ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  PENGERUSI IKIM DIPILIH SEBAGAI AHLI KEHORMAT KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA

Monday 15/07/2024



Table

Prof. Madya Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur bin Manuty telah dipilih sebagai Anggota Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia.

Perkara ini diumumkan oleh Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS) Sheikh Ali Al-Qaradaghi dalam acara Global Madani Forum anjuran IKIM pada hari khamis yang lalu.

Pemilihan Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty sebagai Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia yang berkuatkuasa pada 15 Julai 2024, adalah berdasarkan sumbangan besar beliau dalam bidang pemikiran Islam semasa dan sejarah panjang pembabitan beliau dalam lapangan dakwah tempatan dan antarabangsa.

Beliau juga merupakan tokoh ilmuan yang disegani berdasarkan berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pemikiran, falsafah, perbandingan agama dan pengurusan.

Untuk rekod, beliau adalah tokoh kedua diiktiraf sebagai Anggota Kehormat IUMS selepas Sheikh Raed Salah Abu Shakra daripada Palestin.

Semoga pengiktirafan ini memantapkan kerjasama IKIM dan Malaysia dengan rangkaian ulama seluruh dunia dalam usaha membina Islam manhaj sederhana demi membina tamadun khayra ummah.
 
Sekian, terima kasih,
 
Prof Madya Dato’ Dr. Mohamad Azam Mohamed Adil,
Ketua Pengarah,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
 
15 Julai 2025 bersamaan 9 Muharam 1664H.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Hajah Nik Hasnah binti Ismail

Ketua Perhubungan Korporat 
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Tel: 03-6204 6329
Faks:03-6201 4189
Email : nikhasnah@ikim.gov.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.