BANGKOK, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- AV Access, penyedia perkhidmatan terkemuka bagi penyelesaian Pro AV dan AV melalui IP, amat teruja untuk mengumumkan penyertaan syarikat tersebut dalam InfoComm Asia 2024, satu daripada pameran teknologi paling utama di rantau ini. Acara itu diadakan dari 17 Julai hingga 19 Julai di Pusat Konvensyen Kebangsaan Queen Sirikit di Bangkok, Thailand.
AV Access mempamerkan barisan produk terkini di Reruai J40, termasuk
sistem persidangan wayarles eShare W80 yang dinanti-nantikan, stesen dok suis KVM siri iDock dan penyelesaian 4K HDMI melalui IP. Barisan pelbagai penyelesaian ini menegaskan komitmen AV Access untuk menyampaikan teknologi audiovisual canggih bagi pelbagai aplikasi.
Persidangan Wayarles Mudah dengan Hanya Satu KlikSatu daripada sorotan pameran AV Access ialah
sistem persidangan wayarles eShare W80. Sistem ini membawa pembaharuan kepada perkongsian kandungan dalam mesyuarat, membenarkan pengguna menayangkan skrin komputer mereka dengan mudah ke paparan yang lebih besar menggunakan sambungan HDMI atau secara wayarles melalui AirPlay, Miracast, atau dongel eShare D20. Tidak seperti Barco Clickshare, eShare W80 ialah penyelesaian pasang dan pakai yang sebenar, menghapuskan keperluan untuk perisian atau pemacu dan memastikan pengalaman pengguna yang lancar dari awal hingga akhir.
"
Dongel USB-C eShare D20 ialah peranti BYOM (Bawa Mesyuarat Anda Sendiri - Bring Your Own Meeting) yang luar biasa. Hanya sambungkan ke komputer riba anda, tekan butang paparan dan kongsi skrin anda secara wayarles dengan serta-merta. Antara ciri luar biasa ialah anda juga boleh mengawal peranti USB 3.0 secara wayarles menggunakan butang persidangan dongel sebaik sahaja kedua-dua disambungkan ke eShare W80," kata Bill Liao, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) AV Access.
Selain itu, eShare W80 boleh berfungsi dengan
kamera web siri BizEye dan bar video/fon pembesar suara siri AnyCo AV Access, atau peranti USB 3.0 pihak ketiga daripada jenama lain, yang memastikan perniagaan dapat memanfaatkan pelaburan AV sedia ada masing-masing sambil meningkatkan keupayaan mesyuarat dengan teknologi terkini.
Ciri Canggih yang Lain: Dwi-HDMI dan Mod Paparan Berbilang PandanganDilengkapi dengan port input dan output dwi-HDMI,
sistem persidangan wayarles eShare W80 memudahkan penyambungan ke PC bilik atau komputer riba dan menyokong paparan serentak pada dua skrin. Ciri ini amat berfaedah untuk mengekalkan darjah penglihatan yang jelas rakan sekerja dari jauh semasa membuat pembentangan. Di samping itu, mod paparan berbilang pandangan membolehkan pengguna membuat perbandingan dan menganalisis dua bahagian kandungan sebelah menyebelah, meningkatkan perbincangan yang kolaboratif.
"Kami sangat teruja untuk menyertai InfoComm Asia 2024 dan mempamerkan produk kami yang terkini," kata Bill, "Siri eShare telah menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian berinovatif dan mesra pengguna bagi pengguna di seluruh dunia. Ini boleh menjadi kaedah
alternatif Clickshare yang sesuai dalam pembentangan dan persidangan wayarles."
Maklumat Tentang AV AccessAV Access ialah pengilang profesional produk Pro AV dan AV melalui IP canggih di dunia, yang termasuk penyambung, pemisah, penukar HDMI/KVM, suis KVM,
penyelesaian AV melalui IP, penyelesaian bilik persidangan wayarles dan sebagainya. Sejak penubuhan perniagaan ini, syarikat telah berdedikasi menawarkan pengalaman audiovisual terbaik kepada orang ramai dengan produk AV yang terjamin kualiti dan direka bentuk dengan baik pada harga berpatutan. AV Access akan terus membangunkan produk dan penyelesaian yang lebih berinovatif dalam bidang rumah pintar, korporat, pendidikan, peruncitan, hiburan, penjagaan kesihatan dan sebagainya. R&D yang kuat, rantaian bekalan berkuasa dan pasukan pengurusan cemerlang menjadikan AV Access layak sebagai rakan kongsi setia anda! Ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi
www.avaccess.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.