ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  A2RL MELONJAK KE TAHAP BAHARU: MELANCARKAN KEJOHANAN LUMBA DRON AUTONOMI DENGAN HADIAH TERKUMPUL BERNILAI AS$1JUTA

Friday 26/07/2024



Table
Liga Perlumbaan Autonomi Abu Dhabi (A2RL) x Liga Juara-juara Dron (DCL) (Grafik: AETOSWire) 
 
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Liga Perlumbaan Autonomi Abu Dhabi (A2RL), yang membuat penampilan sulung mengagumkan pada April ini di Litar Yas Marina, telah mengumumkan cabaran fasa yang seterusnya dengan Liga Juara-Juara Dron (DCL), organisasi perlumbaan dron profesional utama dunia. Membina kejayaan acara sulungnya, Perlumbaan Dron A2RL terus memajukan sempadan teknologi autonomi, menggabungkan kemahiran manusia dengan kemajuan inovatif dalam penerbangan autonomi.

Perlumbaan Dron Autonomi akan menghimpunkan pasukan dari seluruh dunia, mengalu-alukan pasukan perlumbaan dron yang terkenal, institusi penyelidikan dan 'pemula' yang bersemangat. Semua peserta akan bersaing untuk mendapatkan hadiah yang mendebarkan sebanyak AS$1 juta, sambil mereka berusaha untuk mencapai ketangkasan dan kelajuan maksimum sambil berjaya bergerak melalui objek yang menghalangnya. Pendaftaran kini dibuka di a2rl.io, dan pasukan yang berminat dijemput memohon untuk menyertai pertandingan tersebut. Semua penyertaan akan melalui proses pemilihan yang ketat untuk mengenal pasti pasukan yang berjaya bertanding. Mereka yang lulus saringan akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam satu siri tugasan yang akan membolehkan panel penilai menilai kecekapan pasukan dalam menggunakan simulator sumber terbuka untuk menerbangkan dron secara autonomi. Perlawanan pusingan akhir besar-besaran akan diadakan pada April 2025 dan pemenang akan ditentukan.

Dianjurkan oleh ASPIRE, A2RL menyepadukan kecerdasan buatan (AI), autonomi dan sukan lasak untuk menolak sempadan mobiliti masa depan dan ditonjolkan sebagai liga perlumbaan autonomi terbesar di dunia. Perlumbaan dron autonomi ekstrem A2RL akan menyaksikan dron program penyelidik bersaing untuk menavigasi melalui urutan pintu, mengelakkan halangan, menggunakan penderia atas papan dan kuasa pengiraan. Matlamat utama perlumbaan adalah untuk menetapkan penanda aras bagi mencapai inovasi maksimum dalam algoritma sambil menggunakan teknologi penderia minimum dalam persekitaran yang kompleks.

Seperti semua cabaran besar, Cabaran Dron A2RL juga akan merangkumi fokus STEM dan pelajar sekolah menengah akan dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan itu.

Mengumumkan pertandingan baharu, Yang Berbahagia Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung ATRC, berkata: “Hanya apabila anda bereksperimen dalam keadaan ekstrem, barulah anda benar-benar menemui sempadan atau penemuan baharu dalam sains. Kami memberi inspirasi kepada kerjasama global, memacu kemajuan teknologi dan mencipta masa depan iaitu temoat penyelesaian autonomi mengubah industri dan meningkatkan kehidupan.”

Stephane Timpano, Ketua Pegawai Eksekutif di ASPIRE, berkata: “Ini ialah evolusi menarik daripada siri perlumbaan ekstrem A2RL kami. DCL ialah rakan kongsi yang berfikiran sama dengan pengalaman perlumbaan dron yang tidak ternilai selama bertahun-tahun. Bersama-sama, kami bukan sahaja menambah dimensi autonomi baharu kepada perlumbaan dron tetapi juga menunjukkan kemungkinan tanpa had bagi kenderaan udara tanpa pemandu melalui pertandingan ini.”

Markus Stampfer, Pengerusi Eksekutif Drone Champions AG, penganjur Liga Juara-Juara Drone (DCL), berkata: “Di DCL, misi kami sentiasa untuk menolak sempadan perlumbaan dron. Setelah berjaya menggabungkan dunia perlumbaan dron maya dan fizikal, bekerjasama dengan ASPIRE untuk memajukan penerbangan dron autonomi adalah langkah seterusnya yang semula jadi bagi kami. Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman dan kepakaran kami yang luas kepada pertandingan perintis ini, menyokong ASPIRE dengan pengetahuan yang kami peroleh daripada bertahun-tahun membangunkan dron perlumbaan dan bekerjasama dengan juruterbang dron terbaik dunia.”

Dengan memajukan teknologi dron, perlumbaan ini bertujuan untuk menjadikan penggunaan dron boleh diakses oleh semua negara, akhirnya mengurangkan kos dan memacu inovasi merentas industri seperti kesihatan dan logistik.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: comms@a2rl.io atau ATRC@edelman.com 

Twitter

LinkedIn

Instagram

*Sumber: AETOSWire
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54099128/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi
Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
Jennifer.dewan@tii.ae 

Sumber: Liga Perlumbaan Autonomi Abu Dhabi 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.