ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 17, 2024 -Rabu

 
  XSOLLA MELANCARKAN PENYELESAIAN BAHAGIAN BELAKANG YANG MEMENANGI ANUGERAH, MENAMBAH SOKONGAN MAIN SILANG PLATFORM UNTUK KONSOL GENERASI AKAN DATANG

Wednesday 17/07/2024



Table

(Grafik: Xsolla)


Mengoptimumkan Kecekapan Pembangunan: Penyelesaian Disesuaikan untuk Penyepaduan Lancar Merentasi Platform Permainan Utama

LOS ANGELES, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pelancaran Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend), penyelesaian berinovatif yang direka bentuk untuk membantu pembangun pelbagai saiz, terutamanya pasukan indie dan sederhana, bekerja merentasi pelbagai platform permainan. Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) menjadikan permainan lebih mudah diakses dengan membenarkan pembangun menyatukan khalayak masing-masing merentasi semua platform: PC, konsol, peranti mudah alih dan laman web. Ini menangani pemecahan khalayak yang biasa berlaku kepada sebahagian besar permainan dan membolehkan pembangun menjimatkan kos sambil mewujudkan keterlibatan yang lebih mendalam semasa mengembangkan perniagaan permainan masing-masing.

Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) menawarkan pembangun penyelesaian berskala besar dan berpatutan untuk meningkatkan kefungsian permainan dan keterlibatan pemain merentasi semua platform teknologi. Ini termasuk pengurusan akaun yang diperkemas, pemadanan yang cekap, sistem pencarian dinamik dan kefungsian main silang dan berbilang pemain yang teguh. Ciri-ciri ini memastikan pengalaman permainan yang lebih berhubung dan berimersif, membenarkan pembangun memberikan lebih tumpuan kepada aspek kreatif pembangunan permainan sambil meminimumkan kerumitan teknikal. Penyelesaian bersepadu menegak membolehkan main silang dan bayar silang merentasi semua platform, disepadukan dengan lancar bersama penyelesaian perdagangan permainan Xsolla.

Jean-Philippe Steinmetz, Ketua Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend), menyatakan, "Dengan Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend), kami mendemokrasikan teknologi bahagian belakang, memastikan pembangun pelbagai saiz boleh mengakses alatan canggih yang diperlukan untuk mencipta pengalaman permainan yang menarik dan berimersif.”

Berikutan pengambilalihan strategik AcceleratXR yang memenangi anugerah pada tahun 2023, Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) direka bentuk untuk menangani sebahagian besar keperluan bahagian belakang permainan dari awal sambil memberikan fleksibiliti kepada pembangun untuk menyesuaikan mengikut keperluan. Platform ini beroperasi mengikut model tanpa bayaran pendahuluan, hanya mengenakan royalti 5%, termasuk pengehosan bahagian belakang, menjadikan platform tersebut boleh diakses dari segi kewangan dan bermanfaat untuk pembangun pelbagai saiz.

Dengan lebih 30 rakan kongsi aktif dan lebih daripada sepuluh projek dalam pembangunan, Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) terbukti menjadi pengubah keadaan dalam industri. Pembangun yang berminat untuk merasai pengalaman Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) secara langsung boleh melakukan demonstrasi platform di Gamescom, Cologne pada bulan Ogos ini.

David Stelzer, Presiden Xsolla, menekankan, "Model perniagaan kami dan reka bentuk platform yang teguh menjajarkan kejayaan kami dengan rakan kongsi kami. Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) bukan sekadar teknologi tetapi perkongsian yang berkembang dengan pembangun, disokong oleh peningkatan berterusan dan pelan hala tuju yang dipenuhi dengan kemas kini hebat.”

Lewat tahun ini, Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) akan memperkenalkan SDK baharu untuk platform seperti Microsoft Xbox dan Sony PlayStation, meningkatkan sokongan kami untuk sistem permainan utama. Pengembangan ini juga akan merangkumi portal layan diri, pelancar sosial dan kemas kini kepada konsol pentadbir untuk pengurusan permainan lebih cekap. Pembangun juga boleh berharap untuk menyepadukan Sistem Pembayaran Xsolla, yang kesemuanya akan mematuhi peraturan industri dan mengekalkan standard pematuhan kawal selia Xsolla. Kemas kini tambahan akan menampilkan sistem parti, koleksi permainan, sistem kejohanan, kotak rampasan dan sembang suara berbilang pemain, memperkaya pengalaman permainan sambil memastikan pematuhan.

Untuk maklumat lanjut tentang Bahagian Belakang Xsolla (Xsolla Backend) atau untuk mendaftar diri, sila kunjungi xsolla.pro/xbe dan Discord: xsolla.pro/xbe-discord

Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di Montreal, London, Berlin, Beijing, Guangzhao, Seoul, Tokyo, Kuala Lumpur, Raleigh dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54094630/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Derrick Stembridge
Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.