ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 07, 2024 -Isnin

 
  AMBANK ISLAMIC SOKONG USAHA PENGURUSAN SISA LESTARI DI PENGERANG, JOHOR DENGAN PEMBIAYAAN HIJAU BERNILAI RM285 JUTA

Friday 21/06/2024



Table
Pertukaran dokumen antara Jamzidi Khalid, Pengarah Urusan, Perbankan Borong, Kumpulan AmBank dan Kasrul Nazrin bin Kasim, Pengarah, Econas Resource To Energy Sdn Bhd, disaksikan oleh Jamie Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank dan YBhg Dato' Mohd Shafiee bin Mohd Sanip, Pengerusi Eksekutif, Econas Resource To Energy Sdn Bhd 
 
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) dengan sukacitanya mengumumkan pembiayaan hijau berjumlah RM285 juta kepada Econas Resource To Energy Sdn Bhd (ER2E) bagi pembangunan Kompleks Pemulihan Sumber dan Pelupusan (RRDC) dan Kemudahan Rawatan Sisa Berjadual Sumber Tenaga (R2E-SW) Bersepadu bertempat di Pengerang, Johor. Inisiatif ini menandakan satu langkah penting ke arah pengurusan sisa lestari di Malaysia, khususnya di kawasan pembangunan strategik Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) yang merupakan hab selatan industri minyak dan gas hiliran Malaysia.
 
Inisiatif ini akan membolehkan ER2E memproses dan melupuskan sehingga 150,000 tan setahun sisa berjadual, menangani pemintaan yang semakin meningkat untuk rawatan sisa dan menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih.
 
Eqhwan Mokhzanee, Ketua Pegawai Eksekutif, AmBank Islamic berkata “Kami komited untuk menyokong projek-projek yang memacu kepada pembangunan mampan dan pengurusan alam sekitar. Pembiayaan projek ER2E ini menunjukkan komitmen AmBank Islamic dalam memupuk penyelesaian pengurusan sisa yang mampan dan menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan selamat. Kami bangga menjadi peneraju di barisan hadapan dalam inisiatif alam sekitar yang penting ini.” 

Jamzidi Khalid, Pengarah Urusan, Perbankan Borong, Kumpulan AmBank berkata, “Pembiayaan Kompleks Pemulihan Sumber dan Pelupusan (RRDC) dan Kemudahan Rawatan Sisa Berjadual Sumber Tenaga (R2E-SW) Bersepadu di Pengerang, Johor bukan sekadar pelaburan; ia adalah satu langkah strategik ke arah masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia. Sokongan kami terhadap kemudahan pengurusan sisa termaju ER2E adalah bukti keyakinan kami terhadap pembangunan lestari dan tanggungjawab kami terhadap generasi masa hadapan.
 
Dato’ Mohd Shafiee Bin Mohd Sanip, Pengerusi Eksekutif, Econas Resource To Energy Sdn Bhd berkata, “Kami berbesar hati dengan komitmen AmBank Islamic dalam menyertai kami ke arah masa depan yang lebih baik untuk Malaysia. Keseluruhan projek ini akan menjadi pemangkin kepada komuniti perniagaan di Pengerang. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat dan yang telah membawa kami ke tahap ini terutamanya kepada semua pemegang saham, agensi tempatan dan pihak berkuasa, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta semua perunding, kontraktor dan pembekal yang menyumbang kepada kejayaan projek ini.” 

ER2E telah memulakan pembinaan kemudahan fasa pertamanya dan kini berada pada tahap 99% siap dan tarikh permulaan perniagaan yang dijangkakan ialah suku ketiga tahun 2024. Fasa pertama termasuk Pirolisis, Gelombang Mikro, Pemejalan dan Tapak Pelupusan Terjamin. Fasa kedua akan menyaksikan pembinaan loji insinerator R2E-SW, bertujuan untuk menjana elektrik daripada pembakaran sisa berjadual. Ia dijangka bermula pada suku keempat 2024, dengan integrasi operasi penuh disasarkan menjelang suku ketiga 2026.
 
Projek ER2E akan memberikan manfaat sosio-ekonomi yang meluas kepada penduduk sekitar di Pengerang, Johor. Selain daripada pengurusan sisa yang lebih baik, inisiatif ini dijangka menjana peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan perniagaan tempatan, sekali gus menarik lebih banyak pembangunan dan pelaburan ke kawasan tersebut.  
 
About AmBank Group

AmBank Group is a leading financial services group with over 40 years of expertise in supporting the economic development of Malaysia. We have over three million customers and employ over 8,000 people.
 
The Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia in 1988. It is the sixth-largest banking group by assets in Malaysia, with a market capitalisation of more than RM13.9 billion as at 31 March 2024.
 
AmBank Group serves over three million individual and corporate customers. It provides services in wholesale banking, retail banking, business banking, investment banking and related financial services which include Islamic banking, underwriting of general insurance, life insurance, family takaful, stock and share broking, futures broking, investment advisory and asset management services in unit trusts and real estate investment trusts.
 
For more information, please visit www.ambankgroup.com 

About Econas Resource To Energy Sdn Bhd (ER2E)
 
ER2E is a special purpose vehicle Bumiputra Company and a subsidiary of Perisind Samudra Sdn Bhd (“PSSB”), have made a significant investment in the energy sector. Our aim is to be a specialist company with the objective of developing Resource to Energy – Schedule Waste (“R2E-SW”) and Resource Recovery & Disposal Complex (“RRDC”) nationwide. The project is to cater for scheduled waste generated nationally, but mainly in the southern Peninsular region.
 
Our facilities are designed to be a one-stop complex for all scheduled waste management needs. ER2E has received 68 out of 77 scheduled waste code (as recommended by Department of Environment). Our facilities are capable to handle everything from collection, recovery and disposal while ensuring that all waste is managed responsibly and in accordance with the best sustainability practices.
 
ER2E has obtained a RAM Sustainability’s external review that concludes ER2E meets green and sustainability guidelines.
 
For more information, please visit www.er2e.my. 

SUMBER: AmBank Group

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Ridzuan Zulkifli
Senior Vice President, Group Corporate Communications and Marketing
Emel: ridzuan.zulkifli@ambankgroup.com 

Media Relations team 
Emel: media.relations@ambankgroup.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.