ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 25, 2024 -Khamis

 
  WAKO MENGUMUMKAN RUANG BAHARU DI KEDAI UTAMA GINZA

Wednesday 24/07/2024

AsiaNet 0200287

TOKYO, 24 Julai, 2024 /Kyodo JBN/ --

WAKO Co., Ltd., yang berpangkalan di daerah beli-belah Ginza di Chuo Ward di Tokyo, dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa kerja pengubahsuaian telah siap di tingkat bawah tanah di kedai utama mereka, sebuah mercu tanda yang terkenal di kawasan itu. Pembukaan semula rasmi dijadualkan pada 20 Julai. WAKO ialah gedung membeli-belah istimewa utama Jepun, yang terkenal kerana usaha mereka mengejar kemewahan yang anggun tanpa kompromi, dan ruang baharu yang diubah suai ini akan menjadi contoh bagi tema korporat mereka, "WAKO YANG MENAKJUBKAN." Ruang itu telah direka oleh New Material Research Laboratory, sebuah firma seni bina yang diasaskan dan diketuai oleh artis Hiroshi Sugimoto dan arkitek Tomoyuki Sakakida.

Imej 1: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M108267/202407123593/_prw_PI1fl_GDwzWVBq.jpg


Konsep
Konsep yang khusus untuk ruang ini ialah "Teater Masa," sebuah ruang untuk ekspresi dan pertukaran bagi sebuah budaya yang kaya dengan tradisi dan inovasi. "Pentas" itu di tengah lantai berkenaan mempunyai satu mekanisme mendatar seperti jarum jam gergasi. Ini menyampaikan satu rasa perubahan yang berterusan, dan setiap perubahan di dalam kedudukan tangan mengubah ruang itu untuk menjadi sesuatu yang baharu.

WAKO sentiasa meletakkan nilai yang tinggi pada tema masa. Ini menekankan kepatuhan jenama itu untuk mencipta nilai baharu di dalam kehidupan pengunjung, agar ia membawa kepada masa depan yang lebih kaya dan lebih menyeronokkan. Konsep masa WAKO berkisar kepada dua tema:
- Kepekaan estetika Jepun yang diambil daripada perubahan berterusan bagi musim dan interaksi manusia sejagat dengan alam semula jadi.
- Tradisi dan teknik yang diturunkan selama ratusan tahun, jumlah masa yang panjang yang dihabiskan dalam usaha kreatif, dan pemikiran yang tidak berkesudahan tentang masa depan.

Tingkat bawah tanah
Tingkat bawah tanah itu diilhamkan sebagai satu ruang untuk mempamerkan pereka, ahli pertukangan dan pihak lain yang aktif di barisan hadapan di dalam bidang fesyen, barang kemas, seni moden dan bidang kreatif yang lain. Kalangan profesional ini menyuarakan estetika, budaya dan teknik yang telah ditakrifkan oleh Jepun sejak zaman purba, sambil turut memperkenalkan jenama baharu yang membawa pendekatan inovatif kepada bidang-bidang ini. Pentas itu di tengah-tengah lantai itu mempunyai dua "tangan" seperti sebuah jam, yang boleh dikonfigurasikan semula menjadi pelbagai corak yang tidak berkesudahan. Sebuah koridor yang mengelilingi Pentas itu berfungsi sebagai satu laluan untuk berjalan kaki melepasi penciptaan yang dipamerkan, masing-masing mempunyai kisah istimewa yang tersendiri untuk diceritakan. Bersama-sama, "Pentas dan Koridor" itu memupuk pertemuan baharu dan interaksi yang lebih mendalam di kalangan pengunjung dan dengan karya yang dipamerkan.

Imej 2: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M108267/202407123593/_prw_PI2fl_HN9pNBN9.jpg


*Arkitek reka bentuk: New Material Research Laboratory
Foto: Masatomo Moriyama

Konsep reka bentuk "Pentas dan Koridor"

Harmoni dan Cahaya, Pentas dan Koridor
"Kedai utama WAKO ialah sebuah ikon Ginza, yang memberikan sebarang pengubahsuaian dengan sesuatu yang berkepentingan. Dalam mereka bentuk semula tingkat bawah tanah itu, kami memilih tema 'Pentas dan Koridor.' Di tengah-tengah ruang itu adalah sebuah pentas dengan 'tangan' yang panjang dan pendek yang boleh dipusingkan seperti jam. Di sekeliling pentas itu ada sebuah koridor yang dikelilingi oleh jeriji kayu, yang membolehkan pengunjung untuk berjalan dengan selesa di sekitar ruang jualan itu. Ruang Neo-Renaissance ini bersinar tenang dengan cahaya yang harmoni. Ini membangkitkan konsep Jepun 'wa' atau harmoni, yang kami berusaha perolehi sebagai satu motif di sepanjang reka bentuk itu. Bahan-bahan yang digunakan termasuk barang-barang yang jarang ditemui dan diperoleh khas dari seluruh Jepun, yang mencakupi daripada Kirishima dan pokok cedar Yanase kepada kerja batu dan kertas gaya 'fusuma' (pintu gelangsar) dari Kyoto. Aroma samar kayu sedar di ruang udara dan ketukangan tradisional Jepun yang terserlah di seluruh ruang itu pasti memupuk satu perasaan yang tenang dan harmoni."
(New Material Research Laboratory)

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202407123593-O3-Msc9x630.pdf

Laman web rasmi WAKO: https://www.wako.co.jp/
Laman web Seni & Budaya: https://www.wako.co.jp/c/artsandculture
Instagram: https://www.instagram.com/artsandculture_wako_ginzatokyo/

Sumber: WAKO Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.