ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 02, 2024 -Jumaat

 
  SINGLESTORE MELANCARKAN PROGRAM PEMECUT AI DOT_PRODUCT

Friday 02/08/2024



Program baharu memperkasa syarikat permulaan di Asia Pasifik untuk membangunkan aplikasi AI bertaraf dunia

SAN FRANCISCO, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SingleStore, platform data masa nyata yang membantu pengguna melakukan transaksi, menganalisis dan mengkontekskan data masing-masing, pada hari ini mengumumkan bahawa pelancaran program pemecut baharu untuk syarikat permulaan AI di rantau Asia Pasifik. Program tersebut meneruskan visi SingleStore untuk bekerjasama dengan perniagaan di rantau ini bagi membangunkan aplikasi AI bertaraf dunia.

SingleStore komited untuk melaksanakan inovasi dan memajukan pembangunan AI di Asia dan di seluruh dunia. Secara khususnya, India dan Singapura bersedia menjadi hab inovasi teknologi, dengan pelaburan kerajaan dan swasta yang besar melimpah masuk ke dalam pembangunan AI. Matlamat SingleStore untuk program pemecut ialah untuk membantu komuniti syarikat permulaan membangunkan teknologi AI terkini melalui cara penggunaan data yang terbaik dan paling bertanggungjawab. Syarikat permulaan yang layak akan dapat memohon kredit SingleStore bagi membantu membina, mengembangkan dan menskalakan misi masing-masing.

“Ini ialah masa yang baik untuk berada dalam industri teknologi di India dan Singapura, kerana ekonomi kedua-dua negara yang sedang berkembang maju dan terpelbagai cukup menarik untuk pelaburan teknologi,” kata Raj Verma, Ketua Pegawai Eksekutif SingleStore. “Kami berada di sini bertujuan membantu rantau ini menjadi hab AI dan inovasi teknologi, serta komited untuk menyediakan pengguna dengan platform data yang teguh bagi menyokong keperluan data semasa dan masa depan masing-masing.”

“Pemasaran B2B telah menjadi benar-benar dipacu data, memerlukan platform data dengan kelajuan, skala dan kesederhanaan, mengautomasikan analisis data dalam milisaat dan bukannya minit,” kata Aravind Murthy, Pengasas Bersama, Factors.AI. “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan SingleStore dalam memupuk pembangunan dan penggunaan AI sambil menyediakan analisis data masa nyata kepada pelanggan B2B kami.”

Sebagai satu-satunya platform data yang boleh bertindak sebagai gedung tunggal untuk semua aplikasi AI, SingleStore kekal di barisan hadapan dalam inovasi AI generatif. Syarikat tersebut mengeluarkan versi terkini platform data pada bulan Jun 2024 dan program pemecut AI baharu ini akan menjadi aset untuk menyokong syarikat permulaan baharu yang semakin meningkat dan pelanggan yang ingin memanfaatkan data masing-masing bagi memajukan pertumbuhan syarikat mereka.

Pada tahun 2024, SingleStore memperoleh lima Anugerah Terbaik TrustRadius 2024, paling banyak yang pernah dimenangi oleh syarikat dalam masa setahun. Empat daripada anugerah tersebut diperoleh untuk tahun ketiga berturut-turut, manakala pengiktirafan dalam kategori Pangkalan Data Vektor ialah yang pertama kali.

Untuk merasai pengalaman fungsi aplikasi AI baharu dengan SingleStore, sila kunjungi di sini. Ketahui lebih lanjut tentang SingleStore di sini.

Sumber Tambahan:

  • Cuba SingleStore secara percuma
  • Baca blog SingleStore untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengumuman yang dibuat pada hari ini
  • Ikuti SingleStore dalam XFacebookLinkedIn dan Instagram
Maklumat Tentang SingleStore

SingleStore memperkasa organisasi terkemuka dunia untuk membina dan menskalakan aplikasi pintar menggunakan satu-satunya platform data yang membolehkan anda melakukan transaksi, menganalisis dan mengkontekskan data dalam masa nyata. Dengan pengingesan data penstriman, sokongan untuk kedua-dua transaksi dan analisis, kebolehskalaan mendatar dan keupayaan carian vektor hibrid, SingleStore membantu menyampaikan prestasi 10-100x lebih baik pada 1/3 kos berbanding seni bina legasi. Ratusan pelanggan di seluruh dunia — termasuk syarikat Fortune 500 dan peneraju data global — menggunakan SingleStore untuk memperkasa aplikasi dan analisis masa nyata. Ketahui lebih lanjut di singlestore.com. Ikuti kami @SingleStoreDB dalam X atau kunjungi www.singlestore.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Heather Lowe
Pengarah Komunikasi & Perhubungan Awam di SingleStore
hlowe-ctr@singlestore.com
 
Sumber: SingleStore

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.