ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 19, 2024 -Jumaat

 
  SDK MUDAH ALIH XSOLLA MEMPERKEMAS BAYARAN DALAM APLIKASI, SERTA BAYARAN UNTUK PENGEDARAN ALTERNATIF LUAR KEDAI MERENTASI PLATFORM IOS DAN ANDROID

Friday 19/07/2024



Table

(Grafik: Xsolla)


Memperkasakan Pembangun dengan Pilihan Penyepaduan Baharu Di Bawah Platform Pengedaran Digital Terkini untuk Garis Panduan Aplikasi Mudah Alih

LOS ANGELES, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pelancaran Kit Perkembangan Perisian (SDK) Mudah Alihnya. Sama ada anda mahu mengembangkan pilihan bayaran anda, pergi terus-kepada-pengguna/luar kedai, atau sekadar menambah baik potensi hasil permainan anda, SDK Mudah Alih Xsolla merupakan laluan untuk mencapai matlamat ini secara cekap dan berkesan. Keluaran ini memperkenalkan penyelesaian penting untuk Era DMA, memperkasakan pembangunan seluruh dunia untuk menyepadukan permainan mereka secara lancar pada platform Android dan iOS dengan penyelesaian bayaran dan kedai web global. Penyepaduan sedemikian dengan ketara meluaskan potensi untuk pengewangan permainan mudah alih seluruh dunia dan membuka kunci saluran pengedaran baharu. Pembangunan permainan seperti Gaijin Network LTD (Crossout), Artstorm (Modern Warships), LINGCHAI (HONG KONG) LIMITED (Fantasy Tales: Sword and Magic) dan ULTRAHORSE (SquadBlast) sudah menggunakan SDK Xsolla untuk menjana wang dengan permainan mereka.

Pelancaran SDK Mudah Alih Xsolla selaras dengan perubahan perundangan terkini seluruh dunia, termasuk dalam Kesatuan Eropah, terutamanya Akta Pasaran Digital (DMA) dan telah mengesahkan pelancaran di Jepun dan UK pada tahun 2025. Peralihan ini menunjukkan pembangunan yang penting dalam pasaran digital, memberikan jalan pengewangan baharu kepada pembangun untuk membantu mendorong lebih banyak keuntungan dengan melangkaui had kedai aplikasi tradisional.

SDK Mudah Alih Xsolla Membolehkan Transaksi Luar Kedai

SDK Mudah Alih Xsolla memperkemas proses untuk pembangun mencari penyelesaian pengedaran di luar Google Play dan App Store. SDK membolehkan Stesen Bayaran menjadi pilihan utama untuk menerima bayaran bagi transaksi luar kedai. Pembangun Android boleh menyepadukannya ke dalam APK diagihkan sendiri, diagihkan dengan rakan kongsi saluran yang menyokong kaedah pengebilan alternatif. Ia juga disesuaikan untuk Pengedaran Web dan Pasaran Aplikasi untuk Aplikasi yang disahkan notari oleh iOS. Selanjutnya, ia serasi dengan pelbagai enjin permainan, dari Unity hingga Native, menjadikannya alat yang serba guna dan bernilai untuk dicari oleh pembangun bagi meningkatkan pengalaman bayaran dalam permainan mereka. SDK Mudah Alih Xsolla melengkapi Kedai Web untuk meningkatkan strategi pengedaran luar kedai.

SDK Mudah Alih Xsolla Meningkatkan Transaksi Dalam Kedai dengan Pematuhan di bawah DMA

Ciri SDK termasuk penyepaduan yang lancar ke dalam permainan yang telah disokong oleh penyepaduan Pustaka Pengebilan Google Play atau Apple StoreKit. SDK Mudah Alih Xsolla menyediakan kefungsian tambahan atau menggantikan pilihan pengebilan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan Google Play (UCB) dan Apple di bawah Akta Pasaran Digital (DMA). Dengan SDK Mudah Alih Xsolla, permainan boleh menerima bayaran dengan 700+ kaedah bayaran tempatan di 200+ buah wilayah.

Apabila peraturan baharu muncul, SDK ini memastikan pengembangan yang lancar kepada model pengebilan baharu sambil mengekalkan pematuhan keperluan platform yang dikuasakan oleh Stesen Bayaran Xsolla di rantau yang lain.

"Dengan pengenalan SDK Mudah Alih kami, Xsolla mengesahkan komitmen mereka untuk menyokong pembangun permainan mudah alih melalui ekonomi digital dan kawal selia yang berkembang," kata David Stelzer, Presiden Xsolla. "Kami sedia membantu pembangun berdepan dengan perubahan kawal selia dan pematuhan dengan mudah, menyediakan alat kepada mereka untuk mengembangkan pilihan bayaran mereka, mengurangkan kos komisen dan akhirnya mendorong keberuntungan yang lebih banyak untuk permainan mudah alih mereka."

SDK Mudah Alih Xsolla yang baru dikeluarkan untuk Android telah tersedia untuk pembangun seluruh dunia bermula hari ini, dengan sokongan iOS dalam akses awal yang tersedia untuk mereka yang beroperasi dalam Kesatuan Eropah.

Pembangun boleh mengakses panduan SDK dan penyepaduan terperinci dengan melawati:

Portal Pembangun Xsolla
SDK Mudah Alih Xsolla

Mengenai Xsolla

Xsolla ialah sebuah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alat dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu beribu-ribu pembangun dan pengeluar permainan yang pelbagai saiz membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana wang dengan permainan mereka secara global dan merentasi pelbagai platform. Sebagai peneraju inovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan pengewangan global untuk membantu rakan kongsi kami menjangkau lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mencipta perhubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di Montreal, London, Berlin, Beijing, Guangzhou, Seoul, Tokyo, Kuala Lumpur, Raleigh dan bandar-bandar di seluruh dunia, Xsolla menyokong tajuk permainan utama seperti Valve, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati: xsolla.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54095718/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Derrick Stembridge
Pengarah Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com

Sumber: Xsolla

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.