ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 27 (30 JUN 2024 - 06 JULAI 2024)

Friday 12/07/2024



KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-27 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,805 kes berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-27 tahun 2024.
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-27 adalah sebanyak 78,068 kes berbanding 61,545 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 42 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.
 
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-27 adalah sebanyak 86 lokaliti berbanding 78 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 86 lokaliti yang dilaporkan, 67 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, lima (5) lokaliti di Kedah, tiga (3) lokaliti di Perak, dua (2) lokaliti di Pulau Pinang, dua (2) lokaliti di WPKL & Putrajaya dan satu (1) lokaliti di Sarawak.

Bagi survelan chikungunya, terdapat enam (6) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-27. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 47 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-27. Bagi survelan zika, sebanyak 1,388 sampel darah, tujuh (7) sampel urin dan tiga (3) sampel cairan tulang belakang telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Peranan mencegah dan mengawal penularan jangkitan denggi bukan hanya terletak di bahu Kementerian Kesihatan semata-mata, tetapi memerlukan penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat awam. Masyarakat awam disarankan untuk terus melakukan aktiviti Cari dan Musnah tempat-tempat pembiakan Aedes secara konsisten di kawasan persekitaran kediaman masing-masing sekurang-kurangnya 10 minit sekali seminggu. Tindakan kecil ini boleh membawa impak yang besar dalam memerangi wabak denggi di Malaysia. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
12 Julai 2024 

LAMPIRAN

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.