ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 24, 2024 -Rabu

 
  XSOLLA MENGEMBANGKAN SOKONGAN UNTUK PEMBANGUN PERMAINAN MELALUI PELANCARAN WILAYAH TANAH BESAR CHINA, MENANDAKAN ERA BAHARU DALAM INDUSTRI PERMAINAN

Tuesday 23/07/2024



Table

(grafik: Xsolla)


Inisiatif untuk Mengukuhkan Kedudukan China dalam Pasaran Permainan Global
 
BEIJING, 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, ialah syarikat perdagangan permainan video global yang terkenal dengan rangkaian alatan dan perkhidmatan yang luas direka bentuk secara khusus untuk industri permainan, amat teruja untuk mengumumkan pembukaan secara besar-besaran pejabat Wilayah Tanah Besar China Xsolla. Acara pembukaan akan berlangsung pada hari Isnin, 22 Julai 2024, di D-06 Parkview Green Fangcaodi, Daerah Chaoyang, menandakan komitmen yang diperbaharui untuk meningkatkan dan mengembangkan industri permainan video di China dan seluruh dunia.

Pengembangan pejabat Xsolla Beijing merangkumi visi untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi yang rendah hati dan menyediakan akses kepada alatan dan perkhidmatan bagi semua individu dalam komuniti permainan, membantu syarikat yang mempunyai cita-cita untuk menavigasi dan menjangkau pasaran baharu muncul dengan pantas. Pengembangan ini bukan sekadar penubuhan fizikal; ini ialah pusat teknologi dan komuniti permainan China.

Di bawah tema "Akses Sama Rata untuk Semua", majlis perasmian itu dijangka menghimpunkan peneraju industri, rakan kongsi yang dihormati dan wakil media untuk menyaksikan pembukaan lembaran baharu yang menjanjikan penghasilan peluang, memupuk bakat dan menggalakkan penciptaan pengalaman permainan rintisan. Acara itu akan menampilkan pelbagai persembahan dan sesi berinteraktif yang direka bentuk bagi merangkumi semangat penerokaan dan potensi industri permainan yang tiada batasan.

Kemuncak majlis itu akan memperkenalkan program dan perkongsian khusus bertujuan memperkukuh pertumbuhan ekosistem permainan di China, yang diperluas oleh sempadan geografi. Inisiatif ini termasuk kerjasama strategik dengan platform dan pencipta utama bagi menyediakan sokongan pemasaran menyeluruh, meningkatkan pembangunan permainan dan mengoptimumkan strategi penjanaan pendapatan, menyediakan asas untuk permainan China berkembang maju pada peringkat global.

Jingbo Chen, Ketua Wilayah Tanah Besar China, akan berkongsi pandangan tentang matlamat dan visi strategik Xsolla untuk pasaran. "Pembukaan pejabat kami di Beijing menandakan langkah penting dalam perjalanan Xsolla untuk memudahkan pengembangan global permainan yang dicipta dan dibangunkan di China. Komitmen kami ialah untuk menjadi asas kepada pembangun dan penerbit, menawarkan kedua-duanya pintu masuk untuk meneroka dan menjadi cemerlang dalam pasaran antarabangsa," kata Jingbo.

Berkley Egenes, Ketua Pegawai Pemasaran dan Ketua Pegawai Pertumbuhan Xsolla, menambah, "Penubuhan pejabat Beijing kami merupakan bukti kepercayaan kami terhadap potensi pembangun permainan tempatan dan penciptaan mereka di pentas global. Dengan memupuk kerjasama lebih erat dan menyediakan sokongan langsung, kami amat teruja untuk memainkan peranan dalam memperagakan inovasi permainan China kepada dunia. Inisiatif ini menegaskan dedikasi kami untuk memperkasa komuniti permainan, memastikan rakan kongsi kami mempunyai alatan dan sumber untuk berjaya dalam pasaran yang semakin berdaya saing.”

Nantikan lebih banyak kemas kini dan ikuti Xsolla di WeChat untuk terus dimaklumkan mengenai usaha Wilayah Tanah Besar China dan projek yang akan datang. Ikuti dan libatkan diri dalam perbincangan di:

Untuk maklumat lanjut tentang Xsolla dan inisiatif yang dilaksanakan di Wilayah Tanah China Besar, sila kunjungi - xsolla.com/zh

Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di, London, Berlin, Beijing, Guangzhao, Seoul, Tokyo, Kuala Lumpur, Raleigh dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54097318/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Hubungan Media
Derrick Stembridge
Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.