ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Ogos 15, 2024 -Khamis

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 31 (28 JULAI 2024 - 03 OGOS 2024)

Thursday 15/08/2024



KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,515 kes berbanding 2,609 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024. 
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 78 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  49 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. 
 
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 96 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 95 lokaliti yang dilaporkan, 75 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, lima (5) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Sabah, dua (2) lokaliti di Kedah dan satu (1) lokaliti di Pulau Pinang.
           
Bagi survelan chikungunya, terdapat satu (1) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-31. Jumlah kumulatif kes Chikungunya sehingga kini adalah 63 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31. Bagi survelan zika, sebanyak 1,605 sampel darah, lapan (8) sampel urin dan tiga (3) sampel cairan serebrospinal telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Penyertaan komuniti dalam aktiviti pencegahan denggi adalah amat penting dan merupakan salah satu strategi dalam kawalan denggi. Antara platform penyertaan komuniti adalah melalui program COMBI (Communication for Behavioural Impact). Program ini telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada  tahun 2001 yang dijalankan melalui penglibatan komuniti secara sukarela. Sehingga Julai 2024, sebanyak 3,426 lokaliti COMBI telah didaftarkan di seluruh Malaysia dengan bilangan ahli berjumlah 32,768 orang. Maklumat berkenaan program COMBI serta cara penyertaan boleh diperolehi melalui Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my/). Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
14 OGOS 2024

Sila klik di sini untuk Lampiran.

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.