ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 06, 2024 -Ahad

 
  RANGKAIAN SD MENETAPKAN RANGKA KERJA UNTUK PEMODENAN ASIA PASIFIK

Friday 05/07/2024



Syarikat beralih kepada sistem perisian tertakrif yang fleksibel untuk keselamatan yang lebih ketat, kos yang lebih rendah, migrasi awan yang berterusan, laporan ISG Provider Lens™ menyatakan

SYDNEY, 5 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Asia Pasifik sedang bergerak ke arah perangkaian perisian tertakrif (SDN) untuk menjadikan komunikasi lebih selamat dan berdaya tahan, serta mempercepat pembuatan keputusan perniagaan, menurut laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan pada hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka.

Laporan Rangkaian ISG Provider Lens™ 2024 — Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif untuk Asia Pasifik mendapati bahawa syarikat di rantau ini (yang untuk laporan ini meliputi Australia, New Zealand, Asia Tenggara dan India) mencari rangkaian lebih cekap, selamat dan fleksibel untuk menangani cabaran perniagaan yang semakin meningkat. Banyak syarikat berkenaan masih menambahkan pautan rangkaian tradisional yang mahal dan perlu memodenkan ketersambungan untuk penghijrahan awan. Permintaan untuk SDN dijangka kekal kukuh dalam beberapa tahun akan datang, terutamanya dalam pasaran baharu muncul yang berkembang pesat seperti India.

“Perusahaan Asia Pasifik mahu terus berkembang dalam menghadapi tuntutan baharu untuk menyahkarbon dan menggunakan AI dalam operasi masing-masing,” kata Michael Gale, rakan kongsi dan peneraju serantau, ISG Asia Pasifik. “Untuk melaksanakan inisiatif transformasi digital, syarikat memerlukan penyediaan rangkaian yang pantas dan menjimatkan kos.”

Rangkaian kawasan luas perisian tertakrif (SD-WAN) telah menjadi infrastruktur pilihan untuk aplikasi tenaga kerja dari jauh dan bersambung awan selama beberapa tahun, tetapi baru-baru ini pada tahun 2021, syarikat di Asia Pasifik bertungkus-lumus untuk merundingkan kontrak pembawa SD-WAN, mengikut pernyataan laporan itu. Sejak itu, penyedia perkhidmatan dan pembawa telah memperkenalkan pilihan berdaya saing kos dengan persediaan pasang dan pakai.
Tawaran yang diperluas daripada penyepadu sistem dan penyedia perkhidmatan rangkaian tradisional telah membantu memacu pertumbuhan SD-WAN.

Asia Pasifik masih tertinggal sedikit di belakang Amerika Syarikat dan U.K. dalam menerima guna perkhidmatan SD-WAN diuruskan sepenuhnya atau bersama, yang boleh mengurangkan kos dan risiko pelaksanaan sambil membenarkan pemantauan dan pelaporan automatik dengan pentadbiran skrin tunggal, laporan tersebut menyatakan. Namun begitu, dibandingkan dengan pasaran lain, organisasi di Asia Pasifik mempunyai jangkaan yang lebih tinggi untuk penjimatan, fleksibiliti dan kemajuan teknologi melalui perkhidmatan ini, menurut pernyataan ISG.

Bagi jumlah perusahaan besar yang semakin meningkat di Asia Pasifik, penerimagunaan SDN ialah sebahagian daripada melaksanakan akses selamat perkhidmatan pinggir (SASE), set perkhidmatan terurus yang menyeluruh apabila perangkaian perusahaan dan keselamatan bercantum sepenuhnya, mengikut laporan itu. Syarikat sering mendapatkan SASE sebagai perkhidmatan terurus sepenuhnya daripada penyedia perkhidmatan IT, walaupun pelanggan di Filipina dan Indonesia lebih kerap beralih kepada vendor kelengkapan rangkaian dan syarikat telekomunikasi, manakala pelanggan di Singapura dan Malaysia lebih cenderung untuk bergantung pada penyedia perkhidmatan awan.

“Perusahaan di seluruh Asia Pasifik masih terlalu bimbang tentang keselamatan rangkaian,” kata Jan Erik Aase, rakan kongsi dan peneraju global, ISG Provider Lens Research. “Rangkaian SD membentuk asas untuk pelaksanaan SASE lengkap yang boleh memenuhi jangkaan keselamatan masing-masing.”

Apabila syarikat terus berhijrah ke persekitaran awan atau berbilang awan, persekitaran rangkaian berbilang WAN dan berbilang vendor perisian tertakrif juga mengurangkan risiko awan dengan memaksimumkan fleksibiliti perusahaan, menurut ISG.

Laporan itu juga mengkaji trend SDN lain di Asia Pasifik, termasuk penerimagunaan SD-WAN yang semakin meningkat oleh perusahaan lebih kecil dan pengembangan berterusan pengkomputeran pinggir yang telah membantu memacu pemodenan rangkaian.

Untuk mendapatkan lebih banyak cerapan dalam cabaran perangkaian yang dihadapi oleh perusahaan di Asia Pasifik, termasuk belanjawan yang lebih ketat dan kerumitan persekitaran rangkaian legasi, serta nasihat ISG untuk mengatasi semua ini, lihat taklimat Tumpuan Utama ISG Provider Lens™ di sini.

Laporan Rangkaian ISG Provider Lens™ 2024 — Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif untuk Asia Pasifik menilai keupayaan 41 penyedia perkhidmatan di seluruh empat sukuan: Perkhidmatan SD-WAN Terurus, Perkhidmatan Transformasi SDN (Perundingan dan Pelaksanaan), Teknologi dan Perkhidmatan Pinggir (termasuk Rangkaian Persendirian 5G) dan Akses Selamat Perkhidmatan Pinggir (SASE).

Laporan itu menamakan Orange Business, Singtel/NCS/Optus, Telstra, Verizon Business dan Wipro sebagai Peneraju dalam keempat-empat sukuan. Laporan itu menamakan Accenture dan Tech Mahindra masing-masing sebagai Peneraju dalam tiga sukuan. BT, HCLTech, Tata Communications dan TCS, masing-masing dinamakan sebagai Peneraju dalam dua sukuan, manakala NTT DATA dinamakan sebagai Peneraju dalam satu sukuan.

Selain itu, NTT DATA dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) — syarikat dengan “portfolio yang memberangsangkan” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG — dalam dua sukuan. HPE Aruba dan Microland dinamakan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Stars) masing-masing dalam satu sukuan.

Versi laporan tersuai tersedia daripada BT dan Tata Communications.

Dalam bahagian pengalaman pelanggan, Tech Mahindra dinamakan sebagai Bintang Berprestasi Tinggi ISG CX global untuk tahun 2024 dalam kalangan penyedia penyelesaian dan perkhidmatan SDN. Tech Mahindra memperoleh skor kepuasan pelanggan tertinggi dalam tinjauan Suara Pelanggan ISG, sebahagian daripada program ISG Star of Excellence™, pengiktirafan kualiti terulung untuk industri perkhidmatan teknologi dan perniagaan.

Laporan Rangkaian ISG Provider Lens™ 2024 — Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif untuk Asia Pasifik tersedia kepada pelanggan atau bagi pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat Tentang Penyelidikan ISG Provider Lens™

Siri penyelidikan Sukuan ISG Provider Lens™ ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan seumpamanya yang menggabungkan penyelidikan empirikal, serta dipacu data dan analisis pasaran dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan rakan kongsi penyumberan yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat saranan kepada pelanggan perusahaan ISG. Pada masa ini, penyelidikan meliputi penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan masing-masing secara global, di seluruh Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, negara Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan dimasukkan pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila kunjungi laman web ini.

Maklumat Tentang ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) ialah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Rakan kongsi perniagaan yang dipercayai kepada lebih daripada 900 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terbaik di dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan lebih pantas. Firma tersebut pakar dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk AI dan automasi, awan dan analisis data; penasihat penyumberan; perkhidmatan tadbir urus dan risiko terurus; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Diasaskan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih daripada 1,600 profesional sedia digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran berinovatif, mempengaruhi pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam, serta keupayaan penyelidikan dan beranalisis bertaraf dunia berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.isg-one.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Pihak Media:

Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Julianna Sheridan, Matter Communications untuk ISG
+1 978-518-4520
isg@matternow.com
 
Sumber: Information Services Group, Inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.