merupakan teras Duck Creek, serta kami percaya bahawa insurans perlu ada untuk individu dan perniagaan pada masa, tempat dan cara ia paling diperlukan. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara kendiri atau sebagai suit penuh dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ikuti Duck Creek pada saluran sosial kami untuk maklumat terkini – LinkedIn dan X.

Perihal Entrepreneur Of The Year®

Diasaskan pada tahun 1986, Entrepreneur Of The Year® telah meraikan lebih daripada 11,000 individu yang mempunyai visi dan cita-cita tinggi yang menerajui perniagaan yang berjaya dan dinamik di AS, serta semenjak itu telah berkembang ke lebih daripada 80 buah negara dan rantau secara global.

Program AS terdiri daripada 17 program serantau dan pemenang anugerah serantau dipilih oleh panel kehakiman bebas pada setiap bulan Jun. Pemenang tersebut akan bertanding untuk pengiktirafan kebangsaan di Strategic Growth Forum® pada bulan November, yang peserta akhir Kebangsaan dan pemenang anugerah diumumkan. Pemenang Kebangsaan keseluruhan akan mewakili AS di pertandingan World Entrepreneur Of The Year®. Lawati ey.com/us/eoy.

Perihal EY

EY wujud untuk membina dunia pekerjaan yang lebih baik, membantu mencipta nilai jangka panjang untuk klien, insan dan masyarakat, serta membina kepercayaan dalam pasaran modal.

Dipacu oleh data dan teknologi, pasukan EY yang pelbagai di lebih daripada 150 buah negara memberikan kepercayaan melalui kepastian dan membantu klien berkembang, berubah dan beroperasi.

Bekerja merentas kepastian, rundingan, undang-undang, strategi, cukai dan transaksi, pasukan EY bertanyakan soalan yang lebih baik untuk mencari jawapan baharu bagi isu rumit yang dihadapi oleh dunia kita hari ini.

EY merujuk kepada organisasi global dan mungkin merujuk kepada satu atau lebih, ahli firma Ernst & Young Global Limited, yang setiap satunya merupakan entiti sah yang berasingan. Ernst & Young Global Limited, syarikat berhad dengan jaminan UK, tidak memberikan perkhidmatan kepada klien. Maklumat tentang cara EY mengumpulkan dan menggunakan data peribadi serta penerangan hak yang dimiliki oleh individu di bawah perundangan perlindungan data tersedia melalui ey.com/privacy. Ahli firma EY tidak mengamalkan undang-undang di tempat yang dilarang oleh undang-undang tempatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang organisasi kami, sila lawati ey.com.

Hubungan Media:
Dennis Dougherty
Dennis.Dougherty@DuckCreek.com 

SUMBER: Duck Creek Technologies

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.