ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  TOSHIBA MELANCARKAN SUIS PEMULTIPLEKS 2:1/PENYAHMULTIPLEKS 1:2 YANG MENYOKONG ISYARAT PEMBEZAAN BERKELAJUAN TINGGI SEPERTI PCIE® 5.0 DAN USB4®

Friday 12/07/2024




Table

Toshiba: "TDS4A212MX" dan "TDS4B212MX," suis pemultipleks/penyahmultipleks untuk isyarat pembezaan berkelajuan tinggi seperti PCIe® 5.0, USB4® dan USB4® Versi 2, bagi PC, kelengkapan pelayan dan banyak lagi. (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TDS4A212MX” dan “TDS4B212MX,” suis pemultipleks/penyahmultipleks (Mux/De-Mux) untuk isyarat pembezaan berkelajuan tinggi seperti PCIe® 5.0, USB4® dan USB4® Versi 2, untuk PC, kelengkapan pelayan, peranti mudah alih dan banyak lagi. Produk baharu ini boleh digunakan sebagai suis Mux 2-input 1-output dan suis De-Mux 1-input 2-output. Penghantaran bermula pada hari ini.

Produk baharu itu menggunakan proses SOI proprietari Toshiba (TarfSOI™) untuk mencapai lebar jalur yang sangat tinggi: peneraju industri[1] iaitu lebar jalur -3-dB (pembezaan) 27.5GHz(tipikal) untuk TDS4B212MX dan 26.2GHz(tipikal) untuk TDS4A212MX. Ini membolehkan produk baharu digunakan sebagai suis Mux/De-Mux untuk isyarat pembezaan berkelajuan tinggi seperti PCIe® 5.0, USB4® dan USB4® Versi 2.

TDS4B212MX dan TDS4A212MX mempunyai penugasan pin yang berbeza. TDS4B212MX dioptimumkan untuk ciri frekuensi tinggi. TDS4A212MX mempunyai penugasan pin yang mempertimbang susun atur papan litar.

Perhatian:
[1] Sebagai suis Mux 2:1/De-Mux 1:2, setakat 11 Julai 2024, tinjauan Toshiba.

Aplikasi

• PC, kelengkapan pelayan, peranti mudah alih, peranti boleh pakai dan sebagainya
Antara muka yang disokong: PCIe® 5.0, PCIe® 4.0, PCIe® 3.0, CXL2.0, CXL1.0, USB4® Versi 2, USB4®, USB3.2 Gen2×1, USB3.2 Gen1×1, Thunderbolt™ 4, Thunderbolt™ 3, Thunderbolt™ 2, DisplayPort™ 2.0, DisplayPort™ 1.4, DisplayPort™ 1.3, DisplayPort™ 1.2

Ciri Produk

• Lebar jalur -3-dB (pembezaan) yang tinggi untuk isyarat pembezaan berkelajuan tinggi seperti PCIe® 5.0 dan USB4®
TDS4B212MX: Lebar jalur -3-dB (pembezaan)=27.5GHz (tipikal)
TDS4A212MX: Lebar jalur -3-dB (pembezaan)=26.2GHz (tipikal)
• Penggunaan arus rendah: Iope=150μA (maksimum)
• Pakej kecil: XQFN16 (2.4mm×1.6mm (tipikal), t=0.4mm (maksimum))

Spesifikasi Utama

Table
 

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu.
TDS4A212MX
TDS4B212MX

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai IC Logik Serba Guna Toshiba.
IC Logik Serba Guna

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, kunjungi:
TDS4A212MX
Beli Dalam Talian
TDS4B212MX
Beli Dalam Talian

*USB4® ialah tanda dagangan berdaftar Forum Pelaksana USB (USB Implementers Forum).
*Thunderbolt™ ialah tanda dagangan Intel Corporation atau anak syarikat.
*DisplayPort™ ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Persatuan Standard Elektronik Video (Video Electronics Standards Association) di Amerika Syarikat dan negara lain.
*PCIe® ialah tanda dagangan berdaftar PCI-SIG.
*TarfSOI™ ialah tanda dagangan Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terdahulu.

Maklumat Tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan termaju, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang luar biasa.

Tenaga kerja syarikat seramai 19,400 di seluruh dunia berkongsi keazaman untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai bersama dan pasaran baharu. Syarikat berharap dapat membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana-mana sahaja.

Ketahui lebih lanjut tentang TDSC di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54091207/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil & Kuasa II
Tel: +81-44-548-2215
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.