ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 01, 2024 -Isnin

 
  ITIC, SEMICONDUCTOR RESEARCH CONSORTIUM DAN AKADEMI MIMOS PACU KEMAJUAN TEKNOLOGI MALAYSIA

Monday 24/06/2024



BUKIT JALIL, 24 Jun (Bernama) -- YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan Pusat Teknologi Inovasi Industri (ITIC), Semiconductor Research Consortium dan Akademi MIMOS di MIMOS Berhad, yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah pada 22 Jun 2024.

Pelancaran ITIC menandakan satu pencapaian besar dalam kemajuan industri teknologi. ITIC terdiri daripada empat (4) pusat yang masing-masing dikendalikan oleh agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu:

1.    MIMOS: memberi tumpuan kepada sektor Elektrik dan Elektronik (E&E);
2.    MRANTI: mengkhususkan sektor Teknologi Dron dan Robotik;
3.    MIGHT: memfokuskan kepada Teknologi Bandar Pintar; dan
4.    MYSA: yang menumpukan pada Teknologi Angkasa atau Aerospace.

YB Tuan Chang Lih Kang memberi keyakinan dengan inisiatif-inisiatif yang dimumumkan pada hari ini. Menurut beliau, penubuhan ITIC, Semiconductor Research Consortium dan Akademi MIMOS merupakan langkah strategik dan transformatif untuk jangka masa panjang bagi pembangunan industri dan bakat. Pelancaran hari ini mencerminkan komitmen MOSTI dalam mewujudkan sebuah ekosistem teknologi semikonduktor bagi memacu kedudukan Malaysia dalam sektor E&E di peringkat global.

Secara khususnya, ITIC MIMOS akan memberi penekanan kepada Peralatan Ujian Automatik (ATE). Inisiatif ini menyokong Pelan Hala Tuju E&E 2021-2030, dengan matlamat mensasarkan penghasilan komponen bernilai tinggi dalam negara dan meningkatkan sumbangan nilai tambah.

ITIC akan meningkatkan kandungan tempatan dalam pembuatan ATE dengan mendapatkan komponen dan bahan tempatan, memupuk kerjasama dan mewujudkan kemudahan pembuatan tempatan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan kepakaran. Bakat tempatan akan membangunkan perisian dan perisian tegar khusus, memastikan produk memenuhi permintaan domestic, dengan sokongan insentif kerajaan dan kerjasama bersama academia.
 
Di samping itu, peluncuran Semiconductor Research Consortium yang diketuai oleh MIMOS akan memanfaatkan kemudahan MIMOS dan kerjasama strategik untuk memajukan teknologi semikonduktor dan menangani cabaran industri, meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) semikonduktor.

Akademi MIMOS pula bakal memainkan peranan penting dalam menawarkan latihan dan memupuk generasi perintis teknologi masa depan. Sejajar dengan National Semiconductor Strategies (NSS) Malaysia, Akademi MIMOS menyasarkan untuk menarik pelaburan dan membangunkan bakat mahir bagi memenuhi keperluan industri seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat R&D global.

Justeru, perasmian ITIC membuktikan komitmen MOSTI dalam menyokong pembangunan industri E&E melalui dasar, insentif dan pembangunan infrastruktur yang lengkap. Usaha ini akan mendorong Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan berteknologi maju, seterusnya menyokong pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif.

Mengenai MIMOS Berhad

MIMOS adalah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pusat inovasi dalam teknologi Semikonduktor, Mikroelektronik dan ICT, yang menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia melalui platform, produk dan penyelesaian teknologi yang boleh dipatenkan. Sejak penubuhannya, MIMOS telah memfailkan lebih daripada 1,300 paten dalam pelbagai domain teknologi dan merentasi bidang sosio-ekonomi utama yang memacu perkembangan transformasi digital Malaysia ke arena antarabangsa, menjenamakan semula dirinya sebagai MIMOS Global pada 2022.

Sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan, aktiviti R&D MIMOS kini tertumpu pada Semikonduktor & Penyelidikan Filem Nipis (Semiconductor & Thin Film Research), Elektronik Lanjutan & Sistem Terbenam (Advanced Electronics & Embedded Systems), Teknologi Pembuatan (Manufacturing Technology) dan teknologi Negara Bestari (Smart Nation). MIMOS terus meningkatkan kerjasamanya dengan rakan kongsi strategik sedia ada, meneroka peluang baharu dengan bakal rakan kongsi, dan membangunkan syarikat teknologi baharu dan organisasi usaha niaga teknologi berorientasikan perniagaan. MIMOS juga mengekalkan R&D teknologi canggihnya, meneroka pembangunan keusahawanan teknologi global, dan memupuk sikap amanah, inovasi dan prestasi tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mimos.my.

SUMBER: MIMOS Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Muriani Mat Zin
Ketua Jabatan, Komunikasi Korporat
Emel: muriani@mimos.my

Nama: Patricia Liew
Pengurus, Komunikasi Korporat
Emel: patricia.liew@mimos.my

Nama: Laurence Sebastian
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
Emel: laurence@mimos.my

Nama: Nurazuin Wahab
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
Emel: Nurazuin.wahab@mimos.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.