ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 26, 2024 -Jumaat

 
  NIQ MENGELUARKAN LAPORAN KEMAJUAN PERSEKITARAN, SOSIAL DAN TADBIR URUS (ESG) 2023

Friday 26/07/2024



CHICAGO, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ (NIQ), syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan Laporan Kemajuan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kedua yang memperincikan keutamaan ESG Syarikat, cara menerapkan prinsip keterangkuman dan mampan ke dalam model perniagaan syarikat dan komitmen untuk menyampaikan risikan dan inovasi kepada pelanggan yang memberikan impak positif kepada ekonomi, komuniti dan persekitaran.

“Strategi ESG kami direka bentuk untuk memacu nilai jangka panjang — bagi pekerja, pihak berkepentingan, pelanggan, industri, vendor dan komuniti kami,” kata Jim Peck, Ketua Pegawai Eksekutif, NIQ. "Kami memberikan tumpuan untuk mengintegrasikan keutamaan ESG kami di seluruh syarikat dan meningkatkan impak kami. Di samping itu, dengan memberikan pemahaman menyeluruh tentang tingkah laku pembelian pengguna, kami menyasar untuk menawarkan risikan pasaran kepada pelanggan kami dan ekosistem sedia ada bagi menyokong usaha kelestarian masing-masing."

Sorotan penting dalam Laporan ESG 2023:

Integriti, Privasi & Keselamatan Data
Data ialah teras kepada perniagaan NIQ. Syarikat itu memberikan tumpuan untuk menyampaikan data yang selamat dan dilindungi dengan ketepatan dan integriti peringkat tinggi.
  • Memastikan Integriti Data: NIQ mengambil langkah bagi memastikan data adalah tepat dan berkaitan. Pada tahun lalu, NIQ telah mewujudkan pasukan petugas AI Generatif khusus yang meneroka aplikasi AI generasi akan datang, dengan penekanan kepada kualiti data, kesempurnaan dan pertimbangan beretika. NIQ juga telah mewujudkan semakan kualiti untuk pengumpulan data lapangan, termasuk melaksanakan kawalan ketat untuk juruaudit lapangan bagi memastikan integriti tinggi dan pelan respons kejadian supaya penyimpangan daripada amalan standard dapat ditangani dengan segera.
  • Memperkukuh dan Melindungi Data NIQ: NIQ mempunyai amalan yang teguh untuk mengenal pasti dan menangani risiko keselamatan data. Untuk mengenal pasti kerentanan, NIQ mengendalikan pengimbasan dan penilaian kerentanan secara berkala bagi semua sistem maklumat. Untuk menangani masalah ini, NIQ mempunyai pasukan keselamatan siber yang melaksanakan pelbagai lapisan langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran bagi melindungi data.
  • Mengutamakan Privasi Data: NIQ mengikuti set prinsip privasi menyeluruh, yang termasuk kawalan privasi mesra pengguna, notis yang jelas dan opsyen pilihan. Selain mematuhi undang-undang dan standard industri di negara tempat syarikat beroperasi, NIQ menggabungkan perlindungan privasi secara langsung ke dalam reka bentuk dan pelaksanaan produk dan perkhidmatan NIQ.
  • Melindungi Masa Depan Digital NIQ. NIQ mengutamakan integrasi keselamatan lancar di seluruh organisasi, memberikan tumpuan kepada warga kerja, privasi data dan kerahsiaan. Program Keselamatan Siber dan Privasi yang sedang diadakan menyatukan jabatan global, memanfaatkan standard NIST CSF dan ISO 27002.
Tanggungjawab Alam Sekitar
  • Merintis Impak Mampan. Bersama komitmen untuk membantu membentuk pasaran, NIQ bekerjasama dengan pelanggan bagi menggalakkan peralihan kepada produk lebih mampan melalui renungan trend pengguna sedar yang semakin berkembang Pada tahun 2023, NIQ berganding dengan McKinsey & Company untuk membangunkan laporan yang bertajuk “Consumers care about sustainability – and back it up with their wallets (Pengguna mengambil berat tentang kelestarian – dan menyokong inisiatif dengan dana mereka sendiri)”.
  • NIQ telah menerima guna pendekatan yang dipacu data untuk mengukur jejak karbon dan pada tahun 2022 jejak karbon diukur bagi tahun kedua.
  • NIQ bekerjasama rapat dengan vendor dan rakan kongsi untuk memilih hartanah pajakan cekap tenaga, serta menyiasat peluang untuk melaksanakan inisiatif tenaga bersih dan pengurangan tenaga.
  • NIQ telah mengoptimumkan pusat data syarikat untuk mengurangkan penggunaan tenaga, dengan kira-kira 90% pelayan NIQ dimayakan pada tahun 2022, menghasilkan penjimatan tenaga yang besar.
  • Selama sedekad, NIQ telah menyediakan data, cerapan dan kepakaran kepada Feeding America®, termasuk data harga makanan tempatan untuk menganggarkan kos makanan di setiap Daerah di Amerika Syarikat untuk laporan Petakan Jurang Makanan. Laporan ini meningkatkan kesedaran tentang ketakjaminan makanan di seluruh Amerika Syarikat dan digunakan oleh bank makanan dan penggubal dasar.
Warga Kerja & Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman
  • Meneruskan untuk menambah baik kepelbagaian tenaga kerja. NIQ komited untuk membina tenaga kerja yang pelbagai, proses yang saksama dan budaya terangkum yang sejajar dengan nilai teras syarikat.
    • Kini, ahli kumpulan minoriti berkhidmat dalam 29% peranan di seluruh organisasi dan wanita berkhidmat dalam separuh daripada tenaga kerja, dengan lebih 43% perwakilan wanita dalam jawatan kepimpinan global.
    • Pada tahun 2023, NIQ membaharui Ikrar Ketua Pegawai Eksekutif LEAD Network Eropah untuk mencepatkan lagi pariti jantina dan mengutamakan kesaksamaan jantina.
  • Menghayati Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman. Sebagai sebahagian daripada usaha integrasi dengan GfK, NIQ telah melakukan usaha yang ditentukan bagi memahami budaya syarikat yang unik dan memupuk persekitaran gabungan yang menggalakkan keterangkuman dalam semua bidang syarikat. NIQ amat menggalakkan pengambilan pekerja dalaman merentasi entiti, oleh yang demikian rakan sekutu boleh memajukan kerjaya dan merealisasikan aspirasi mereka, serta sehingga bulan Ogos 2023, NIQ telah menyiarkan lebih daripada 500 peranan terbuka untuk pemohon dalaman di NIQ dan GfK.
  • Memanjangkan Hari Warga Kerja & Planet. Semasa Hari Warga Kerja & Planet tahunan yang kedua, 13,000 pekerja global menyumbang kepada usaha sukarelawan tempatan, menyertai pelbagai aktiviti. Secara keseluruhan, NIQ menyumbang lebih 75,000 jam, meliputi lebih daripada 500 aktiviti, dengan pungutan dana sebanyak hampir $67,000 berjaya dikumpulkan. Ini ialah aktiviti gabungan untuk rakan sekutu NIQ legasi dan GfK legasi.
“Data NIQ boleh membantu syarikat dan komuniti membuat keputusan termaklum yang akhirnya membantu mengembangkan perniagaan masing-masing dengan mampan dan menyokong komuniti di bawah tanggungjawab perniagaan berkenaan,” kata John Blenke, Ketua Pegawai Undang-undang. “Kami berbangga dengan usaha ESG kami setakat ini dan berharap untuk meningkatkan impak positif kami melalui kemajuan yang berterusan.”

NIQ menjajarkan pelaporan ESG dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB dan Standard Lembaga Standard Perakaunan Kelestarian (SASB) untuk Perkhidmatan Komersial Profesional Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendekatan NIQ kepada ESG, komitmen berterusan syarikat mencipta nilai untuk masyarakat dan kemajuan ke atas matlamat utama, sila kunjungi Laporan Kemajuan ESG 2023 NIQ.

Maklumat Tentang NIQ

NielsenIQ (NIQ) ialah syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, menyampaikan pemahaman paling lengkap tentang tabiat membeli pengguna dan mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan. NIQ bergabung dengan GfK pada tahun 2023, menemukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada bandingannya. Pada hari ini NIQ beroperasi di lebih daripada 95 negara meliputi 97% KDNK. Dengan laporan runcit holistik dan cerapan pengguna paling menyeluruh—disampaikan dengan analisis lanjutan melalui platform yang canggih—NIQ menyampaikan Full View™.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media: sweta.patra@nielseniq.com

Sumber: NielsenIQ

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.