ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 26 (23 JUN 2024 - 29 JUN 2024)

Tuesday 09/07/2024



KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-26 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,788 kes berbanding 2,438 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 tahun 2024. 
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 60 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  40 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. 
 
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 adalah sebanyak 78 lokaliti berbanding 81 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 78 lokaliti yang dilaporkan, 61 lokaliti di Negeri Selangor, lima (5) lokaliti di Perak, empat (4) lokaliti di Kedah, tiga (3) lokaliti di Negeri Sembilan, dua (2) lokaliti di WPKL & Putrajaya, dua (2) lokaliti di Sarawak dan satu (1) lokaliti di Pulau Pinang.

Bagi survelan chikungunya, terdapat tiga (3) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-26. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 41 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada ME 26/2024. Bagi survelan zika, sebanyak 1,282 sampel darah, tujuh (7)  sampel urin dan tiga (3) sampel cecair tulang belakang telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Kawasan lorong belakang rumah serta kebun yang diusahakan oleh orang persendirian atau komuniti berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes jika tidak dijaga dengan baik. Lakukan aktiviti-aktiviti berikut:- 

i. Tutup rapat tempat tadahan air hujan dan tong penyimpanan air supaya nyamuk tidak dapat bertelur di dalam bekas tersebut.
ii.  Bekas yang tidak digunakan namun dalam keadaan baik perlu disimpan atau dikitar semula agar tidak menjadi tempat takungan air.  
iii. Barang lusuh atau sampah perlu dilupuskan di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.  

Selain daripada itu, lakukan gotong-royong kendiri secara berkala bagi memastikan keseluruhan dalam dan luar premis bebas dari tempat pembiakan Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
 
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
9 Julai 2024

Sila klik di sini untuk Lampiran.

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.