ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 01, 2024 -Khamis

 
  OPKIM IPT @ PAHANG 2024 BERJAYA LAHIRKAN IMPAK POSITIF DI KOMUNITI FELDA SEROJA JENGKA 18

Monday 29/07/2024



Table
Pihak OPKIM juga telah memberi bantuan asnaf kepada 40 orang penerima dan sumbangan kepada warga emas dan pesakit kronik bagi membantu penduduk masyarakat Felda Jengka 18.

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Program Operasi Khidmat Masyarakat Institusi Pengajian Tinggi (OPKIM IPT) @ Pahang 2024, sebuah inisiatif kolaboratif antara Pejabat Menteri Besar Pahang, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Program yang berlangsung selama empat hari dari 18 hingga 21 Julai lalu, melibatkan penyertaan aktif mahasiswa dari UNIRAZAK dan UMPSA.

Dilaksanakan di Felda Seroja Jengka 18, Maran, program ini telah memberi penekanan kepada pembangunan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang menjurus kepada aspek keagamaan, pendidikan, komuniti, dan patriotisme. Pelajar-pelajar IPT telah berinteraksi secara langsung dengan pelajar sekolah rendah dan menengah serta komuniti setempat, mewujudkan hubungan yang erat dan memupuk semangat gotong-royong. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Majlis ini turut dimeriahkan dengan Majlis Malam Mahabbah Rasulullah SAW bersama Da’i Annas.

Melalui program OPKIM, setiap mahasiswa telah terlibat dalam Program Keluarga Angkat dimana mereka ditempatkan bersama 13 ahli keluarga angkat dari pendudukan Felda Jengka 18. Initiatif program keluarga angkat ini membolehkan mahasisawa lebih memahami kehidupan masyarakat setempat. Disamping itu, pelbagai aktiviti pendidikan dan kemahiran hidup telah dilaksanakan bersama pelajar Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 18 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 18.

Pihak OPKIM juga telah memberi sumbangan kepada warga emas dan pesakit kronik bagi membantu penduduk masyarakat Felda Jengka 18. Sumbangan yang diberikan adalah untuk bantuan asnaf kepada 40 orang penerima dari segi barang keperluan asas dan sumbangan wang tunai yang berjumlah RM3,200. Penutupan majlis OPKIM IPT @ Pahang turut dihadiri oleh YDH. CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman, Ketua Polis Pahang untuk meluangkan masa bersama masyarakat setempat di Masjid Nurul Huda Jengka 18, Maran.

Program OPKIM IPT @ Pahang 2024 merupakan satu inisiatif yang sangat bermakna dan memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat. Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai graduan yang mempunyai semangat kepimpinan dan komitmen terhadap masyarakat.

Mengenai UNIRAZAK
 
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) ditubuhkan pada 18 Disember 1997 dan merupakan salah satu universiti swasta yang pertama di Malaysia. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera, yang juga merupakan pemilik Permodalan Nasional Berhad. UNIRAZAK bekerjasama dengan berbagai badan profesional termasuk CPA Australia, Chartered Managament Institute of United Kingdom (CMI), Malaysian Association of Tax Accountants (MATA), Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM), Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) dan Malaysia Institute of Insurance (MII). UNIRAZAK juga bekerjasama dengan institusi-institusi pendidikan tinggi antarabangsa dan tempatan serta berbagai industri untuk memperkembangkan lagi keupayaan kami untuk menjadi pemacu ilmu dan pembangunan komuniti, masyarakat dan negara. Hari ini, UNIRAZAK dikenali sebagai “KL’s Premier School of Business, Government & Education”. Untuk maklumat lanjut mengenai UNIRAZAK, sila layari www.unirazak.edu.my.

SUMBER: Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nur Dini Mohd Nadzri
Public Relations and Branding Specialist
Branding & Communications
Tel: +603 2730 7000 / +603 2730 7109
Emel: nurdini@unirazak.edu.my

Nama: Nur Ellyna Aziera Azizi
Public Relations and Digital Specialist
Branding & Communications
Tel: +603 2730 7000 / +603 2730 7185
Emel: ellyna@unirazak.edu.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.