ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI PAHANG

Tuesday 16/07/2024



Table
 
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- MCMC Negeri Pahang telah mengadakan kolaborasi strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang bagi mengadakan Siri Program Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Pahang pada 26 Jun 2024 bertempat di SMK Ringlet, Cameron Highlands dan SMK Seri Bahagia, Temerloh pada 4 Julai 2024 dan di SMK Bentong, Pahang pada 11 Julai 2024.
 
Majlis perasmian penutup program ini telah dihadiri oleh wakil pegawai MCMC, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, Cameron Highlands dan Temerloh.
 
Majlis penutupan program ini turut dimeriahkan dengan pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Angensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bentong (AADK) Kolej Widad, dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
 
SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my           

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.