ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 24, 2024 -Rabu

 
  HYTERA MENGUMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK DENGAN VST ECS UNTUK PENGEDARAN TEKNOLOGI BAHARU MUNCUL DI FILIPINA

Monday 22/07/2024



Table

Pengurusan Hytera dan VST ECS pada majlis penganugerahan sijil (Foto: Business Wire)


MANILA, Filipina, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, amat berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan VST ECS Phils., Inc., pengedar ICT terkemuka di Filipina, sebagai pengedar sah syarikat itu di negara tersebut. Perkongsian strategik ini membolehkan VST ECS menawarkan produk Tekan untuk Cakap melalui Selular (PoC) dan Kamera Dipakai pada Badan (BWC) Hytera yang terkini.

VST ECS Philippines ialah satu daripada pengedar ICT terkemuka di negara itu, diiktiraf kerana portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang luas merentasi pelbagai segmen pasaran. Portfolio syarikat itu tiada tandingannya, mewakili lebih 100 jenama terkenal dan merangkumi pelbagai penyelesaian teknologi. Syarikat itu telah mengukuhkan perniagaan sebagai rakan kongsi yang kerap dicari untuk perniagaan yang memerlukan penyelesaian andal dan terkini bertujuan menangani keperluan ICT masing-masing yang semakin berkembang. Penyelesaian yang disesuaikan dengan teliti berguna kepada pasaran runcit, mobiliti, komersial dan perusahaan, memenuhi keperluan khusus industri dengan tepat dan memacu inovasi merentasi sektor.

Diasaskan di Shenzhen, China pada tahun 1993, Hytera telah menempa rekod prestasi cemerlang untuk menyampaikan penyelesaian komunikasi yang membayangkan semula ketersambungan dan kerjasama untuk misi dan sektor kritikal perniagaan. Terkenal dengan teknologi komunikasi kritikal berinovatif dan portfolio produk komprehensif, Hytera telah berjaya menyampaikan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan, termasuk keselamatan awam, utiliti, minyak dan gas, pengangkutan, respons kecemasan, hospitaliti, keselamatan peribadi dan pengurusan kemudahan.

Memandangkan cabaran semasa yang dihadapi oleh infrastruktur komunikasi, ketersediaan penyelesaian canggih Hytera akan merangsangkan prestasi pengguna dengan ketara, memastikan operasi lebih pantas, selamat dan cekap. Kerjasama dengan Hytera ini menandakan pencapaian penting untuk VST ECS, meningkatkan portfolio penyelesaian ICT yang sememangnya sudah mengagumkan. Perkongsian ini akan memperkasa VST ECS memenuhi pasaran yang lebih luas, mewujudkan peluang perniagaan baharu untuk rakan kongsi saluran syarikat itu.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan VST ECS Phils., Inc. sebagai pengedar sah kami di Filipina,” kata Stanley Song, Naib Presiden Hytera. “Perkongsian ini sejajar dengan visi kami untuk mengembangkan jangkauan global dan menyampaikan penyelesaian komunikasi berinovatif kami kepada khalayak yang lebih luas. Kehadiran pasaran yang kukuh dan komitmen terhadap kecemerlangan VST ECS menjadikan syarikat itu rakan kongsi yang sesuai untuk mengedarkan teknologi canggih Hytera. Bersama-sama, kami menyasar untuk meningkatkan ketersambungan dan kecekapan operasi bagi pengguna perniagaan dan misi kritikal di seluruh negara.”

“Kami amat teruja untuk bergabung tenaga dengan Hytera Communications. Kerjasama ini bukan sahaja menguatkan penawaran produk kami tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik seumpamanya kepada pelanggan kami. Dengan penyelesaian komunikasi berinovatif Hytera, kami berada pada kedudukan yang baik untuk menangani keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang dan meningkatkan kecekapan operasi merentasi pelbagai sektor,” kata Jimmy Go, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif VST ECS Phils.

Sejak penubuhan syarikat itu pada tahun 1998, VST ECS Philippines telah komited untuk menyampaikan produk, penyelesaian dan perkhidmatan ICT berkualiti tinggi kepada rakan kongsi saluran dan pelanggan yang dihargai. Sebagai syarikat yang berbangga menjadi anggota VST ECS Holdings, firma pengedaran IT serantau yang terkemuka, perniagaan ini mendapat manfaat daripada rangkaian operasi yang luas merangkumi Hong Kong, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos, China dan Filipina. Rangkaian pengedaran ini memperkasa VST ECS Philippines untuk mengakses teknologi dan perkongsian global, memastikan penyampaian penyelesaian terkini kepada pelanggan.

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Lele Yao
Hytera Communications Corporation Limited
Lele.yao@hytera.com

Maurice Altar
Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi
VST ECS
maltar@msi-ecs.com.ph
 
Sumber: Hytera Communications Corporation Limited

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.