ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 02, 2024 -Jumaat

 
  BANK MUAMALAT TEKAD PUPUK BUDAYA MENABUNG, UMUM JUTAWAN KETIGA SSI

Friday 02/08/2024



Table


SAJIHAN M.C. MOHAMED menerima replika cek SSi bernilai RM1 juta yang diserahkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin pada Majlis Penyampaian Hadiah SSi Edisi Gemilang 25 Tahun di Karnival Jom Heboh, malam tadi.


Pencarian Jutawan SSi Edisi Gemilang 25 Tahun Terakhir Diteruskan

 
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) mengumumkan jutawan ketiga Sijil Simpanan Islamik (SSi) dalam sebuah Majlis Penyampaian Hadiah SSi Edisi Gemilang 25 Tahun yang diadakan di Karnival Jom Heboh, Terengganu pada 1 Ogos 2024. 
 
Hadiah wang tunai bagi cabutan SSi Jutawan Hebat berupa wang tunai RM1 juta yang diumumkan hari ini merupakan sebahagian daripada hadiah keseluruhan bernilai lebih RM5 juta bagi kempen SSi Edisi Gemilang 25 Tahun.
 
Pada majlis tersebut, Encik Sajihan M.C Mohamed, pelanggan bertuah dari cawangan Seri Manjung telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 Juta selepas diumumkan sebagai pemenang bertuah SSi Jutawan Hebat melalui kempen yang berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Disember 2024. 
 
Satu lagi cabutan untuk SSi Jutawan Hebat akan diadakan pada bulan Disember ini. Pengumuman gelaran jutawan keempat dan terakhir bagi tahun 2024 akan dibuat pada bulan Januari 2025.
 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata, peningkatan jumlah penyimpan SSi Edisi Gemilang 25 Tahun yang telah mencapai sebanyak 32,126 penyimpan menunjukkan kesedaran pelanggan untuk menabung semakin tinggi
 
Tambah Khairul, “Tekad kami dalam mencipta “Kehidupan Lebih Baik, Bersama” pelanggan juga dapat direalisasikan dengan membantu rakyat Malaysia tidak kira individu atau perniagaan dalam memperoleh kesejahteraan kewangan dalam jangka masa panjang. Usaha selama 25 tahun ini akan diteruskan bagi menyokong para pelanggan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.”
 
“Kami sentiasa prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan untuk menyimpan wang dikala keadaan ekonomi semasa yang begitu mencabar, atas faktor berikut Bank Muamalat mengambil keputusan untuk menambah hadiah keseluruhan SSi daripada RM3 juta tahun lalu kepada RM5 juta tahun ini untuk menggalakkan pelanggan-pelanggan terus menyimpan. 
 
“Sebagai pemudahcara, bagi SSi Edisi Gemilang 25 Tahun, semua pelanggan yang mempunyai Akaun Simpanan-i, Akaun Semasa-i, Akaun Berjangka Tetap-i, dan Akaun SURIA layak secara langsung untuk memenangi hadiah SSi, ini satu kemudahan yang tidak ditawarkan di institusi perbankan lain,” katanya.  
 
Turut diumumkan dalam majlis penyampaian hadiah kali ini adalah pemenang bagi SSi Pacuan Bergaya, Masniah binti Hashim dari cawangan Ipoh yang membawa pulang sebuah kereta Honda Civic 1.5L, pemenang SSi Saver Berganda yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, Abdul Latif bin Yahya dari cawangan Souq Al-Bukhari, pemenang SSi Ekstra Wilayah bagi kategori Pantai Timur, Azmah binti Mat Jusoh dari cawangan Kg Raja yang membawa pulang wang tunai RM30,000. Selain itu, turut diumumkan adalah pemenang SSi Saver Gempak yang membawa pulang wang tunai RM2,000, Mohd Latib bin Ngah dan pemenang SSI Kilauan Emas Premium, Samsiah binti Draman yang memenangi baucar barang Habib bernilai RM7,000 dari cawangan Kuala Terengganu. 
 
Kini, berbaki lagi 1,501 pemenang SSi Edisi Gemilang 25 Tahun bakal diumumkan pada bulan Ogos ini sehingga 31 Disember 2024, termasuklah jutawan SSi yang terakhir. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.


Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi.


Sila klik di sini untuk pautan foto:
https://drive.google.com/drive/folders/1-LZEuUOqLSyCL2gkDcwtlAdCRIvgyz2k



SUMBER :  Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syahida Azureen
Tel : +6012 242 3696
E-mel : syahida.azureen@muamalat.com.my
 

Nama : Mohd Nazrul Hafizi 
Tel : +6017 921 1384
E-mel : mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.