ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 18, 2024 -Khamis

 
  TINJAUAN FICO: 1 DALAM 3 RAKYAT MALAYSIA MENOLAK PROSES PERMOHONAN BANK, KAD KREDIT DISEBABKAN SEMAKAN ID YANG KOMPLEKS

Thursday 18/07/2024



2 in 5 Malaysians have abandoned opening a personal bank account after 10 minutes. (Graphic: FICO)

2 dalam 5 rakyat Malaysia telah meninggalkan proses pembukaan akaun bank peribadi selepas 10 minit. (Grafik: FICO)


Dalam dunia yang mengutamakan digital, pengesahan identiti tidak boleh menghalang perniagaan baharu

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 

FICO (NYSE: FICO):

Sorotan
  • Perlindungan penipuan yang baik ialah keutamaan paling penting bagi rakyat Malaysia, diikuti dengan kemudahan penggunaan dan kemudian nilai
  • Tujuh daripada sepuluh pengguna menjangkakan untuk menjawab 10 soalan atau kurang atau mereka akan meninggalkan proses permohonan akaun simpanan
  • Semakan identiti semakin meningkat tetapi tiga daripada sepuluh rakyat Malaysia akan menghentikan atau mengurangkan penggunaan akaun sedia ada jika pengalaman pengesahan identiti lemah
Peneraju perisian analisis global FICO pada hari ini melancarkan penyelidikan penipuan pengguna global terkini, menegaskan bahawa pengguna di Malaysia mempunyai toleransi yang rendah terhadap pengalaman digital yang tidak cekap apabila membuka akaun melalui aplikasi mudah alih atau laman web. Menurut kajian itu, rakyat Malaysia yang memilih akaun kewangan baharu meletakkan nilai tinggi pada perlindungan penipuan yang baik dan kemudahan penggunaan.

Hampir dua daripada tiga (64%) menjangkakan untuk menjawab 10 soalan atau kurang atau mereka akan meninggalkan proses permohonan akaun bank peribadi. Satu daripada tiga (33%) akan berhenti menyertai jika ditanya lebih daripada lima soalan.

Tanpa mengambil kira bilangan soalan yang ditanya, satu daripada empat rakyat Malaysia akan berhenti meneruskan proses permohonan akaun bank peribadi selepas 10 minit.

Maklumat lanjut: https://www.fico.com/en/latest-thinking/ebook/consumer-survey-2023-digital-banking-customer-preferences-and-fraud-controls

“Pengguna Malaysia telah menerima guna perbankan digital dengan pantas dan jangkaan mereka semakin berkembang,” kata Aashish Sharma, pemimpin segmen APAC untuk kitaran hayat risiko dan pengurusan keputusan di FICO. “Penyelidikan FICO menunjukkan permintaan semakin meningkat untuk pengalaman pembukaan akaun yang lancar. Institusi kewangan yang boleh memperkemas proses masing-masing akan berada pada kedudukan terbaik untuk mengekalkan pelanggan dan menambah baik kepuasan.”

Kekecewaan Pertikaian Melebihi Kebimbangan Penipuan

Pada tahun lalu, separuh daripada rakyat Malaysia memperhatikan lebih banyak semakan identiti dibuat apabila mereka log masuk ke akaun bank (51%) atau membuat pembelian dalam talian (49%).

Peningkatan dalam semakan identiti oleh bank Malaysia ini ialah respons secara langsung kepada isu kecurian identiti yang ketara di negara ini. Hampir satu daripada sepuluh pengguna (7%) telah mengesahkan bahawa identiti mereka telah digunakan dengan penipuan untuk membuka akaun, manakala satu daripada tiga (30%) mengesyaki perkara ini berlaku.

Walaupun begitu, kekecewaan dengan semakan identiti boleh mengubah tingkah laku pengguna. Tinjauan FICO mendedahkan bahawa tiga daripada sepuluh pelanggan bank sama ada telah menghentikan atau mengurangkan penggunaan akaun bank peribadi dan kad kredit sedia ada mereka, memetik sifat membebankan dan memakan masa proses pengesahan identiti ini.

Majoriti yang jelas rakyat Malaysia (70%) memperhatikan lebih banyak semakan identiti pada tahun lalu apabila mereka log masuk ke akaun bank atau membuat pembelian dalam talian.

Lebih Penelitian dalam Proses Permohonan Gadai Janji dan Pinjaman

Pengguna Malaysia menunjukkan tahap kesabaran berbeza untuk proses pembukaan akaun yang berlainan. Mereka berkemungkinan besar meninggalkan proses permohonan akaun simpanan (41%) atau akaun bank peribadi (39%) disebabkan semakan identiti yang rumit atau memakan masa.

Hampir satu daripada tiga telah meninggalkan proses permohonan kad kredit (31%) atas sebab yang sama, manakala hampir satu daripada empat (24%) menjadi amat kecewa sehingga meninggalkan proses permohonan pinjaman gadai janji.

Di samping itu, hanya satu daripada sepuluh pengguna Malaysia (11%) berasa selesa membuka akaun gadai janji melalui saluran digital, manakala sebahagian besar iaitu 47% memilih untuk memohon pinjaman peribadi secara bersemuka di cawangan, daripada memilih alternatif dalam talian.

Walaupun sesetengah pengguna lebih bertoleransi dengan proses terperinci untuk produk kewangan tertentu yang memerlukan penelitian menyeluruh, tinjauan tersebut jelas menunjukkan bahawa jangkaan untuk kemudahan penggunaan kekal tinggi.

“Bank yang menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan digital untuk kelulusan pinjaman dalam talian lebih pantas mesti menangani kekecewaan yang berpunca daripada semakan identiti yang rumit dan terlalu lama,” tambah Sharma. “Lebih separuh daripada rakyat Malaysia (52%) tidak akan melengkapkan proses permohonan gadai janji digital (52%) atau permohonan pinjaman peribadi sekiranya mempunyai lebih daripada sepuluh soalan.”

Penghargaan untuk Kelebihan Aplikasi Digital

Apabila ditanya tentang manfaat membuka akaun secara digital melalui aplikasi penyedia perkhidmatan, berupaya melakukan proses itu pada bila-bila masa (69%) dikenal pasti sebagai kelebihan utama, diikuti dengan berupaya membuka akaun di mana-mana sahaja (65%). Begitu juga, rakyat Malaysia meletakkan kedudukan boleh membuka akaun pada bila-bila masa (71%) sebagai kelebihan utama melalui laman web penyedia perkhidmatan, diikuti dengan kelajuan (63%)

Sebaliknya, tiga daripada empat (77%) rakyat Malaysia percaya proses permohonan di cawangan menawarkan keselamatan yang lebih baik, dengan kurang daripada separuh (44%) mengenal pasti keselamatan sebagai manfaat aplikasi akaun digital melalui aplikasi penyedia perkhidmatan dan hampir dua daripada lima (38%) melalui laman web penyedia perkhidmatan.

“Memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna tidak sepatutnya melibatkan kos keselamatan dan langkah antipenipuan,” kata Sharma. “Cabaran dihadapi dalam mencari titik optimum antara keselamatan dan kemudahan, terutamanya untuk produk bernilai tinggi dan interaksi yang terdedah kepada risiko. Pengguna mencari proses suai tugas dan semakan identiti yang lebih pintar, bukan proses yang lebih berisiko. Bank boleh mencapai ini dengan memanfaatkan teknologi seperti pengesahan identiti yang dipertingkat, analisis sejarah transaksi, perbankan dan pangkalan data kerajaan yang terbuka untuk mempercepat proses tanpa menjejaskan keselamatan.”

Tinjauan itu dijalankan pada bulan November 2023 oleh syarikat penyelidikan bebas yang mematuhi standard industri penyelidikan. 1,001 rakyat dewasa Malaysia ditinjau, bersama dengan kira-kira 12,000 pengguna lain di Kanada, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Mexico, Filipina, Indonesia, India, Singapura, Thailand, U.K. dan Sepanyol.

Maklumat Tentang FICO

FICO (NYSE: FICO) memperkasa keputusan yang membantu orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia berkembang maju. Ditubuhkan pada tahun 1956, syarikat tersebut ialah perintis dalam penggunaan analisis ramalan dan sains data untuk menambah baik keputusan operasi. FICO memegang lebih daripada 200 paten Amerika Syarikat dan negara asing mengenai teknologi yang meningkatkan keuntungan, kepuasan pelanggan dan pertumbuhan untuk perniagaan dalam perkhidmatan kewangan, insurans, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, runcit dan banyak lagi industri lain. Menggunakan penyelesaian FICO, perniagaan di lebih 100 negara melakukan segalanya daripada melindungi 4 bilion kad pembayaran daripada penipuan, kepada menambah baik keterangkuman kewangan dan meningkatkan kebingkasan rantaian bekalan. Skor FICO®, yang digunakan oleh 90% pemberi pinjaman terkemuka Amerika Syarikat, ialah ukuran standard risiko kredit pengguna di Amerika Syarikat dan telah tersedia di lebih 40 negara lain, menambah baik pengurusan risiko, akses kredit dan ketelusan. Ketahui lebih lanjut di www.fico.com

Sertai perbualan di https://x.com/FICO_corp & http://www.fico.com/en/blogs/
Untuk sumber berita dan media, sila kunjungi www.fico.com/news.

FICO ialah tanda dagangan berdaftar Fair Isaac Corporation di Amerika Syarikat dan negara lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54094017/en

Individu untuk Dihubungi

Lizzy Li
RICE untuk FICO
+65 9034 7768
lizzy.li@ricecomms.com

Saxon Shirley
FICO
+65 9171 0965
saxonshirley@fico.com
 
Sumber: FICO 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.