ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 16, 2024 -Selasa

 
  CARSOME RAIH KEMUDAHAN PEMBIAYAAN BERNILAI RM100 JUTA DARIPADA AMBANK, PEMBIAYAAN TERBESAR YANG DISOKONG OLEH BANK UNTUK KUMPULAN CARSOME

Tuesday 16/07/2024



Table

(Dari Kiri) Patrick Chin, Ketua Perbankan Komersial, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap, Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Eric Cheng, Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME dan Nicholas Wong, Pengarah Urusan CARSOME Capital Malaysia pada Majlis Menandatangani Kemudahan Pembiayaan RM100,000,000 antara AmBank (M) Berhad dan CARSOME


KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kumpulan CARSOME (“CARSOME”) telah memperoleh kemudahan pembiayaan bernilai RM100 juta daripada Kumpulan AmBank untuk mempertingkatkan kecairan dan memperkukuh keupayaannya bagi pertumbuhan masa hadapan. Ditubuhkan pada tahun 2015, CARSOME kini merupakan platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, setelah mencapai kemajuan pesat dalam landskap perniagaan.
 
Ekosistem penuh CARSOME telah berkembang pesat melalui rangkaian perkhidmatan komprehensifnya, termasuk pemeriksaan kereta, jualan, pembiayaan dan khidmat selepas jualan. Kemudahan pembiayaan RM100 juta yang diperoleh daripada Kumpulan AmBank akan memperkukuhkan lagi CARSOME, sekaligus meningkatkan kapasitinya untuk berkembang dan berinovasi. Pembiayaan besar ini akan membolehkan CARSOME meluaskan jangkauannya, meningkatkan perkhidmatan, dan memacu pertumbuhan yang berterusan, mengukuhkan komitmennya untuk memberikan nilai terunggul merentasi semua aspek operasinya.
 
Dengan sokongan AmBank, CARSOME akan dapat mempercepatkan lagi pelbagai peringkat dalam proses perdagangan kereta terpakai, menawarkan pengalaman yang menyeluruh dan tanpa kerumitan kepada pelanggannya. Komitmen AmBank untuk menyokong CARSOME menggariskan dedikasinya untuk memupuk pertumbuhan perniagaan yang berfikiran jauh dan memacu evolusi industri automotif di rantau ini.
 
“AmBank berasa senang untuk menyokong pertumbuhan dan inovasi CARSOME yang luar biasa dalam menyediakan penyelesaian sepenuhnya untuk pelanggan. Rekod prestasi terpuji mereka dalam pasaran kereta terpakai membuatkan kami berbesar hati untuk bekerjasama dalam merevolusikan ekosistem automotif Malaysia. Dengan ekuiti jenama yang kukuh, kedudukan kewangan yang teguh serta pangkalan pelanggan yang meluas, kami berharap kerjasama ini dapat memperkukuh lagi operasi dan prospek CARSOME Capital. Kami berharap untuk terus memperluaskan peluang dengan CARSOME pada tahun-tahun yang akan datang,” kata Christopher Yap, Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank.
 
Eric Cheng, Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME berkata, “Kami gembira untuk bergandingan dengan AmBank, yang menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan kami untuk merevolusikan industri automotif. Kemudahan pembiayaan pada skala ini merupakan satu pengesahan yang kukuh terhadap model perniagaan CARSOME dan membolehkan kami meningkatkan keupayaan pembiayaan Kumpulan CARSOME secara keseluruhan. Ia juga menekankan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang boleh diakses untuk pelanggan kami serta meningkatkan pengalaman memiliki kereta. Melalui CARSOME Capital, kami akan memanfaatkan perkongsian ini untuk mengembangkan lagi tawaran perkhidmatan kami, meluaskan impak kami dan terus berinovasi dalam ekosistem automotif di seluruh Asia Tenggara.

About AmBank Group

AmBank Group is a leading financial services group with over 40 years of expertise in supporting the economic development of Malaysia. We have over three million customers and employ over 8,000 people.
 
The Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia in 1988. It is the sixth-largest banking group by assets in Malaysia, with a market capitalisation of more than RM13 billion as at 31 March 2024.
 
AmBank Group serves over three million individual and corporate customers. It provides services in wholesale banking, retail banking, business banking, investment banking and related financial services which include Islamic banking, underwriting of general insurance, life insurance, family takaful, stock and share broking, futures broking, investment advisory and asset management services in unit trusts and real estate investment trusts.
 
For more information, please visit www.ambankgroup.com 
 
About CARSOME
 
CARSOME is Southeast Asia’s largest integrated car e-commerce platform. With operations across Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore, and the Philippines, CARSOME aims to digitize the region’s used car industry by reshaping and elevating the car transaction and ownership experience. 
 
Together with subsidiary brands iCar Asia, WapCar, and CarTimes, CARSOME provides end-to-end solutions to consumers and used car dealers across the decision funnel, from car content consumption, car inspection, and ownership transfer to financing and other ancillary services, promising to bring trust, transparency, and choice to our customers.
 
For more information, please visit www.carsome.com.
 
Sumber: Kumpulan AmBank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
AmBank Group 
Nama: Ridzuan Zulkifli
Senior Vice President
Group Corporate Communications and Marketing
E-mel: ridzuan.zulkifli@ambankgroup.com

Media Relations team
E-mel: media.relations@ambankgroup.com 

CARSOME
Nama: Priya Menon
Lead, Regional Communication 
E-mel: priya.menon@carsome.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.