ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  MAJLIS TAKLIMAT STATUS PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI DI GENTING HIGHLANDS OLEH MCMC

Tuesday 09/07/2024



 
Table
 
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Satu taklimat berkenaan status pembangunan 5G dan ketersediaan infrastruktur gentian optik telah disampaikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dan Edotco Group Sdn Bhd. Perbincangan serta sesi soal jawab turut diadakan bersama pihak penyedia perkhidmatan bagi merangka pelan penambahbaikan liputan 5G di Genting Highlands, menjadikan kawasan ini lebih bersedia sebagai destinasi pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
 
Dengan matlamat untuk memberi kefahaman yang jelas kepada semua pihak berkepentingan khususnya penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengenai usaha memperluaskan rangkaian infrastruktur dan meningkatkan capaian perkhidmatan jalur lebar di Genting Highlands, MCMC Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Taklimat Status Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di Genting Highlands bertempat di Genting International Convention Centre (GICC).
 
Majlis ini dihadiri Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi Eksekutif MCMC, Bukhari Yahya, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Naib Presiden Genting Malaysia Berhad Jimmy Wong, serta wakil-wakil dari MCMC Pejabat Negeri Selangor.
#MCMC 

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.