ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 06, 2024 -Ahad

 
  MCMC RAKAM PERCAKAPAN AKTIVIS SOSIAL, BANTU SIASATAN KES YANG SEDANG DIJALANKAN

Friday 05/07/2024



CYBERJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan seorang aktivis sosial, Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 3.15 petang semalam bagi membantu siasatan berkaitan satu kes yang sedang dijalankan.

Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur yang ditetapkan.

MCMC ingin menjelaskan bahawa Hishammuddin Md Rais bukan subjek siasatan, sebaliknya tindakan tersebut diambil bertujuan untuk merakam kenyataan beliau berhubung satu kandungan bersifat jelik yang dipercayai telah dikongsi semula melalui laman blog “TukarTiub” miliknya.

Tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat, dan siasatan telah selesai pada pukul 6.45 petang.

MCMC menegaskan bahawa sebarang tindakan siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

KOMUNIKASI KORPORAT MCMC 

SUMBER : Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Fax: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.