ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 07, 2024 -Ahad

 
  PAMERAN FOOD & DRINKS MALAYSIA ANJURAN SIAL NETWORK 2024

Tuesday 02/07/2024



Table
 
Edisi ke-2 Food & Drinks Malaysia (FDM) oleh SIAL berjaya dilancarkan pada hari ini di MITEC, Kuala Lumpur. FDM oleh SIAL menyediakan platform antarabangsa kepada  pihak berkepentingan dan pemimpin industri, serta penginovasi bidang makanan untuk pertukaran pengetahuan, membina rangkaian, dan mempamerkan produk baharu.
 
(Dari Kiri ke Kanan) Henri Tan, Pengarah, Comexposium APAC; Elaine Chia, CEO APAC Comexposium; YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah; YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan & Komoditi; Nicolas Trentesaux, MD SIAL Network; Melissa Ong, CEO Kumpulan, Impact Circle; dan Dato' Sri Dr. King Lim Chin Fui, Pengerusi Pertandingan GCCM ke-3.

Pemangkin Inovasi dan Kerjasama dalam Industri Makanan Asia Tenggara
 
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Food & Drinks Malaysia oleh SIAL Network 2024 (FDM 2024) sekali lagi terbukti menjadi acara penting untuk industri makanan dengan menyediakan platform global bagi para pemilik perniagaan, peneraju industri dan penginovasi untuk mempamerkan dan menemui produk dan teknologi yang terkini. Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan & Komoditi, yang diiringi oleh YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Negeri Sabah.
 
Bertemakan 'Inspire Food Business', FDM untuk  tahun ini bukan sahaja memberi inspirasi idea, tetapi juga memacu dan mempercepatkan inovasi dan kerjasama dalam industri.
 
Salon International de l'alimentation Network, atau biasa dikenali dengan singkatan bahasa Perancis SIAL (disebut sebagai sai-uhl) Network, merupakan jenama utama di bawah Comexposium. Dengan ibu pejabatnya yang berpangkalan di Perancis, Comexposium adalah salah satu penganjur acara terkemuka di seluruh dunia.
 
Pameran perdagangan seperti FDM memacu inovasi dalam industri makanan dengan fungsinya sebagai hab untuk trend terkini, maklumat pasaran dan risikan industri. Acara ini menyediakan platform untuk saling bertukar ilmu, membina rangkaian dan mempamerkan produk baharu di samping mempercepatkan penggunaan amalan dan teknologi inovatif untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin berkembang.
 
Henri Tan, Pengarah Comexposium Asia Pasifik, menjelaskan bahawa Food & Drinks Malaysia oleh SIAL bertujuan untuk menjadi pemangkin kepada usahawan dan syarikat permulaan tempatan dan serantau untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pasaran makanan global.
 
“Dengan mempamerkan produk inovatif, memudahkan peluang rangkaian, dan memupuk kerjasama, kami mencipta platform yang memperkasakan usahawan dan syarikat permulaan untuk mengembangkan jangkauan dan pengaruh mereka, mengakses ke pasaran baru, dan berhubung dengan rakan kongsi dan pelabur berpotensi.”
 
Mengimbas ulang tahun ke-60 SIAL pada tahun ini, Nicolas Trentesaux, Pengarah Urusan SIAL Network berkata, “Edisi kedua FDM oleh SIAL merangkumi tema kami bertajuk 'Inspire Food Business.' Untuk meraikan tahun ke-60, acara di Malaysia mempamerkan pelbagai pempamer dan produk inovatif, yang menetapkan penanda aras industri baharu.
 
Pameran itu juga menampilkan pelbagai aktiviti penting, termasuk --
· Global Culinary Challenge Malaysia (GCCM) ke-3
· Forum Halal FDM 2024
· Persidangan dua hari bertemakan 'Future Food Frontier: Transforming Tomorrow’s Food & Agriculture’ oleh Impact Circle
 
Edisi kedua FDM oleh SIAL 2024 disokong oleh Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), aT Korea (Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation), analisis data dan agensi penyelidikan GlobalData, dan Sin Chew Daily sebagai Rakan Media Rasmi.
 
Bekerjasama dengan GlobalData, laporan kertas putih tentang trend makanan terkini di Asia Tenggara boleh dimuat turun di laman web rasmi FDM di https://www.fooddrinksmalaysia.com/.
 
Untuk mereka yang berminat untuk bekerjasama atau mengambil bahagian dalam FDM 2025, atau untuk ketahui lebih lanjut tentang anugerah Inovasi SIAL, sila hubungi marketing@fooddrinksmalaysia.com.
 
Dapatkan maklumat terkini FDM di www.fooddrinksmalaysia.com, atau ikuti media sosial mereka di @FDMbysial (Facebook, Instagram, LinkedIn) dan TikTok @fdm_fooddrinksmalaysia. 

SUMBER : Junzi Communications

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Untuk Pertanyaan Media, hubungi:
Junzi Communications
Nama: Peggy Cheah or WaiQuan Wong
E-mel: media@thejunzi.com 

Untuk Kolaborasi dan Rakan Kongsi, hubungi: 
Comexposium
Nama: Chong Nin
Marketing Manager
E-mel: chong.nin@comexposium.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.