ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 06, 2024 -Selasa

 
  PROGRAM PERUBATAN TERPERINCI KEBANGSAAN (NPM) SINGAPURA MENGAMBIL KHIDMAT OXFORD NANOPORE UNTUK MEMAJUKAN PEMAHAMAN GENETIK POPULASI BERBILANG ETNIK SINGAPURA

Monday 05/08/2024



Program Perubatan Terperinci Kebangsaan (NPM) Singapura akan menjujuk 10,000 genom untuk menambah baik pemahaman seni bina genetik dan kepelbagaian dalam populasi Asia berbilang etnik Singapura melalui teknologi penjujukan berasaskan nanoliang termaju

OXFORD, England, 5 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Oxford Nanopore Technologies (Oxford Nanopore) telah mengumumkan projek penting dengan program Perubatan Terperinci Kebangsaan (NPM) Singapura, diterajui oleh Penyelidikan Kesihatan Terperinci, Singapura (PRECISE), menyasar untuk membangunkan katalog varian berstruktur yang menyeluruh mewakili tiga kumpulan etnik utama di Singapura terdiri daripada etnik Cina, etnik Melayu dan India. Variasi genetik ini telah menunjukkan kepentingan dalam membantu saintis dan penyelidik klinisian dalam memahami kepelbagaian dan penyakit genetik manusia. Inisiatif ini menegaskan komitmen Oxford Nanopore untuk memajukan hasil penyelidikan genetik dan penjagaan kesihatan pada skala global, terutamanya untuk populasi pelbagai etnik yang kebiasaannya kurang diwakili dalam pangkalan data genomik.

Bahagian projek Oxford Nanopore akan menumpukan kepada penjujukan 10,000 genom yang mewakili populasi pelbagai etnik Singapura, terdiri daripada komuniti Melayu, India dan Cina yang menyertai kohort populasi PRECISE-SG100K. Projek ini akan menggunakan kumpulan peranti penjujukan PromethION 48 keluaran tinggi Oxford Nanopore untuk menyampaikan data genomik yang terperinci dan menyeluruh bagi memajukan penyelidikan dan sokongan penjagaan kesihatan terperinci. Projek ini bermula dari pertengahan tahun 2024 dan akan berjalan sehingga 12 bulan.

Platform Oxford Nanopore menawarkan kebolehskalaan dan fleksibiliti yang tiada tandingannya dalam penjujukan DNA/RNA dan berupaya mencirikan kedua-dua serpihan DNA/RNA asli pendek dan ultra panjang, termasuk pengesanan pemetilan, biopenanda penting yang ditemui dalam DNA, tanpa memerlukan langkah tambahan dan pada kelajuan lebih pantas berbanding platform lain. Keupayaan ini – yang tidak boleh dilakukan dengan bacaan pendek atau kaedah tradisional – adalah penting untuk mengenal pasti dengan tepat pelbagai variasi genetik yang penting untuk memahami penyakit kompleks dan menyesuaikan pelan rawatan individu.

Oxford Nanopore telah membuat pelaburan strategik di Singapura, yang telah ditempatkan sebagai hab komersial untuk rantau Asia Pasifik. Baru-baru ini syarikat itu mengembangkan kemudahan makmal di Singapura bertujuan menyokong peningkatan aktiviti dalam latihan, pemindahan pengetahuan dan peningkatan kemahiran kakitangan teknikal tempatan. Ini termasuk menempatkan penjujuk dalam Pusat Sains Singapura dan Institut Teknologi Singapura untuk digunakan dalam program pendidikan sekolah menengah, sarjana muda dan dewasa.

Di samping itu, syarikat tersebut mempunyai akses kepada kemudahan pengedaran di Singapura melalui perkongsian yang diperluas dengan UPS Healthcare, menghasilkan penghantaran sel alir yang lebih pantas ke Singapura dan merentasi Asia Pasifik.

Gordon Sanghera, Ketua Pegawai Eksekutif Oxford Nanopore, berkata:

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan program Perubatan Terperinci Kebangsaan (NPM) Singapura untuk mencipta satu daripada set data genom rujukan paling luas dan terangkum di seluruh dunia. Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan komitmen kami terhadap penjagaan kesihatan terperinci tetapi juga meletakkan Singapura secara strategik sebagai hab penting untuk genomik di Asia Pasifik, memupuk kemajuan ketara dalam penyelidikan perubatan dan hasil penjagaan kesihatan."

Terdapat juga rakan kongsi lain dalam projek ini, termasuk NovogeneAIT, yang menunjukkan usaha kerjasama yang kuat untuk memanfaatkan teknologi berinovatif dalam genomik.

Oxford Nanopore telah bekerjasama dengan pasukan saintifik untuk menunjukkan bahawa data genomik yang lengkap boleh dijana dengan peranti penjujukan Oxford Nanopore, menghasilkan set data "telomer kepada telomer" rintisan dan sebagai persediaan untuk memulakan program penjujukan yang lebih besar.

Maklumat Tentang Oxford Nanopore Technologies

Matlamat Oxford Nanopore Technologies ialah untuk membawa manfaat paling luas kepada masyarakat melalui membolehkan analisis apa-apa, oleh sesiapa, di mana-mana sahaja. Syarikat tersebut telah membangunkan generasi baharu teknologi penderiaan berasaskan nanoliang untuk analisis DNA dan RNA pada masa nyata, berprestasi tinggi, boleh diakses dan berskala. Teknologi ini digunakan di lebih daripada 120 negara bertujuan memahami biologi manusia dan penyakit seperti kanser, tumbuhan, haiwan, bakteria, virus dan seluruh persekitaran. Produk Oxford Nanopore Technologies bertujuan untuk penggunaan biologi molekul dan bukan bermaksud untuk tujuan diagnostik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://nanoporetech.com/

Maklumat Tentang Penyelidikan Kesihatan Terperinci, Singapura (PRECISE)

Penyelidikan Kesihatan Terperinci, Singapura (PRECISE) ialah entiti pusat yang ditubuhkan bertujuan menyelaraskan keseluruhan usaha Singapura untuk melaksanakan Fasa II program Perubatan Terperinci Kebangsaan (NPM) tiga fasa Singapura.

Fasa II NPM menyasar untuk mengubah penjagaan kesihatan di Singapura dan menambah baik hasil rawatan pesakit melalui cerapan baharu tentang penyelesaian genom Asia dan penjagaan kesihatan dipacu oleh data. Dalam Fasa II NPM, PRECISE akan bekerjasama dengan rakan penyelidikan dan klinikal Singapura, termasuk Agensi untuk Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, Kumpulan Penjagaan Kesihatan Kebangsaan, Sistem Kesihatan Universiti Nasional, Universiti Nasional Singapura dan Pusat Perubatan Akademik SingHealth Duke-NUS untuk mengkaji genotip 100,000 rakyat Singapura yang sihat dan kohort pesakit yang khusus. Data genetik akan disepadukan dengan data terperinci mengenai gaya hidup, persekitaran dan klinikal bertujuan menghasilkan cerapan yang kaya ke dalam faktor yang menyumbang kepada penyakit dan keadaan Asia.

Di samping itu, Fasa II NPM akan meningkatkan kepelbagaian dan kelainan industri berkaitan Perubatan Terperinci dengan menarik minat dan mengetuai syarikat luar negara di Singapura, sambil menghasilkan peluang baharu untuk syarikat tempatan. Untuk meningkatkan dan mempercepat sektor perubatan terperinci, PRECISE bekerjasama rapat dengan A*STAR, Pejabat Perkongsian Industri Sains Bioperubatan dan Lembaga Pembangunan Ekonomi untuk memangkinkan fasa pertumbuhan seterusnya bagi industri penjagaan kesihatan dan teknologi bioperubatan Singapura.

PRECISE ialah program Konsortium untuk Penyelidikan dan Inovasi Klinikal, Singapura (CRIS). PRECISE disokong oleh Yayasan Penyelidikan Kebangsaan, Singapura (NRF) di bawah RIE2020 White Space (MOH-000588 dan MOH-001264) dan ditadbir oleh Kementerian Kesihatan Singapura melalui Pejabat Majlis Penyelidikan Perubatan Kebangsaan (NMRC), MOH Holdings Pte Ltd

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.npm.sg

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
media@nanoporetech.com
 
Sumber: Oxford Nanopore Technologies

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.