ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 23, 2024 -Selasa

 
  APRON WALK 2024 BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Monday 22/07/2024



KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh dunia pada 7 Jun setiap tahun dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan pengguna. Tema sambutan untuk tahun 2024 adalah “Food Safety : Prepare for the unexpected”, memfokuskan kepada kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi sebarang perkara luar jangka yang boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan makanan negara. 
 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan manakala lebih 200 penyakit di dunia adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar. Sehubungan itu, melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memperkasakan kawalan keselamatan makanan di negara ini melalui pelbagai strategi dan intervensi. Ini termasuklah pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengutamakan keselamatan makanan.  

Salah satu aktiviti yang telah diperkenalkan adalah acara Apron Walk 2024 yang dianjurkan buat kali kedua pada tahun ini selepas edisi penganjuran pertama pada tahun lepas menerima sambutan yang amat menggalakkan. Acara ini telah disertai oleh 2,000 orang peserta dengan pelbagai aktiviti promosi keselamatan makanan telah dijalankan seperti Kuiz Jalanan, pameran keselamatan makanan, Wellness on Wheel (WOW), pertandingan Snap & Win, permainan interaktif keselamatan makanan, senamrobik, gerai jualan makanan dan minuman serta cabutan bertuah. 
 
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), KKM merupakan penganjur utama acara ini dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA) sebagai rakan kolaborasi utama dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&) yang turut menyokong aktiviti pada pagi ini. KKM berharap dengan penganjuran aktiviti santai tetapi berinformasi seperti ini akan dapat mempertingkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia dalam mengutamakan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian. 
 
KKM melalui PKKM akan terus menerajui dan memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan negara bersama semua pihak yang berkepentingan bagi memastikan rakyat Malaysia terus dapat menikmati makanan yang selamat dan berkualiti. Keselamatan Makanan adalah Tanggungjawab Bersama. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan ‘Perhati dan Pilih serta Lihat Hidu dan Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mencegah keracunan makanan. 
 
KESELAMATAN MAKANAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
20 JULAI  2024

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.