ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 01, 2024 -Khamis

 
  KENYATAAN MEDIA : PENJELASAN KHSB MENGENAI DAKWAAN MENGADAKAN MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH DI LUAR NEGARA

Wednesday 31/07/2024



KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (“KHSB atau Syarikat”) mengambil maklum berkenaan artikel yang tular di portal online MalaysiaNow pada 29 Julai 2024 mengenai dakwaan Mesyuarat Lembaga Pengarah yang kononnya akan diadakan di luar negara.
 
Dakwaan yang terkandung dalam laporan tersebut tidak memberikan gambaran yang tepat kepada orang awam.
 
Perlu ditegaskan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah yang dicadangkan untuk diadakan di Perth, Australia dari 23 Ogos 2024 hingga 27 Ogos 2024 adalah salah satu cadangan dalaman yang masih belum mendapat sebarang kelulusan Lembaga Pengarah KHSB.
 
Sekiranya ia dilaksanakan, ia merupakan sebahagian daripada delegasi teknikal bagi tujuan hakiki Syarikat iaitu dalam pembangunan perumahan dan hartanah termasuk inovasi terkini yang sedang berkembang pesat dalam industri pembangunan hartanah.
 
KHSB sebagai sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor sentiasa kekal profesional dan komited dengan prinsip ketelusan dan integriti selain menyokong amalan tadbir urus korporat tahap terbaik dalam segenap lapisan operasi syarikat.
 
Pada masa yang sama, kami berharap organisasi media kekal profesional, beretika dengan membudayakan semakan silang sebelum menerbitkan berita.  Keperluan berlaku adil kepada masyarakat dan para pembaca selaku pemegang taruh utama juga adalah penting sesuai dengan peranan media sebagai ‘fourth estate’ dalam institusi mana-mana negara bertamadun.
 
KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
31 Julai 2024

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad ("KHSB") telah ditubuhkan pada 24 September 2001. KHSB adalah 100% dimiliki oleh Mantapmurni Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Perbadanan) ("MBI"), sebuah badan korporat yang ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri Selangor, dan mewakili Negeri dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi (www.khsb.com.my)


SUMBER : Kumpulan Hartanah Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mahizun (June) Binti Saidin 
Tel :  03 – 5033 1313 
E-mel : mahizun@khsb.com.my 

Nama : Mohd Azhar Bin Mohamad 
Tel :  03 – 5033 1315
E-mel :  azhar@khsb.com.my 


--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.