ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 31, 2024 -Rabu

 
  BANK MUAMALAT, PPTEM BANTU USAHAWAN MALAYSIA MELALUI PROGRAM 'SANDBOX: THE ENTREPRENEUR KICK START 2024'

Monday 29/07/2024



KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menjadi bank rasmi pertama yang dipilih oleh Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM) melibatkan kerjasama dalam pembangunan usahawan muslim, perkongsian kolaboratif dan penawaran kemudahan perkhidmatan kewangan kepada usahawan di seluruh Malaysia.

Melalui Program Keusahawanan Muslim ‘Sandbox: The Entrepreneur Kick Start 2024’ yang diperkenalkan oleh PPTEM, Bank Muamalat akan memainkan peranan penting sebagai mentor dan bank utama dalam membantu usahawan tempatan memastikan kelangsungan perniagaan mereka terus maju dan berdaya tahan. Ahli-ahli usahawan program Sandbox akan diberi bantuan melalui pembukaan akaun syarikat bagi tujuan operasi harian perniagaan. Manakala mereka yang layak, Bank Muamalat juga turut menawarkan kemudahan perbankan dalam bentuk pembiayaan perniagaan, iTEKAD, solusi pengurusan tunai dan sebagainya.

Bank Muamalat dan PPTEM juga bekerjasama dalam menganjurkan taklimat untuk memberikan penerangan kepada usahawan daripada pelbagai sektor mengenai manfaat program keusahawanan Sandbox dari masa ke semasa. Hari ini, ‘Program Sembang Santai Usahawan sempena Program Keusahawanan Muslim Sandbox’ khas buat usahawan industri kreatif telah diadakan di ibu pejabat Bank Muamalat, Menara Bumiputra.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Dengan sasaran untuk melatih 30,000 usahawan muslim sepanjang tahun ini, Bank Muamalat bersedia untuk menyokong serta memberi komitmen penuh dalam memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Sebagai institusi perbankan Islam penuh, Bank Muamalat sentiasa komited dalam membantu para usahawan menerusi kolaborasi serta penawaran produk dan perkhidmatan yang terbaik sejajar dengan iltizam untuk membina Kehidupan Lebih Baik, Bersama.

“Selain industri kreatif, Bank Muamalat dan PPTEM akan menerokai keperluan untuk membantu perniagaan usahawan muslim di lain-lain industri, sekali gus bakal melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing pada masa akan datang,” katanya.

Tambah Khairul, selaras dengan matlamat teras ke-3 visi Malaysia Madani iaitu daya cipta atau inovasi. Bank Muamalat bertekad untuk menyokong penuh usaha kerajaan dalam menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang mampu merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea dan proses lebih maju kepada para usahawan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama Bank Muamalat dan PPTEM dalam Program Keusahawanan Muslim Sandbox, sila layari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500 untuk maklumat lanjut. 
 


SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Syahida Azureen
Tel: +6012 242 3696
Emel: syahida.azureen@muamalat.com.my

Nama: Mohd Nazrul Hafizi 
Tel: +6017 921 1384
Emel: mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.