ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 22, 2024 -Isnin

 
  MOTAC BUAT JULUNG KALINYA ANJUR FESTIVAL TARIAN SINGA 2024

Monday 22/07/2024



KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak akan menganjurkan Festival Tarian Singa 2024 selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak. Program ini akan menampilkan kepelbagaian aktiviti seni, budaya, warisan dan pelancongan dan terbuka kepada orang awam.
 
Matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan kepelbagaian budaya di Malaysia yang dapat diraikan bersama komuniti setempat. Ianya sekali gus dapat melestarikan seni budaya tempatan serta memaparkan keunikan keistimewaan dan kepelbagaian seni budaya dan warisan Malaysia kepada umum. Program ini juga berperanan menjadi salah satu daya tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa di sekitar yang akan turut menyumbang ke arah menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
 
Program Festival Tarian Singa 2024 yang julung kalinya diadakan ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyemarakkan kegiatan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi di negeri Sarawak, khususnya di kawasan Bandaraya Kuching yang melibatkan ramai pihak terutama pemain industri pelancongan dan kehadiran pelancong domestik serta antarabangsa ke sana sempena program tersebut.
 
Pelbagai aktiviti menanti pengunjung antaranya Perarakan Kumpulan Tarian Singa, Majlis Perasmian dan Malam Gala, Persembahan Artis Tanah Air, Sesi Perkongsian Ilmu bersama Adiguru Kraf Kepala Singa, Demo Teknik Permainan Gendang Tarian Singa, Pameran, Jualan Kraftangan dan Program Interaktif serta banyak lagi.
 
Acara kemuncak bagi program ini ialah Majlis Perasmian Festival Tarian Singa 2024 pada 27 Julai 2024 (Sabtu), jam 7.00 malam. Orang ramai dijemput hadir ke acara tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam. 

Sumber: KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat  
Tel: 03-8000 8000 
Faks: 03-88917181
E-mel: info@motac.gov.my
Website: www.motac.gov.my  
Facebook, Instagram & X: @mymotac 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.