Ini menjadikannya tempat yang ideal untuk percutian korporat, aktiviti “team building” dan sambutan majlis peribadi. Suasana yang indah ini juga sesuai untuk orang ramai menganjurkan majlis perkahwinan dan majlis khas, dibantu dengan pengendali acara yang berpengalaman di Darulaman Sanctuary, bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan yang lancar.
"Kami menjemput semua orang, terutamanya pelancong yang melawat Langkawi, untuk datang ke Darulaman Sanctuary dan menyelami keindahan dan ketenangannya yang tiada tanding," kata YM Raja Shahreen Raja Othman, Pengarah Eksekutif BDB Berhad, semasa majlis perasmian tempat tersebut.
"Ia adalah peluang bukan sahaja untuk menikmati alam semula jadi, malah untuk mengetahui dan menyokong tentang usaha pemuliharaan kami," tambahnya.
Darulaman Sanctuary menawarkan gabungan unik penerokaan hutan dan ruang acara korporat, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk penggemar alam semula jadi dan mereka yang mencari tempat tenang dan unik untuk acara istimewa mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Darulaman Sanctuary dan garis panduan pelawat beserta butiran tempahan acara, layari
www.langkawi.bdb.com.my. #DarulamanSanctuary
#Langkawi
#BDBBerhadABOUT DARULAMAN SANCTUARY DARULAMAN SANCTUARY is an eco-tourism site owned by BDB Land Sdn. Bhd. Darulaman Sanctuary situated within a protected forest reserve at the foothills of Gunung Raya, the highest peak on Langkawi Island. Visitors can explore and experience the wonders of the rainforest at this unique sanctuary SUMBER : Honeycomm Resource
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Fadzli
Tel: 017-2088609
E-mel: fadzramlan@gmail.com
--BERNAMA