ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  GENERALI MALAYSIA RAIH KEMENANGAN DI ANUGERAH INSURANS ASIA 2024

Monday 15/07/2024



Table

(Dari kiri ke kanan): En. Gurudutt Joglekar, Ketua Pegawai Insurans Generali Insurance Malaysia Berhad; Cik Rebecca Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Life Insurance Malaysia Berhad; En. Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia dan Cik Yeo I-Peng, Ketua Pegawai Pemasaran Generali Insurance Malaysia Berhad menerima 3 anugerah berprestij di Anugerah Insurans Asia 2024.


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Generali Insurance Malaysia Berhad telah merangkul tiga anugerah berprestij di Anugerah Insurans Asia 2024, yang diadakan pada 9 Julai 2024 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura.
 
· Insurans Am Tahunan Antarabangsa – Malaysia (Insurans Am)
· Inisiatif Insurans PMKS Tahunan – Malaysia (Insurans Am)
· Inisiatif Insurance Terbaik Tahunan – Malaysia (Insurans Hayat) 

Kejayaan Generali Malaysia dicapai selepas setahun pelancaran penting oleh Generali Malaysia, yang diikuti dengan pemerolehan dan penggabungan MPI Generali Berhad dengan AXA AFFIN General dan Life Insurance di Malaysia. Pelancaran ini melambangkan langkah penting ke arah menyatukan kekuatan untuk merapatkan jurang perlindungan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan di kalangan rakyat Malaysia. Penggabungan ini telah meningkatkan keupayaan operasi, titik sentuhan serta prestasi Generali Malaysia dengan begitu ketara. Pada tahun 2023, syarikat ini merekodkan keuntungan sebanyak RM2,056 juta dalam premium bertulis kasar untuk segmen insurans am, dan ini mencerminkan prestasi yang melangkaui matlamat strategiknya.

Selain itu, Generali Malaysia telah diiktiraf dengan anugerah “Inisiatif Insurans PMKS Tahunan - Malaysia” atas usahanya dalam meningkatkan ketahanan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terhadap perubahan iklim dan risiko-risiko lain. Dengan kerjasama bersama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Generali Malaysia telah melancarkan inisiatif-inisiatif, seperti laporan penyelidikan bersama bertajuk "Membina Daya Ketahanan PMKS di Asia Tenggara", Rangka Kerja Pencegahan Kerugian PKS, alat digital yang menawarkan nasihat kepada PKS Malaysia berkaitan pengurusan risiko, serta Dana Cabaran Inovasi Insurans, yang memberikan insentif kepada pembangunan penyelesaian insurans inovatif untuk PKS dan projek SME EnterPRIZE yang terunggul di Asia.
 
Syarikat Insurans Hayat Generali Malaysia telah dinobatkan sebagai pemenang Inisiatif Insurans Tahunan – Malaysia atas usaha luar biasa mereka dalam menegakkan misi dan nilai terasnya sebagai Rakan Sepanjang Hayat kepada pelanggan sewaktu integrasi sistem yang kompleks. Dalam masa kurang dari 20 bulan, Syarikat Insurans Hayat Generali Malaysia telah mencapai kejayaan besar dengan pemindahan 2 sistem hayat teras yang baharu serta lebih daripada 15 sistem periferal bersepadu, dan dalam masa yang sama menggiatkan semula saluran pengedaran, sekali gus mengembangkan lagi saluran Agensi dan Bancassurance. Syarikat Insurans Hayat Generali Malaysia telah diiktiraf sebagai satu daripada 5 Pengendali Terbaik di bawah kategori insurans hayat dalam Tinjauan Kepuasan Pelanggan yang  dijalankan oleh persatuan industri (LIAM, PIAM & MTA) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia baru-baru ini. Ini merupakan kemajuan yang memberangsangkan kerana pelanggan telah menunjukkan sentimen positif dalam interaksi dan pengalaman mereka bersama Syarikat Insurans Hayat Generali Malaysia.
 
Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Pengurus Besar bagi entiti Generali di Malaysia, menyatakan penghargaan beliau atas penganugerahan ini, dan berkata, "Kakitangan, ejen, rakan kongsi, pelanggan dan komuniti kami ialah pendorong di sebalik semua yang dilakukan di Generali Malaysia. Kami amat berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan mereka, dan kami akan meneruskan komitmen Rakan Kongsi Sepanjang Hayat kami dan merintis lebih banyak penyelesaian yang inovatif untuk mencipta masa depan yang mampan.”

Di samping itu, Generali Malaysia juga terlibat secara aktif dalam penglibatan komuniti yang memberikan impak serta usaha kemampanan di bawah gerakan global membantu sesama manusia, The Human Safety Net (THSN). Syarikat ini mengetuai dan menjadi tuan rumah dalam Sidang Kemuncak Asia Timur THSN pertama di Malaysia, dan ini membuktikan peranan penting Malaysia dan Asia sejak gerakan ini bermula pada tahun 2017. Generali Malaysia juga melancarkan Projek “Happy Box” dan Projek Makan Sihat dengan kerjasama Yayasan Generasi Gemilang bagi membantu keluarga yang memerlukan dan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan di PPR Lembah Subang. Tahun ini, Generali Malaysia terus memperkasakan keluarga yang rentan melalui kerjasama dengan Suriana Welfare Society Malaysia untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak kepada anak-anak yang terabai di PPR Kg Muhibbah. Syarikat ini juga menganjurkan Generali Malaysia Run 2024 pertama yang mengumpulkan lebih 12,000 pelari untuk menggalakkan kesihatan yang lebih baik, di samping memperjuangkan badan sosial yang dekat dengan hati mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.generali.com.my.

SUMBER: Generali Insurance Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Sheena Ho                              
Tel: +6012 309 1193

E-mel: sheena.ho@generali.com.my
 
Nama: Samantha David                  
Tel: +6016 314 1085

E-mel: samantha.david@generali.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.