ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 26, 2024 -Jumaat

 
  KOLMAR BNH MEMPERCEPAT PENGEMBANGAN PASARAN EROPAH DENGAN HEMOHIM G YANG DIPACU TEKNOLOGI

Friday 26/07/2024



Table
HemoHIM G, dikilangkan oleh Kolmar BNH dan diedarkan oleh Atomy (Foto: Kolmar BNH) 
 
SEOUL, Korea Selatan, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kolmar BNH (KRX: 200130), firma Pembuatan Pembangunan Asal (ODM) makanan fungsian kesihatan Korea yang terkemuka, mempercepat usaha pengembangan syarikat ke pasaran Asia Tenggara dan Eropah dengan HemoHIM G, produk yang direka bentuk untuk arena global.

HemoHIM G (Global) ialah versi antarabangsa 'HemoHIM', makanan tambahan kesihatan meningkatkan imun pertama diluluskan secara individu di Korea yang dibangunkan oleh Kolmar BNH dalam tempoh lapan tahun. Formulasi produk ini telah disesuaikan bagi mematuhi peraturan makanan pelbagai negara, dengan pelarasan dibuat kepada bahan mentah dan nisbah ramuan. Produk tersebut menampilkan angelika sinensis, ligustikum chuanxiong, paeonia laktiflora, kesemuanya dipilih melalui proses kawalan kualiti yang ketat. Rasa dan aroma yang dipertingkat juga menjadikan HemoHIM G lebih menarik kepada khalayak yang lebih luas.

Pada bulan April, Kolmar BNH menerbitkan kajian mengenai HemoHIM G dalam jurnal Toxicological Research bertaraf SCIE, yang menunjukkan tahap keselamatan produk. Dikendalikan mengikut garis panduan OECD, kajian ini mempunyai kepentingan bukan sahaja dalam memudahkan kelulusan keselamatan di negara lain tetapi juga dalam memperkukuh hak harta intelek dengan hasil yang andal.

HemoHIM, diedarkan oleh Atomy, ialah produk Kolmar BNH yang canggih dari segi teknologi. Ramuan utama, ekstrak kompleks HemoHIM Angelika gigas dan sebagainya, dibangunkan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea. Pada masa ini, produk HemoHim boleh didapati di 19 negara, termasuk Australia, Amerika Syarikat, Thailand, Asia Tengah dan Amerika Selatan.

Kolmar BNH meneruskan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan daya saing global HemoHIM termasuk kefungsian baharu, melalui pelaburan kira-kira 4% daripada hasil tahunan syarikat kepada R&D. Pada bulan Jun, syarikat menerbitkan kajian yang menunjukkan bahawa ramuan utama HemoHIM (kompleks ekstrak HemoHIM angelika gigas dan sebagainya), mempunyai kesan antioksidan dan antikeletihan, yang baharu ditemui. Kajian ini dipaparkan dalam edisi bulan Jun 'Journal of Medicinal Food,' jurnal antarabangsa peringkat SCIE.

Bagi memanfaatkan kelebihan daya saing HemoHIM G, syarikat tersebut merancang untuk mempercepat eksport ke negara Eropah, termasuk Turki, Itali dan Belgium.

Seorang pegawai dari Kolmar BNH berkata, “HemoHIM ialah satu daripada makanan tambahan kesihatan terlaris di Korea, dengan jualan terkumpul sebanyak KRW 200 bilion sepanjang tempoh sembilan tahun yang lalu iaitu sejak tahun 2014. Kami menyasar untuk membina kejayaan kami di Korea dan mempercepat pengembangan kami ke pasaran Eropah.”  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undangundang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54098769/en

 
Individu untuk Dihubungi
Kolmar BNH
Jang Woo Lee
Jay.lee@kolmar.co.kr
 
Sumber: Kolmar BNH 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.