ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  MALAYSIA PADA KEDUDUKAN PERTAMA DI ASIA TENGGARA MENGIKUT KESEDIAAN NEGARA UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN KLINIKAL GLOBAL

Friday 26/07/2024



Table

Perasmian Pusat Kecemerlangan CRM pada 25 Julai 2024 oleh Menteri Kesihatan & Pengerusi Clinical Research Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad 


KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Malaysia adalah antara 30 negara teratas di dunia dan kini mendahului di Asia Tenggara dari segi kesediaan negara untuk penyelidikan klinikal global, menurut laporan IQVIA bertajuk Rethinking Clinical Trial Country Prioritization

Laporan tersebut, yang diterbitkan pada awal bulan ini, telah memetakan peluang penyelidikan klinikal global mengikut atribut negara, dengan asas 17 metrik utama yang berkaitan dengan infrastruktur operasi, infrastruktur klinikal serta ketersediaan pesakit. Pertimbangan utama diberi pada kebolehcapaian dan kualiti penjagaan kesihatan, kecekapan penyelidikan klinikal, keupayaan regulatori, proses perniagaan yang diperkemas dan peluang pelaburan.

Laporan itu juga memberikan pandangan tentang kesediaan negara merentas kategori penyelidikan klinikal yang berbeza dan telah mengiktiraf Malaysia antara 25 negara teratas untuk tiga daripada empat jenis penyelidikan klinikal yang dikenal pasti. Indonesia adalah satu-satunya negara Asia Tenggara lain dalam senarai tersebut,  di bawah salah satu kategori penyelidikan klinikal. Di samping itu, beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia telah dikenal pasti berada dalam Peringkat Peluang (Opportunity Tier) untuk pemilihan sebagai tapak kajian oleh penaja penyelidikan, dengan Malaysia berada di paras optimum dengan keseimbangan antara ketersediaan pesakit dan kesediaan operasi.  

Penyelidikan klinikal global merupakan penyelidikan multinasional yang ditaja sepenuhnya oleh organisasi farmaseutikal, syarikat bioteknologi serta syarikat peranti perubatan. Rantau Asia Tenggara secara keseluruhan kini menjalankan 3% daripada penyelidikan klinikal global ini. Sejak 2023, Malaysia telah mendahului di rantau ini dalam bilangan penyelidikan yang dijalankan, dengan kebanyakannya dalam bidang onkologi, penyakit berjangkit dan ujian kardiologi. Dengan lebih 2450 kajian klinikal sejak 2012, negara telah mencapai Pendapatan Negara Kasar terkumpul sebanyak RM 1.38 bilion hasil daripada industri ini. 

Pertumbuhan ini juga menyaksikan organisasi farmaseutikal dan organisasi penyelidikan kontrak terkemuka meluaskan kehadiran mereka di Malaysia dan merekrut bakat untuk memenuhi permintaan produktiviti penyelidikan klinikal. Di samping itu, hospital dan pusat perubatan kini tertumpu dalam meningkatkan keupayaan penyelidikan klinikal, dan memerlukan kakitangan yang mempunyai pengalaman penyelidikan klinikal bagi menguruskan pengendalian kajian mengikut keperluan regulatori dan amalan global. 

Berikutan itu, Clinical Research Malaysia, pusat sehenti untuk penyelidikan klinikal yang ditaja di Malaysia, telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan CRM yang baru-baru ini dirasmikan oleh Menteri Kesihatan dan Pengerusi CRM, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad. Program ini bertujuan untuk membangunkan bakat tempatan dengan menyediakan asas bagi mereka untuk memulakan kerjaya mereka dalam penyelidikan klinikal. Penubuhan COE juga mendorong Misi CRM 2033 bagi pembangunan bidang profesional penyelidikan klinikal di negara ini dengan mewujudkan 4000 pekerjaan mahir dalam penyelidikan klinikal.

Mengenai Clinical Research Malaysia (CRM):
Clinical Research Malaysia (CRM) adalah Organisasi Pengurusan Penyelidikan Dipercayai Global yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2012. Organisasi ini mengutarakan prinsip Kemanusiaan, Kestabilan, dan Kemampanan dalam mengutamakan penyelesaian kajian klinikal global dan membolehkan ekosistem penyelidikan klinikal berkembang maju di negara ini. Pada terasnya, CRM bertekad untuk membawa penyelidikan klinikal yang menangani keperluan pesakit yang tidak dapat dipenuhi oleh ubatan yang sedia ada, dan mengolah penjagaan kesihatan Malaysia.  

CRM menguruskan kajian klinikal yang ditaja dengan aspek Speed, Quality dan Reliability melalui kecemerlangan operasi dan bekerja dengan pihak berkepentingan dengan menyediakan perkhidmatan sokongan penyelidikan klinikal yang menyeluruh. Diperakui dengan kedua-dua ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO 37001:2016 (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah), dan selaras dengan peraturan antarabangsa, nilai teras dan tatakelakuan  organisasi adalah terbenam di seluruh CRM. Kekuatan organisasi ini terletak pada warga CRM di mana visi kami adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan klinikal pilihan di rantau Asia. https://clinicalresearch.my
 
SUMBER: Clinical Research Malaysia (CRM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Asha Thanabalan
Pengurus Kanan – Perhubungan Perniagaan & Komunikasi Korporat         
Tel: +6012-364 8043 | +603-7931 5566 (ext. 122)
E-mel: asha@clinicalresearch.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.