Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp menyampaikan ucapannya semasa pelancaran Anugerah LIFE AT WORK 2024.KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mengumumkan pelancaran
Anugerah LIFE AT WORK 2024 (LAWA 2024) pada 20 Jun 2024 untuk meraikan majikan dengan dasar tempat kerja yang terbaik selaras dengan komitmen mereka terhadap agenda Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI).
Untuk memenuhi permintaan landskap yang berkembang pesat hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Encik Thomas Mathew telah memperkenalkan lima kategori baharu Anugerah LAWA bagi mengiktiraf sumbangan luar biasa organisasi dalam bidang utama seperti amalan kemampanan alam sekitar, inovasi teknologi hijau dan teknologi untuk keterangkuman.
“Dengan slogan ‘Meraikan Kecemerlangan dalam DEI untuk Kelestarian Kerja, Tempat Kerja dan Tenaga Kerja’, Anugerah LAWA 2024 bukan sahaja mengiktiraf organisasi tetapi meraikan peranan penting yang dijalankan oleh pekerja dalam memacu kejayaan organisasi. Dengan menekankan pembangunan bakat yang mampan, TalentCorp menyasarkan untuk mewujudkan tenaga kerja yang lebih berdaya tahan dan inklusif serta boleh menyesuaikan diri dengan landskap kerja global yang berubah dengan pesat,” katanya.
Anugerah LIFE AT WORK telah dilancarkan pada 2013 oleh TalentCorp merupakan sebuah rangka kerja anugerah DEI paling komprehensif di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk membantu majikan membuat persediaan untuk masa depan pekerjaan. Ia pada asalnya menampilkan tiga kategori yang mengiktiraf majikan yang mengalakkan penyertaan wanita, dan ia terus diperluaskan kepada 14 kategori untuk mengiktiraf organisasi di Malaysia, organisasi antarabangsa, perusahaan kecil sederhana (PKS) dan pemilikan/ perkongsian tunggal, dan organisasi sektor awam.
Antara pemenang Anugerah LAWA pada tahun 2023 termasuklah Maybank, Yayasan Pahang, Pos Malaysia, VISTA Laser Eye Centre Sdn. Bhd., CIBA VISION Johor Sdn. Bhd., HSBC Bank Malaysia, Dexcom Malaysia, Shell Malaysia, dan banyak lagi.
Untuk Anugerah LAWA 2024, ia akan mengiktiraf majikan dalam 14 kategori dengan 30 anugerah yang akan diberikan termasuklah:
1. Organisasi Terbaik
2. Juara CEO
3. Juara CHRO
4. HR Muda Harapan
5. Inisiatif untuk Penyertaan Wanita dalam Tenaga Kerja
6. Inisiatif untuk Kepelbagaian Pengambilan Pekerja
7. Inisiatif untuk Graduan Muda
8. Inisiatif untuk Kelestarian Bakat
9. Inisiatif untuk Kecermelangan Tempat Kerja
10. Inisiatif untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (
baharu)
11. Inisiatif untuk Teknologi Keterangkuman (
baharu)
12. Inisiatif untuk Amalan Alam Sekitar (
baharu)
13. Inisiatif untuk Inovasi Teknologi Hijau (
baharu)
14. Inisiatif untuk Penjagaan dan Kesejahteraan Pekerja (
baharu)
Penyertaan Anugerah LAWA 2024 terbuka kepada semua majikan di Malaysia bermula dari 20 Jun 2024 hingga 6 September 2024. Tempoh penjurian akan berlangsung pada Oktober 2024, dan pemenang akan diumumkan pada November 2024.
Untuk maklumat lanjut dan menyertai LAWA 2024, sila layari
www.lifeatwork.my Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad SUMBER : Talent Corporation Malaysia BerhadUNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ahmad Anis
Tel : 019-390 5987
E-mel : anis.kamil@talentcorp.com.my
--BERNAMA