ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  MISI PERDAGANGAN DI THAILAND, BANTU SYARIKAT FRANCAIS MALAYSIA TEMBUSI PASARAN TEMPATAN

Tuesday 09/07/2024



KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) --  Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), serta 7 syarikat francais Malaysia akan mengadakan Misi Perdagangan Francais Antarabangsa ke Thailand pada 11 hingga 14 Julai 2024.
 
Antara syarikat yang akan menyertai misi perdagangan ini adalah Global Art, IrisPro, Cleanpro, FatNinjas, MuzArt, Myeongdong Topokki dan D’Tandoor.
 
Misi ini diadakan bersempena Thailand Franchise & Business Opportunities 2024 (TFBO 2024), dalam usaha untuk membantu syarikat francais tempatan mengembangkan perniagaan ke pasaran Thailand.
 
Menurut Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan berkata objektif utama misi bertujuan memacu dan menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Thailand termasuk bekerjasama dengan pelabur asing yang berpotensi melalui pameran itu.
 
“Ia adalah satu peluang baik bagi Syarikat francais Malaysia dan Thailand bekerjasama mengembangkan perniagaan mereka di pasaran Thailand,” tambah beliau.
 
Delegasi yang akan diketuai oleh YB Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick, akan membuat lawatan kerja ke dewan pameran sekali gus merasmikan pavilion Francais Malaysia pada 11 Jun 2024.
 
Selain itu, delegasi Malaysia dijadual melawat ke syarikat francais Malaysia dan Thailand seperti Laundrybar dan jenama francais terkemuka Thailand iaitu Amazon Cafe yang mempunyai lebih 3,000 outlet di pasaran antarabangsa termasuk di Malaysia.
 
Turut diadakan perbincangan meja bulat antara delegasi Malaysia bersama pihak Thailand Franchise Association (TFA).
 
Misi perdagangan ini adalah sebahagian inisiatif di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) bertujuan memupuk dan menggalakkan eksport francais ke negara luar. Program ini telah dilaksanakan sejak 2015 dan telah berjaya membantu ramai usahawan francais menembusi pasaran antarabangsa. Antaranya adalah Marrybrown di Jepun dan Australia, Global Art di Morocco, Oldtown White Coffee di Filipina dan banyak lagi.
 
MFA berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang seterusnya membantu lebih ramai usahawan francais berkembang ke luar negara.
 
SUMBER : Persatuan Francais Malaysia (MFA) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurul Ain
Bahagian Komunikasi Korporat
Persatuan Francais Malaysia (MFA) 
Tel : 603-6241 4141
Faks : 603-6241 1551
E-mel : ain.mohamad@mfa.org.my
Laman web : www.mfa.org
.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.