ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 12, 2024 -Isnin

 
  EKSPO PERDAGANGAN PERKHIDMATAN JIANGSU CHINA (MALAYSIA) 2024 BUKA TIRAI 9 OGOS

Tuesday 06/08/2024



Table

Ekspo Perdagangan Perkhidmatan Jiangsu (Malaysia) 2024 akan berlangsung di ruang 1-2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 hingga 11 Ogos 2024.



KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Lebih 100 pempamer daripada sektor perdagangan perkhidmatan, perusahaan, universiti dan kolej dari Jiangsu akan berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi menyertai Ekspo Perdagangan Perkhidmatan Jiangsu (Malaysia) 2024 Ogos ini.

Ekspo tiga hari itu bermula 9 Ogos (Jumaat) , bertemakan “Berkongsi Perkhidmatan, Menyemai Kejayaan” dianjurkan oleh Jabatan Komersial Wilayah Jiangsu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, penganjuran Ekspo tahun ini adalah peningkatan daripada Ekspo Perdagangan Budaya Jiangsu China 2023. 

Sebanyak tujuh pameran diadakan meliputi ruang seluas 5,000 meter persegi, iaitu pameran mengenai Perkhidmatan Digital, Keistimewaan Kebudayaan Jiangsu, Perubatan Tradisional Cina, Gastronomi dan Pelancongan Antarabangsa, Harta Intelek, Pendidikan Antarabangsa dan Perkhidmatan Perniagaan.

Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti seperti padanan perdagangan digital Jiangsu-Malaysia, padanan perkhidmatan perubatan tradisional Cina, tayangan filem dan animasi terbaik di Jiangsu, persembahan kebudayaan ritual Cina dan persembahan kebudayaan berciri Jiangsu juga diadakan, menurut kenyataan itu.

“Pengunjung tentu akan mendapat pencerapan tentang arah aliran industri yang canggih melalui pertukaran pandangan, memahami perkembangan animasi digital melalui tayangan filem, menghargai kemegahan budaya Cina melalui seni persembahan serta menikmati pesona makanan tradisi Oriental,” tambah kenyataan itu.

Wilayah Jiangsu, yang terletak di pantai timur, merupakan salah satu pusat kewangan, pendidikan, teknologi dan pelancongan terkemuka di China dengan pusat pentadbiran di Nanjing. 

Dagangan asing Jiangsu dalam bidang perkhidmatan, terutamanya telekomunikasi, perisian dan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan, mencapai nilai AS$64.85 bilion pada 2023, antara yang tertinggi di negara itu.
 
Sumber:  MCI Media Group bagi pihak Jabatan Komersial Wilayah Jiangsu

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
E-mel: info@mcigroup.com

--BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.