ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 18, 2024 -Ahad

 
  PROGRAM 'MALAYSIA ICT VOLUNTEER' (MIV) BERSAMA KOMUNITI DI SARAWAK

Wednesday 14/08/2024




Table

Program 'Malaysia ICT Volunteer' (MIV) bersama Komuniti di Sarawak​


SRI AMAN, 14 Ogos (Bernama) -- Program 'Malaysia ICT Volunteer' (MIV) bersama Komuniti Sarawak 2024 yang dianjurkan MCMC Negeri Sarawak bertujuan untuk merapatkan jurang dan meningkatkan literasi digital, terutama di kawasan luar bandar.

Bertempat di Simanggang, Sri Aman, program itu berjaya menarik seramai 72 orang sukarelawan.

Dalam sesi libat-urus, para sukarelawan diberikan pendedahan berkaitan pengenalan MIV, inisiatif-inisiatif MCMC serta tugasan sukarelawan; pemasaran Menggunakan Media Sosial; E-Bayaran oleh Bank Negara Malaysia cawangan Kuching; Perkongsian Produk & Perkhidmatan oleh Pos Malaysia; Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan serta Kemahiran Insaniah iaitu Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi.

#MCMC

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Faks: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my           

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.