ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 02, 2024 -Jumaat

 
  LAPORAN KUMPULAN NX MENGENAI PERTUMBUHAN DAN USAHA KELESTARIAN

Wednesday 31/07/2024



TOKYO, 31 Julai, 2024 /Kyodo JBN/ --

Kumpulan NX, satu daripada penyedia logistik terkemuka dunia, pada Rabu, 31 Julai, telah menerbitkan Laporan Bersepadu Kumpulan NX 2024 dan Buku Data Kelestarian Kumpulan NX 2024 yang memperincikan inisiatif untuk menjadikan perniagaan kumpulan itu lebih global, lebih menguntungkan dan lebih lestari.
 
Logo NX: https://kyodonewsprwire.jp/img/202407264236-O3-CqYxPxH8
 
Imej 1:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202407264236/
_prw_PI4fl_35n0Y1LU.jpg

 
Imej 2:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202407264236/
_prw_PI5fl_ERGHC5SM.jpg

 
Laporan Bersepadu itu memberi tumpuan kepada tiga perkara utama daripada pelan pengurusan lima tahun terkini kumpulan itu: memperbaiki daya saing global dan mencapai pertumbuhan perniagaan; menambahkan nilai korporat dengan meningkatkan daya saing dan keuntungan perniagaan; dan menggalakkan pengurusan kelestarian sebagai asas bagi semua aktiviti perniagaan mereka.

Laporan itu menyediakan maklumat terkini tentang dasar dan strategi bagi Kumpulan NX di bawah Presiden NIPPON EXPRESS HOLDINGS yang baharu, Satoshi Horikiri; pelan pengurusan lima tahun (Pelan Pengurusan Kumpulan NX 2028: Pertumbuhan Dinamik 2.0 - Mempercepatkan Pertumbuhan Global); dan peralihan kepada satu struktur Jawatankuasa Audit. 

Inisiatif pertumbuhan global yang diterangkan di dalam laporan itu termasuk penyepaduan lancar bagi rakan kargo, syarikat logistik Austria di mana pemerolehan mereka oleh Kumpulan NX telah diselesaikan pada Januari 2024. Gabungan itu mewujudkan nilai bagi pihak berkepentingan dan membantu untuk mengubah Kumpulan NX menjadi sebuah syarikat penghantar global yang sebenar.

"Kami akan mengembangkan lagi perniagaan global kami dengan meningkatkan pangkalan pelanggan kami dan mengembangkan rangkaian perkhidmatan yang kami tawarkan," kata Horikiri. 

Buku Data Kelestarian itu menerangkan secara terperinci cara bagaimana Kumpulan NX berhasrat untuk menangani isu-isu penting seperti perubahan iklim; menyumbang kepada kemakmuran global; dan meningkatkan nilai korporat dengan menangani keperluan orang ramai, perniagaan dan masyarakat.
 
Buku data itu menggariskan usaha Kumpulan NX untuk menangani isu-isu kelestarian yang utama dari perspektif "nilai alam sekitar," "nilai sosial," "nilai ekonomi," dan "tadbir urus." Selain itu, halaman Kelestarian di laman web kumpulan itu telah dirombak untuk memberikan maklumat dalam satu cara yang mudah untuk difahami. 
 
Laman web
1. "Laporan Bersepadu KUMPULAN NX 2024": https://www.nipponexpress-holdings.com/en/ir/library/annual/
 
2. "Buku Data Kelestarian KUMPULAN NX 2024": https://www.nipponexpress-holdings.com/en/sustainability/report/
 
3. Halaman kelestarian yang dikemas kini di laman web NIPPON EXPRESS HOLDINGS: https://www.nipponexpress-holdings.com/en/sustainability/
  
Maklumat mengenai Kumpulan NX: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202407264236-O1-08DDWm7y.pdf
 
Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/
Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
  
Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.