ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 01, 2024 -Isnin

 
  TRUSTQUAY VIEWPOINT MENJENAMAKAN SEMULA KEPADA QUANTIOS BERIKUTAN KEJAYAAN PENGGABUNGAN

Tuesday 25/06/2024



LONDON, 25 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TrustQuay Viewpoint, penyedia SaaS global untuk industri perkhidmatan Pengurusan Kekayaan, Amanah and Korporat (TCSP) telah menjenamakan semula kepada Quantios, memandangkan perniagaan itu menetapkan misi syarikat untuk menerajui transformasi digital dalam sektor tersebut.

Penjenamaan semula ini, berikutan penggabungan antara TrustQuay dan Viewpoint pada bulan Mei 2023, merupakan langkah terakhir dalam penyatuan kedua-dua syarikat dan menandakan permulaan baharu, bagi mengukuhkan Quantios sebagai pemain global. Berdasarkan warisan dan kepakaran TrustQuay dan Viewpoint, Quantios menyasar untuk mempercepat inovasi teknologi dalam sektor TCSP.

Bersama pangkalan pelanggan lebih 600 firma antarabangsa, Quantios berusaha menyampaikan inovasi produk dalam ruang SaaS, serta meningkatkan perkhidmatan pelanggan global dan memperluas keupayaan syarikat merentasi skop geografi yang lebih besar dan ke dalam persekitaran kawal selia yang lebih pelbagai.

Quantios akan mengembangkan pengetahuan industri dan pemahaman syarikat yang luas tentang bidang kuasa khusus untuk terus berinovasi dan mempercepat kemajuan digital kepada sektor tersebut.

Nama 'Quantios' menyampaikan gambaran tentang kemodenan, kejituan dan kecerdasan, memberi penghormatan kepada legasi kepakaran selama 40 tahun dalam industri TCSP. Direka bentuk untuk menarik perhatian pada skala global, identiti baharu itu mencerminkan gabungan jangkauan luas syarikat dan pelanggan yang pelbagai.

Guy Harrison, Ketua Pegawai Eksekutif Quantios, berkata: “Penjenamaan semula kepada Quantios menandakan peristiwa penting dalam misi kami untuk menerajui industri di laluan ke arah merealisasikan potensi pendigitalan sepenuhnya, serta membolehkan pelanggan kami mengekstrak nilai maksimum daripada kemajuan digital.

“Kami berdedikasi untuk menjadi platform pilihan yang memudahkan tadbir urus, operasi dan pelaburan pada peringkat global.”

Maklumat Tentang Quantios

Quantios ialah penyedia SaaS global untuk industri Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan, Amanah dan Korporat (TCSP). Sebagai peneraju pasaran, Quantios komited untuk menerajui transformasi digital dalam sektor ini. Teknologi syarikat ini memastikan pematuhan global yang lancar dan pentadbiran yang diperkemas, memperkasa pelanggan untuk menumpukan kepada mengembangkan operasi masing-masing tanpa kerumitan yang kebiasaannya berlaku.

Dengan pengalaman industri selama 40 tahun, Quantios amat memahami keperluan pelanggan yang pelbagai dan rumit. Syarikat itu menggunakan kepakaran ini bertujuan menyampaikan penyelesaian SaaS yang menyeluruh, serta memastikan tadbir urus data yang teguh dan memudahkan pematuhan kawal selia.

Syarikat itu mempunyai lebih 300 ahli profesional mahir yang berdedikasi untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang. Sehingga kini, Quantios telah bekerjasama dengan lebih 600 organisasi di seluruh dunia bagi membantu mencapai kecekapan, skala dan pertumbuhan yang lebih tinggi melalui transformasi digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi quantios.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
mimi.granell@fivenot10.co.uk
 
Sumber: Quantios

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.