ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  GRADIANT MELANCARKAN ALKALI, DIKUASAKAN OLEH EC2, PROSES PENGELUARAN LITIUM GRED BATERI PALING CEKAP DI DUNIA

Wednesday 17/07/2024



Table
alkaLi berdedikasi untuk mempercepat penskalaan pengeluaran litium gred bateri dan dikuasakan oleh EC2, satu-satunya penyelesaian semua dalam satu di dunia yang direkayasa untuk Mengekstrak, Memekatkan dan Menukar litium gred bateri. (Grafik: Business Wire) 
 
Syarikat bebas baharu Gradiant akan mempercepat penskalaan pengeluaran litium gred bateri untuk memenuhi permintaan global untuk EV, storan tenaga dan peranti mudah alih

BOSTON, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air sisa canggih, mengumumkan syarikat bebas baharu alkaLi™, iaitu sebuah syarikat kendiri khusus untuk mempercepatkan penskalaan pengeluaran litium gred bateri. alkaLi dikuasakan oleh EC2satu-satunya penyelesaian semua dalam satu di dunia yang direkayasa untuk Mengekstrak, Memekatkan dan Menukarkan litium gred bateri.

Dengan pengunaan kenderaan elektrik, sistem storan tenaga dan peranti elektronik mudah alih mendorong permintaan global bagi litium, EC2 yang menawarkan kepada pengeluar cara baharu yang belum pernah dicipta sebelum ini untuk mempercepatkan pengeluaran litium. EC2 menampilkan pengeluaran serta-merta yang diukur dalam saat, bukan dalam tahun; untuk mengurangkan 50% kos OPEX lebih rendah dan sifar kos CAPEX; kemampanan peneraju industri dengan mengurangkan karbon dan air; serta mempercepatkan keperluan untuk memenuhi permintaan litium global. Sistem yang lengkap tersebut adalah seimbang, bersepadu dan beradaptasi untuk pelbagai sumber.

EC alkaLi2 sangat modular, sistem tiga peringkat boleh disesuaikan dengan julat sumber paling luas setakat ini, termasuk – air garam, penyejatan dan kitar semula. Teknologi ini boleh diterapkan dalam peringkat penuh atau kendiri, disepadukan dengan infrastruktur tapak sedia ada dengan pilihan untuk memperkasakan pengeluaran dengan SmartOps AI. EC2 telah diuji di makmal dan diperkembangkan serta telah berjaya melengkapkan sistem pembuktian komersial dengan SLB pada 2023. alkaLi akan terus menawarkan fleksibiliti model perniagaan yang menjadi kemasyhuran kepada Gradiant: penyediaan pengeluaran dengan pilihan CAPEX sifar yang syarikat tersebut bina, miliki dan mengendalikan penyelesaiannya.

“Tujuan utama Gradiant adalah untuk memastikan air sentiasa tersedia untuk generasi akan datang. Tujuan itu juga berserta dengan minat yang kuat dalam penyelesaian alam sekitar holistik yang melangkaui pengurusan air, termasuklah kejayaan pengelektrikan dalam kalangan masyarakat kita untuk mengurangkan beban bahan api fosil,” kata Prakash Govindan, COO Gradiant. “Permintaan untuk litium sekarang adalah mengatasi bekalan yang sedia ada. Kami perlu mempercepatkan kapasiti untuk meningkatkan prosesan penyelesaian barangan alkaLi, sebuah syarikat bebas sepenuhnya dengan tumpuan khusus untuk memaksimumkan kecekapan pengeluaran litium gred bateri.”

“Gradiant adalah syarikat lain daripada yang lain. Kami bukan sekadar sebuah syarikat air; tetapi kami juga merupakan syarikat teknologi,” tambahan Siva Kumar Kota, Ketua Teknologi Gradiant. “RO Infinity ialah pencetus revolusi kami dengan mengunakan teknologi Osmosis Songsang Aliran Balas untuk memperkasakan EC2. CFRO beroperasi dengan keperluan tenaga dan air yang jauh lebih rendah untuk menumpukan kepada had menghampiri tepu tanpa meninggalkan kesan kepada alam sekitar yang lazimnya berlaku dalam teknologi yang sedia ada.”

Penyelesaian EC alkaLi2 menetapkan standard industri baharu untuk Mengekstrak, Memekatkan, dan Menukar litium gred bateri dengan kecekapan dan kemampanan yang dioptimumkan di setiap peringkat:

Pengekstrakan: Resin tersintesis dan membran baharu mengoptimumkan pengekstrakan litium melebihi norma industri, secara unik mencapai tahap Generasi II dan aliran litium terkaya untuk kecekapan proses seterusnya yang maksimum. Aliran Li-lean kedua ialah output, dan setiap satu mengalir ke unit CFRO dalam Peringkat Pemekatan.

Pemekatan: Dikuasakan oleh CFRO Gradiant yang memenangi anugerah bagi memaksimumkan kecekapan sistem, menggunakan susunan magnitud kurang tenaga daripada proses terma.

· CFRO I menerima aliran kaya Li dan selanjutnya memekatkan kepada tahap yang mencukupi untuk menukar kepada litium gred bateri.
· CFRO II menerima aliran Li-lean dan mengurangkan TDS di bawah had kawal selia, untuk mempercepatkan proses.

Penukaran: Litium pekat dimendakan menjadi pepejal untuk menghasilkan litium karbonat gred bateri (Li2CO3) atau litium hidroksida (LiOH).

alkaLi sedang menerima rakan kongsi pelanggan baharu sekarang.

Perihal Gradiant
Gradiant ialah Syarikat Air yang Berbeza. Dengan rangkaian lengkap penyelesaian hujung ke hujung yang berbeza dan proprietari untuk rawatan air dan air sisa canggih yang dikuasakan oleh pakar dalam bidang air, syarikat tersebut berkhidmat untuk misi kritikal operasi pelanggannya dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal, dan tenaga boleh diperbaharui. Penyelesaian inovatif Gradiant mengurangkan air yang digunakan dan air sisa yang dibuang, serta mendapatkan semula sumber yang berharga dan memperbaharui air sisa menjadi air tawar. Syarikat yang mempunyai beribu pejabat di Boston itu diasaskan di MIT dan mempunyai lebih 1,000 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di gradiant.com.

Perihal alkaLi
alkaLi didedikasikan untuk mempercepatkan penskalaan pengeluaran litium gred bateri dan dikuasakan oleh EC2, satu-satunya penyelesaian untuk semua dalam satu dunia yang direkayasa untuk Mengekstrak, Memekatkan dan Menukar litium gred bateri. alkaLi menawarkan kepada pengeluar litium cara baharu yang belum pernah wujud sebelum ini untuk menskalakan pengeluaran litium dengan pantas dengan faedah ketara dalam kapasiti keluaran, kelajuan, kos dan kemampanan—dengan penyelesaian yang beradaptasi dalam julat input sumber paling luas dalam industri, termasuk air garam, penyejatan dan kitar semula. alkaLi ialah sebuah syarikat kendiri yang berpangkalan di Boston, berputar sebagai permulaan bebas. Ketahui lebih lanjut di alkaLi3.com.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54085519/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan
Felix Wang
Gradiant
Ketua Pemasaran Global
fwang@gradiant.com
 
Sumber: Gradiant

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.