ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  MASJID PERTAMA DI PAHANG DINOBATKAN SEBAGAI MASJID HIJAU

Tuesday 09/07/2024




Table

Datuk Nur Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, menyerahkan pengiktirafan Rumah Ibadat Hijau kepada Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Dr. Hj. Abdullah bin Ismail; Disaksikan oleh Ir. Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Dato’ Zainal Abidin bin Md Amin, Timbalan Pengerusi Masjid, dan Tn. Hj. Ismail bin Mohd Amin, Ahli Lembaga Pengarah MGTC.


~ Pencetus kepada pembentukan komuniti yang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar~

TEMERLOH JAYA, 9 Julai (Bernama) -- Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah dinobatkan sebagai Masjid Hijau pertama di negeri Pahang di bawah program Rumah Ibadat Hijau (RIH) bersempena dengan Karnival Rumah Ibadat Hijau. Masjid ini bakal menjadi mercu tanda amalan mesra alam dan mempromosikan gaya hidup hijau yang mengurangkan pencemaran, terutamanya pelepasan gas rumah hijau.
 
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) menegaskan bahawa inisiatif di sebalik program RIH adalah untuk menggalakkan gaya hidup yang bukan sahaja memberi manfaat kepada bumi, tetapi juga meningkatkan kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup individu, seterusnya melahirkan masyarakat yang lebih produktif. Antara aktiviti menarik yang dijalankan semasa karnival ini adalah memanah, sepak takraw, larian keluarga ceria, pertandingan mewarna, kutip sampah sambil beriadah, pameran kelestarian alam, dan pameran kenderaan elektrik.
 
Mempromosikan gaya hidup hijau melibatkan penerapan amalan mesra alam yang mengurangkan impak kepada alam sekitar. Ini termasuk penggunaan teknologi cekap tenaga, langkah-langkah penjimatan air, dan amalan pengurusan sisa yang lestari. Dengan menggabungkan elemen-elemen ini, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut mempamerkan bagaimana teknologi hijau boleh diintegrasikan dalam kehidupan seharian, selain memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat.
 
Program RIH telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan sehingga tahun 2023 dengan 64 masjid berdaftar sebagai RIH, 29 masjid melaksanakan program lestari. Inisiatif ini telah mencatatkan pengurangan pembebasan gas karbon dioksida sebanyak 286 tan (tCO2), bersamaan dengan penanaman sekurang-kurangnya 7,150 pokok matang.
 
Turut hadir ke karnival ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Nur Yahati Awang yang mengalu-alukan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada sektor swasta dan orang ramai untuk menyokong program RIH di seluruh Malaysia, kerana ia akan menjadi pencetus kepada pembentukan komuniti yang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar dan menjadi tauladan bagi gaya hidup hijau di setiap lapisan masyarakat.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Ir. Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor berkata, “Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadat, malah ia harus dimartabatkan sebagai pusat komuniti setempat yang dapat membudayakan aktiviti untuk segenap lapisan masyarakat. Inisiatif RIH harus diteruskan bagi mencerminkan komitmen dan usaha kolektif pihak kementerian dan agensi-agensi terlibat dalam menyokong kelestarian alam sekitar, serta membentuk masyarakat yang lebih sihat dan produktif untuk masa hadapan negara yang lebih baik.”

Mengenai MGTC
 
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) adalah agensi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang diberi mandat bagi memacu negara di dalam skop Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau, Memajukan Mitigasi Perubahan Iklim dan Menyokong Budaya Gaya Hidup Hijau. Peranan utama MGTC sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi hijau adalah berpandukan Dasar Teknologi Hijau Negara (NGTP), Dasar Perubahan Iklim Negara (NCCP) dan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP). MGTC melaksanakan inisiatif dan program yang memberikan perincian khusus dalam mencapai impak jangka panjang kepada Nationally Determined Contribution (NDC) Mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) KDNK sebanyak 45% (tanpa syarat) menjelang 2030 berbanding intensiti pelepasan KDNK pada tahun 2005, meningkatkan kadar KDNK daripada teknologi hijau sebanyak RM100 Billion dan penjanaan sebanyak 230,000 peluang pekerjaan hijau.

Sumber: Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farisha Zainol
Ketua Komunikasi Korporat
Tel: 019 – 327 5456

Nama: Amalia Shariffuddin
Eksekutif Komunikasi Korporat
Tel: 010 – 829 7445

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.